Pages

27.5.16

Hari Sukan Taska

Adriana dah 3 tahun tahap wajib kena masuk sukan tahunan taska. Alang2 kasut sukan takde kita cari sepasang untuk dia biar berkobar-kobar semangat kesukanan tu. Budak2 kecil bukan dia tau pun makna kalah menang yang penting depa enjoy!
Riuh-rendah betul dewan dengan suara anak kecik ini tatkala berkumpul, lagi2 melihatkan ada tak boleh nak lepas dari pangkuan mak bapak termasuklah adriana.



Mulalah air mata berlinangan. Menangis2 juga tapi tetap mengikut arahan cikgu suruh berbaris. Dari jauh mata tak lepas pandang mana mummy daddy dia berada. Mula2 buat perangai lepas tu perlahan2 beransur tenang tapi muka masam yang amat. 

Pengerusi majlis memulakan ucapan alu-aluan. Tengok anak2 kecil membaca doa, menyanyi dan menari senamrobik menarik perhatian ibu bapa.. tapi alamak adriana terlindung balik kawan dia pulak..



Sukan Taska ini melibatkan umur dari 3-5 tahun.. tapi acara mengikut peringkat umur....macam adriana dia masuk jalan keretapi berkumpulan. Bravo sayang.. dengan cemerlangnya sampai ke garisan penamat. sempat tu usha mummy daddy dia!


Mana2 pergi tetap cari bff susu botol dia. Masa nie tengah tunggu umur 5 tahun abiskan acara diaorang. Mak bapak dok pakat serbu anak masing2..


Standby untuk penyampaian hadiah.. Patutnya kena duduk dalam barisan kumpulan umur 3 tahun tapi selamba jer duduk dengan kakak2 abg2 umur 5 tahun..


Yeayy, seronoknya dia dapat hadiah sebab menang no 2.. senyum tak putus2 dalam kereta pun dok genggam hadiah dia..
Lega rasanya tengok adriana dapat habiskan sukan dia sebaiknya walaupun awal2 tu dari dalam kereta dah mula cengeng... tak nak pakai kasut sukan.. tak mahu tukar baju sukan lepas tu epanjang jalan nak berdukung..Tahun depan acara baru dengan umur baru..



20.5.16

Celcom Special Booth

Hari tu ada session bersama wakil CELCOM yang dijemput khas. Yelah pakej terbaru yang ditawarkan agak menarik dan berbaloi jadi dah tiba masanya nak bertukar kepada sesuatu yang lebih berpatutan.
Alang-alang ada wakil CELCOM nie bertubi-tubi soalan yang diutarakan oleh kawan2 saya. Tentang bill la.... masalah coverage la..Ha jawab jangan tak jawab. Sebelum nak commit biar faham dulu apa term and condition dia ye tak?


Kebanyakannya memilih pakej First Gold Business 80. Pelan panggilan dan SMS tanpa had kepada semua rangkaian hanya RM84.80 termasuk GST.
Biasalah mana-mana provider yang menawarkan harga dan perkhidmatan yang terbaik kita condong ke situ. Sesekali jadi lalang tak gitu.


17.5.16

Kelumumur

Sebut pasal kelumumur, seumpama mimpi ngeri bagi kebanyakan orang. Pelbagai syampoo dah telah dicuba tapi masih tak mendatangkan perubahan. Duduklah tergaru-garu kulit kepala yang gatal dek penangan kelumumur.
Sebenarnya kelumumur boleh berada pada sesape pun tak kira lelaki atau wanita. Perubahan hormon, tekanan serta kegagalan mencuci rambut dengan kerap dikatakan antara faktor penyumbang kepada masalah kelumumur. 
Tapi kan terjumpa petua yang dikongsi oleh seorang 'beauty expert'  yang menggunakan Listerine sebagai bahan utama untuk membasmi kelumumur. Sesuai atau tidak kenalah cuba, yelah lain orang lain hasil dan keberkesanannya.


credit farahdhukai instagram


13.5.16

Nasi Ayam Cincang @ Nasi Mmanggey

Kalau melalui Bukit Puchong.. jom ke Restoran Warung Cikgu yang terkenal dengan masakan nasi bungkus ayam cincang atau nama lainnya nasi mmanggey. Tengoklah queue dia punyalah panjang. tapi masing-masing rileks jer menanti giliran. Pemandangan yang biasa kot lagi-lagi waktu lunch.


Kuat betul daya tarikan Nasi Ayam Cincang @ Nasi Mmanggey, meriah dengan pelanggan-pelanggan dia yang datang dari pelbagai kaum. Sekali beli memang berbungkus-bungkus tapi kecekapan pekerja-pekerja kat sini yang pantas melayan pelanggan berbaris tu terasa kejap jer.



Nasi ayam cincang @ nasi mmanggey yang simple.. ada nasi putih, gulai bersama ayam goreng rempah yang telah dicincang kecil-kecil. Nak pedas2 sila ambil sambal belacan sekali.. sungguh menyelerakan.


Nak extra kuah dan sambal. Jangan malu-malu boleh request dengan lapang hati akan dipenuhi :)

Jemput makan ye..sambal dia alamak pedas melantun2 tapi combinasi nasi dan gulai memang layan. Patutlah orang berduyun datang..
Alamat Restoran Warung Cikgu -> 1, Jalan BP 6/7, Bandar Bukit Puchong
Lokasi dia agak ceruk tapi parking senang dan mudah