Pages

23.8.17

Pemindahan Sementara Klinik Desa Subang

Punyalah semangat pukul 7.15 pagi dah keluar dari rumah. Ingatkan cepat pergi cepat lah boleh selesai  urusan 'check up' adriana dekat klinik desa. Pada peringkat umur dia sekarang dah takde suntikan imunisasi cuma pemeriksaan pada berat, tinggi serta perkembangan fizikal yang akan direkodkan dalam buku log kesihatan.

Sesampai jer depan pintu pagar ternampak lah satu banner merah tergantung. Rupanya klinik desa nie ditutup buat sementara disebabkan ada 'renovation' yang bermula dari 21hb Aug sehingga Dec 2017. Jadi sepanjang tempoh tersebut segala operasi mereka akan dipindahkan ke Klinik 1 Malaysia Seksyen U5.

Maka kami teruskan perjalanan ke Klinik 1 Malaysia Seksyen U5 pula. Sekali sampai kaunter nurse maklumkan bahawa temujanji minggu ini terpaksa ditundakan ke minggu hadapan. Kakitangan tengah sibuk. Yelah banyak  lagi dokumen dan peralatan klinik yang perlu dipindahkan ke tempat pemindahan sementara nie. Tak boleh buat apa terpaksa ambil cuti lagi minggu hadapan.


Masa operasi Klinik Desa Subang dari Isnin - Jumaat dari pukul 8pagi hingga 5 petang