Pages

29.8.17

Aktiviti Bulan Kemerdekaan

Balik dari sekolah adriana 'excited' bercerita mengenai aktiviti yang dia dan kawan-kawan buat dalam kelas hari ini. Seronok katanya buat bendera Malaysia. Bila cikgu adriana 'share' gambar dalam Facebook wow menariklah bila anak-anak ini di beri peluang dari A-Z  bagaimana menghasilkan Jalur Gemilang sendiri.


Bila saya uji adriana mengenai warna-warna jalur gemilang tanpa melihat bendera. Yeayy bagi markah penuh sebab berjaya mengingati kesemua warna dalam bendera Malaysia Merah, Putih, Biru dan Kuning. 



Tak sabar rasanya nak sambut Hari Kemerdekaan bila melihatkan keterujaan anak-anak ini mengibarkan hasil kreativiti mereka. Usaha yang baik dalam menyemaikan sifat sayangkan negera kepada generasi muda ini.