Makin membesar kura-kura peliharaan adriana
Dulu saiz separuh tapak tangan sekarang dah sado mengembang.
Kuat makan dua sekawan nie, bila letak pallet amboi dia punya mengejar makanan laju kemain
Serupa macam tak makan berapa hari padahal pagi petang kitaorang bagi makan.
Ada satu peel baru dua ekor kura2 yang dipanggil si besar dan si kecil... sukalah sangat panjat-panjat pagar ala2 budak sekolah nak ponteng kelas. Berapa kali dah hilang dari bekas sangkar nie. Nasib baik pandai duduk bawah almari TV. InsyaAllah tunggu sampai dah besar skit kita lepaskan kat lombong dekat dengan rumah nie..
27.12.18
24.12.18
Nasi Lemak Harga Cekik Darah
Macam orang ado-ado bersarapan ...
Nasi lemak harga tahap cekik darah...terkena den hari ini melayang RM4
Dahlah portion nasi dia kecil. sambal rasa yang biasa dalam plastik.
Megah dengan separuh telur rebus jerlah.. Nasi lemak kosong gini memang tak berbaloi dengan harga. Harga yahudi orang kata.
Kalau beli tepi jalan kurang-kurang dua bungkus boleh dapat tau. Nie semua gara-gara kedai yang biasa saya makan tutup. Cuti krimas kan. Singgah lah kedai sebelah sebab teringin nak makan nasi lemak sekali ambik kau terus insaf nak datang lagi.

20.12.18
Manisan Turki
Wow, manisan dari Turki!
Buah tangan dari boss yang baru pulang bercuti kat sana.. syoklah boss jalan-jalan tengok negara orang...
Ada 3 perisa. (almond, rose dan delima)
Selalu orang kata manisan dari sana tahap potong kaki manis.. manis yang amat!
Kita pakat rasa seorang sedikit macamana rasa sebenarnya 'turkish delight' nie
Ada lagi 'souvenir' untuk kitaorang rupanya . Ingat juga kat staff. Boss suruh pilih satu dari mana-mana 'design' yang berkenan di hati. Apa-apa pun terima kasih boss.

Dalam ketiga-tiga nie, flavour paling sedap almond. Kalau perisa delima, bau ros dia sedikit kuat menusuk hidung. Tapi kan kalau nama pun manisan, memang tak boleh elak dah manis dia, cuma boleh tahan atau tidak.
Ada lagi 'souvenir' untuk kitaorang rupanya . Ingat juga kat staff. Boss suruh pilih satu dari mana-mana 'design' yang berkenan di hati. Apa-apa pun terima kasih boss.
18.12.18
Program Pertukaran Belia Antarabangsa Kementerian Belia & Sukan (KBS)
Kepada para belia terutamanya kepada para pemimpin belia yang berminat untuk menyertai Program Pertukaran Belia Antarabangsa (International Youth Exchange Programme)
Sila layari http://exchange.kbs.gov.my untuk permohonan
Antara Program Pertukaran Belia Antarabangsa :-
1. The Ship for Southeast Asia & Japanese Youth Program (SSEAYP)
2. Malaysia - Korea Youth Exchange Program
3. Malaysia - Indonesia Youth Exchange Program
4. Malaysia - Brunei Youth Exchange Program
5. ASEAN - India Student Exchange Program
6. ASEAN Youth Leadership
7. Lain-lain program seperti persidangan, bengkel dan lain-lain

27.11.18
Puding Jagung
Untungnya hai perut nie bila dikelilingi orang yang suka memasak @ baking. Sesekali pasti dibawa sesuatu untuk dijamu kepada kawan-kawan. Sejenis manusia yang bukan kuat makan pun, tapi gemar memberi orang makan. InsyaAllah murah rezeki mereka.
Seperti pagi ini dapatlah kami merasa puding jagung buatan tangan akak bilik sebelah 'department sales. Walaupun saya bukan peminat makanan menggunakan jagung tapi bila orang dah memberi, haruslah tak tolak untuk merasa....Alhamdullilah.
23.11.18
Blood Test
Sebaik sahaja HR offer 25 tempat untuk ''Blood Test', dengan konsep siapa cepat dia dapat,
limited seats ..sepantas kilat saya reply email tersebut.
Bila ada peluang begini memang tak lepas.. Sponsored by company, kalau buat kat luar mau makan beratus jua kos nak keluar duit poket sendiri lagi.
Meliputi kiraan indeks jisim tubuh (BMI) , ujian air kencing dan akhir sekali ujian darah. Bagus juga untuk periksa tahap semasa kesihatan, cegah sebelum ada penyakit tersembunyi datang menyinggah.
Results tak dapat 'on the spot' kena tunggu minggu hadapan sebab test kit perlu dibawa ke makmal terlebih dahulu untuk pemeriksaan lanjut.
9.8.18
Durian
OMG!! Betul-betul terkesima dengan kejadian musim durian tahun ini. Dengan izin Allah, syukur alhamdullilah durian menjadi-jadi di negeri-negeri seperti Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang. Bila banyak tempat berjaya mengeluarkan hasil yang banyak, kita boleh fahamlah penawaran melebihi permintaan. Sekaligus harga durian boleh distabilkan ke paras yang lebih rendah. Pehh macam ahli ekonomi bercakap!...hahahha.
Pembeli boleh tersenyum sebab harga durian lebih murah.. tak payah nak berkira-kira nak membeli. Tak payah nak sekat-sekat kehendak padahal durian tu buah-buahan tempatan kan seharusnya murah sebab orang Malaysia kan peminat no 1 'King of Fruit' . Puas hati bila tengok durian kampung boleh dinikmati serendah RM4- RM10 sekilogram.
Cuma rezeki saya nak menikmati durian terpaksa disekat bila dah memegang jawatan mak buyong. Hai nasib la tak sampai tahap teringin. Tapi jangan ada yang makan depan mata la kang saya pang jugak situ!!!Sifat durian kan panas sungguh tak berani nak ambil risiko walaupun ada yang kata makanlah seulas dua, hai takutlah tak rasi dek badan.
Durian dari kampung belah suami.. nie rezeki orang kampung bagi. Ambil gambar kejap terus saya masuk rumah, tak yah buang masa tengok depa pelahap durian... jaga-jaga dengan nafsu nie nak layan jenuh. :)
31.7.18
Buah Majakani
Mula-mula nak cari cari serbuk majakani sebab malas nak main tumbuk-tumbuk. Masuk 2-3 kedai jamu tapi satu pun tak jual. Mujurlah ada kedai india yang jual buah majakani. Takpe kita gunakan blender kasi hancur sampai jadi serbuk.
Sepeket RM2.50. Beli gara-gara terkena buasir masa 'pregnant' nie.....tak pernah2 ada. Seksa betul menanggung sakitnya, nak jalan pun serupa penguin pulang petang.
Blend manjakani sampai hancur sehingga menjadi serbuk. Ambil sedikit jer serbuk tu letak sedikit air jadikan ia seperti pes. Lepas tu letak di tempat buasir. Seeloknya letak sebelum tidur biarkan ia semalaman dan basuh semasa mandi pagi nanti. InsyaAllah tak sampai seminggu buasir tersebut gerenti kecut dan sakit pun akan berkurangan.

30.7.18
Tempat Makan Cyberjaya
Port baru untuk lunch telah berjaya ditemui. Officemate saya kalau tahu ada tempat makan nak diteroka laju jer langkah depa. Walaupun tempat nie tak delah gempak mana, tapi ia kemestian kitaorang ke sana sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Orang Melayu tak boleh dipisahkan dengan masakan berlauk. Mengigil kalau sehari tak pekena makanan sebegini.
Boleh tahan seleksi lauk pauk yang ditawarkan. Tak banyak tapi boleh buat mata rambang.
Pilihan untuk air sejuk samada Tea O Ais dan Sirap Ais...kalau tak minum ais boleh minta air suam. Air percuma jer.
Harga setiap nasi beserta 2-3 lauk yang kitaorang ambil tak lebih RM8 mengikut jenis lauk. Bagi saya agak berpatutan kalau tengok standard tempat Cyberjaya nie..
Orang Melayu tak boleh dipisahkan dengan masakan berlauk. Mengigil kalau sehari tak pekena makanan sebegini.
Boleh tahan seleksi lauk pauk yang ditawarkan. Tak banyak tapi boleh buat mata rambang.
Harga setiap nasi beserta 2-3 lauk yang kitaorang ambil tak lebih RM8 mengikut jenis lauk. Bagi saya agak berpatutan kalau tengok standard tempat Cyberjaya nie..
Inilah tempat yang saya maksudkan tadi. Kafe yang terletak di dalam kawasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Kalau nak merasai makanan kat sini, masa nak masuk kat pintu depan bagitau pak guard yang uols nak pergi lunch. Nanti depa benarkan masuk.
Bagi yang tak pernah datang boleh cuba sendiri masakan kafe tersebut. InsyaAllah mesti terasa nak datang lagi macam kami. Selagi tak jemu kita mai bak kata kawan saya.
25.7.18
Set Berpantang
Nak siapkan kelengkapan selepas bersalin nie memang mendatangkan kepeningan lagi-lagi nak cari set berpantang, aduh berpinar mata nak 'survey' satu-satu. Budget satu hal tapi semestinya nak cari set yang semuanya akan dipakai. Rugi kalau ada yang tersimpan sampai 'expired'
Masa bersalin adriana saya guna Nona Roguy (NR), kali ni nak berubah angin pula. Berkenan tengok set berpantang SPA n Mama best gak barang-barang dalam set tu tapi takde tuam dan minyak baby. Try nasib minta 'free gift' dari seller tuam baby pun tak dapat..huhuhu .Leceh nak keluar another duit 'extra' untuk dua item tersebut.Item-item yang terkandung dalam Set Bersalin Chantiq Manees. Temuduga kawan-kawan office yang baru balik dari cuti bersalin apa set berpantang yang depa gunakan. Macam-macam brand ada tapi saya tertarik nak cuba Set Bersalin Chantiq Manees.. All in One gitu meliputi ibu dan anak.
Bergantung ada yang suka beli loose item dan yang suka cari complete set macam saya. Pandai-pandailah cari ikut kesesuaian diri sendiri.
11.7.18
Latihan Pratikal @ Intership - FatehTeam
Syarikat Fatehteam mempelawa para pelajar IPTA/IPTS yang masih mencari tempat untuk Latihan Industri (Praktikal) sepanjang tahun.
Sekiranya anda sedang mencari tempat menjalankan latihan praktikal atau intership dalam bidang berikut :-
1) Graphics Designer / Multimedia
2) Marketing / Sales
3) Business Administrator / Management
4) Management / Admin
Lokasi adalah di Petaling Jaya, Selangor
Jika berminat, sila email dokumen-dokumen berikut di fatehteam@yahoo.com
1) Surat Permohonan Latihan Industri
2) CV/Resume bersama gambar terkini
3) Tempoh masa latihan industri / praktikal atau terus hubungi Cik Akma : 03 - 777 24314
Info Lanjut ::
http://www.fatehteam.com/latihan-praktikal/

6.7.18
Farewell Dinner Zakiah
Adui, sedih sangat bila ada sorang lagi geng office nak berhenti kerja. Kitaorang adalah 'try slow talk' kot-kot terpengaruh dengan pujukan suruh extend tarikh 'resigned' tapi sikit pun tak goyah, keputusan dia tetap muktamad. Takpe kita as a friends hormat jerlah.
Geng pejabat bagitau nak sambut ''farewell'' dia lepas habis kerja. Saya on jerlah walaupun masih dalam mood cuti sakit (MC) gigih kan jua sebab hari ini 'last day' kot minah tu kerja karang berzaman la boleh jumpa sebab mesti masing-masing sibuk dengan komitmen sendiri.
Plan asal nak menketedarah ''korean food'' tapi kedai dia level 3 dekat Shaftsburry Cyberjaya, alahai malas mak buyung nak menapak jauh-jauh terus saya request tukar ke tempat lain dan akhirnya kata sepakat makan-makan dekat Domino Pizza
Nama pun 'last minute plan' mesti ada ahli yang dapat tak datang. Takpelah yang ada pun dah cukup memeriahkan suasana
Hujung-hujung majlis baru ada penampakan set-set lelaki yang datang....depa baru balik dari kerja on-site.. konon malu-malu kucing nak join..mengadala korang...padahal dah berapa tahun kerja sebumbung...nyampah!
Mentang-mentanglah masa nie tak ramai 'customer' melepak, berposing sana sini la kitaorang
Part mengedik atas tangga paling akak lemah skang, terus ambik kedudukan paling selamat di atas..
Terselit budak kecik kat sebelah ..nanti sentap kalau tak masukkan dia sekali..
Bakal pengantin baru di sebelah saya.. Selamat maju jaya Zakiah Nadimin....Keep in touch dan semoga lebih 'success' ...dapat kerja yang lebih masyuk nanti. Sementara tengah jadi penganggur terhormat nie, enjoy the moments la sebelum beralih ke alam hidup berumahtangga.
1.6.18
GST Zero Rated 0%
Seperti yang dinanti-nanti berkuatkuasa 1hb Jun 2018, kadar GST dikurangkan kepada 0%.
Tiada lagi caj 6% yang tertera dalam resit pembelian di kedai dan dan tentunya harga akan menjadi sedikit penurunan kerana pembeli cuma membayar pada harga barangan sahaja.
Jika peniaga masih ingkar dan mengekalkan harga yang sama seperti GST dikenakan (ada GST), pengguna boleh membuat aduan ke KPDNKK.
atau Download EzAdu KPDNKK
Android -https://play.google.com/store/apps/details?id=com.kpdnkk.ezaduforandroid
Apple - https://itunes.apple.com/my/app/ez-adu-kpdnkk/id1012529241?mt=8
Lagi bagus kalau pengguna/pembeli ada menyimpan resit pembelian sebelum GST Zero Rated boleh buat perbandingan harga. Senang nak buktikan ada penipuan harga dari peniaga.

Credit KPDNKK FB

25.5.18
Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2018
Saya bukanlah penjawat awam tetapi ada kalangan kaum keluarga bekerja di sektor tersebut. Awas cabaran sedang menanti mereka!! Ikutkan gaji bulan Mei diterima kan tetapi atas faktor perayaan gaji bulan Jun akan dimasukkan ke dalam akaun seawal 7 Jun.. gila awal!! Perlu menunggu dalam 48 hari untuk menerima gaji bulan Julai.
Ingatan kepada diri sendiri juga, pandai-pandai lah menguruskan duit gaji tersebut. Jangan 'super' boros, lebihkan keperluan dari kehendak kalau tidak melopong ler tunggu gaji seterusnya. Rancang perbelanjaan dan hiduplah bersederhana tak payah nak belanja macam orang kaya. Depa memang banyak duit lain cerita..kita orang ada-ada beli mana yang perlu sesuai dengan budget yang ada.
30.4.18
Annual General Meeting (AGM)
Mak aihh awal betul comittee set meeting untuk Annual General Meeting (AGM)
Pukul 8.30 pagi tu, takpe2 tau sangat 'style' orang kat sini, depa mesti tunggu announcement panggil baru terhegeh-hegeh nak masuk..hahaha 'typical malaysia' gitulah opps jangan marah.
AGM Kelab AKRAB, ditubuhkan untuk melaksanakan aktiviti sosial, kebajikan dan sukan sesama staffs. Aktiviti yang telah berjaya di jalankan tahun lepas adalah mendaki bukit broga, Skytrex Adventure di Bukit Cahaya Seri dan beberapa kerja kebajikan di rumah anak yatim serta qurban nusantara di Kemboja dan Acheh. Panjang list kalau nak cerita satu2!
Register dulu uols! Ambil nombor bertuah.
Uiii bukan cikai2 hadiah dia okey, banyak barangan elektrik. Memang tarikan utama la orang naik mai AGM nie.
Barisan AJK tahun 2017 yang akan dibubarkan tak lama lagi. Dengan komitmen serta kerja keras mereka, banyak aktiviti yang berjaya mencapai target dan kini terpulang kepada ahli-ahli samada nak mengekalkan yang sedia ada atau ada calon-calon baru yang ingin ditampilkan.
Sessi percalonan dan undian baru menyaksikan beberapa nama menghadapi saingan sengit dan akhirnya inilah barisan kepimpinan 2018 telah dipilih. Kebanyakan muka-muka baru yang diberi kepercayaan untuk menerajui Kelan AKRAB untuk tahun ini.
Acara terakhir sessi makan-makan. Memang lapar dah nie sebab tadi pun ambil 'light breakfast' jer.. cuma malangnya takde rezeki sis nak menang apa-apa hadiah 'lucky draw' kita menang sorak jerlah..
Masing-masing 'excited' nak tunggu acara bermula, sambil mata nie menjeling kat hadiah tepi nun, mana la tahu kot bertuah dapat rembat sebiji.
Barisan AJK tahun 2017 yang akan dibubarkan tak lama lagi. Dengan komitmen serta kerja keras mereka, banyak aktiviti yang berjaya mencapai target dan kini terpulang kepada ahli-ahli samada nak mengekalkan yang sedia ada atau ada calon-calon baru yang ingin ditampilkan.
Sessi percalonan dan undian baru menyaksikan beberapa nama menghadapi saingan sengit dan akhirnya inilah barisan kepimpinan 2018 telah dipilih. Kebanyakan muka-muka baru yang diberi kepercayaan untuk menerajui Kelan AKRAB untuk tahun ini.
Acara terakhir sessi makan-makan. Memang lapar dah nie sebab tadi pun ambil 'light breakfast' jer.. cuma malangnya takde rezeki sis nak menang apa-apa hadiah 'lucky draw' kita menang sorak jerlah..
Tahniah dan selamat bekerja kepada AJK 2018 yang baru. Harapnya tahun nie lebih banyak aktiviti yang best2.
24.4.18
MGSKL Class of 1998 Reunion: 20 Years Before, 20 Years After
Kita buat TEASER dulu ye nanti baru cerita panjang. Inilah reunion terbesar yang julung kali berjaya dilaksanakan setelah 20 tahun meninggalkan alam persekolahan. Kesemua adalah batch SPM tahun 1998. Kiralah sendiri berapa umur akak skang. Dah tua pun. :)
Haruslah tersangat 'excited'!! Banyak aktiviti yang telah disusun oleh AJK sukarelawan ..tengok graphic info nie pun mengambarkan betapa gigihnya kawan-kawan sekolah saya merancang majlis reunion ini.
12.4.18
Semakan Daftar Pemilih
Nampak tarikh mengundi telah diketahui ramai. '1st come 1st' kena tahu dimana kah kita bakal membuang undi nanti. Semudah menggunakan handphone, maklumat dipaparkan serta merta di depan mata.
Cara Pertama
Melalui SMS (HP)
Cara Pertama
Melalui SMS (HP)
Cara Kedua
Melalui laman sesawang "SPR (Semakan Daftar Pemilih" (Online)
Cara Ketiga
Muat turun aplikasi semakan daftar dari Google Play
Cara Ketiga
Muat turun aplikasi semakan daftar dari Google Play
7.4.18
Minum Air Gula
Tak boleh nak 'imagine' macamana rasanya minum air gula nanti. Terkena jugak atas faktor umur, memang tak boleh lari dari menghadap Ujian MGGT (Modified Glucose Tolerance Test) walaupun BMI masih dalam kawalan dan tiada sejarah penyakit kencing manis dalam keluarga.
Appoinment dah 'diset' seawal 8 pagi dan no saya dipanggil sekitar pukul 8.30 pagi. Sebelum minum air gula, nurse akan mengambil sampel darah pertama. Disebabkan urat-urat di lengan saya halus, cubaan kali kedua masih tak berjaya terpaksalah 'sister' mengambil alih tugasan tersebut. Bertabahlah tengok pelipat lengan bengkak dua tiga hari.

Dup dap dup dap jantung nie bila nak 'pickup' gelas. Usha la kejap kot2 ada yang terkurang isi tapi nan ado sama je level dia. Bila air gula dah lalu kat tekak, pada saya tidaklah semanis seperti yang digembar-gemburkan orang. Tapi bila menghadap air segelas dalam keadaan perut kosong perasaan nak muntah memang terlintas sesekali. Terus tarik nafas rileks .. take your time beb!Yeayy, akhirnya dalam 3 kali teguk saya berjaya habiskan air gula nie.. Bertahan ye jangan muntah..karang naya nak repeat tak sanggup!!
Belum boleh makan minum lagi ye, puasa lagi 2 jam. Sessi berpuasa sebenarnya bermula dari pukul 10mlm -10 pagi. Alamak tak dibenarkan balik, melanguk la dalam klinik 2 jam lagi sementara nak tunggu sampel darah untuk bacaan selepas minum air gula.
Dengan perut yang lapar ditambah keadaan klinik yang riuh-rendah dengan orang, memang tak tenang nak berehat dengan aman jadi curi-curilah rehat dalam kereta sementara menanti nombor giliran dipanggil.
Dah settle semua proses barulah boleh makan macam biasa. Lega giler dekat pukul 11 pagi baru nasi masuk perut. Tak settle lagi azab minum gula nie tunggu ada satu lagi session masa kandungan 7 bulan.. huwaaaa!!
27.2.18
Makanan Arab
Mengadap kedai makanan yang sama setiap hari sememangnya boleh mengundang rasa bosan. Bukan apa pagi tengahari menu yang sama. Tak banyak pilihan kedai nasi campur kat area Cyberjaya nie. Disebabkan parking yang 'limited' masing-masing tak rajin nak 'drive' keluar dari kawanan office takut balik nanti bercinta nak cari parking.
Alternatifnya kita tukar selera makan makanan Arab pula. Nak cari restoran nasi arab di Cyberjaya sangat mudah. Pandang sekitar bangunan mesti paling kurang ada seketul restoran Arab.Restoran SySaban paling hampir dengan office saya. Jalan kaki tak sampai 5 minit sampai. Tak payah nak 'drive' keluar.
Antara menu pilihan saya dan kawan-kawan
Grilled Tekka Beef With Rice - nasi dia sedikit kering jika tidak suka boleh makan bersama sup. Daging liat skit. huwaa sedih.. tak larat nak kunyah bagi member sorang satu daging biar cepat habis..
Sandwich Kabab (Chicken) - sedap gila. kalau tau order yang nie lagi puas hati.
Kunafa - Mengelitis bila makan sebab manis bak ang.
Sebab bukan makanan ruji bolehlah sesekali layan makanan arab nie. Lari dari kebiasaan orang kata.
Subscribe to:
Posts (Atom)