Pages

26.8.15

Misplaced Handphone

Misplaced barang dah jadi common masalah pada certain orang. Lagi2 masa korang tengah serabut memikirkan perkara lain. Letak kat mana cari entah kat mana-mana. Gulppp alih-alih terpaksa mengeledah satu rumah semata-mata mencari barang yang tersalah letak..kalau jumpa lega, kalu tak haru la kat situ...hahaa
Dulu saya selalu misplaced spek mata. gelabah dibuatnya kang nak tengok dunia tak jelas sebab saya kan rabun. Gelabah mencari. Careless betul. Pernah hampir-hampir terduduk atas spek sendiri nasib ye tak patah. Sekarang very hati-hati elakkan perkara sama berulang hehehe.
Tapi kalau misplaced handphone dalam keadaan silent mode camner nak buat ye...jangan nak gundah gulana. terima kasih kepada teknologi...insyaAllah jika digunakan dengan cara yang betul pasti ada manfaatnya.
First thing first, kena install dulu Apps dan enable setting dia.. selain membantu locate lokasi handphone apabila dicuri..phone boleh dilock dan clear memori bagi menjaga privasi supaya tidak terdedah kepada orang lain. Nak explore lagi mengenai function android device manager boleh tengok https://support.google.com/accounts/answer/3265955?hl=en




25.8.15

Para Para Sakura

Alhamdullilah.. last weekend officially masuk rumah baru.. lega sangat2 bila dah siap sebab proses renovation a bit mengambil masa dari jangkaan kitaorang...sabar jerlah huhu..
Banyak lagi kerja nak buat sebenarnya lagi2 part mengemas..menghias.....biasalah take times skit...pelan2 buat mana yang patut.. nak ajak orang mai tunggu siap dulu nooo....boleh gitu..haha
Masa mula2 beli rumah nie mmg perasan ada pokok besar tapi tak sangka lepas setahun ngam2 time dia berbunga... feeling ala2 duduk oversea ler kita..hahah..


18.8.15

Dekorasi Dressing Table / Make Up Vanity

Melekakan betul melihat idea2 dekorasi yang cantik2 belaka. Kot2 la uols tengah mencari idea nak ubahsuai area dressing table/make up vanity yang bikin GEMPAK punya bolehlah consider mana2 yang sesuai..hehe
















17.8.15

Rak Kasut

Nak tunjuk rak kasut yang baru sampai kat office aritu.. kitaorang memang tak pakai kasut dalam office...shoeless gitu. Sebelum nie kasut main tinggal kat tepi pintu tahu jerlah bila banyak kasut2 parking kat lantai kan nampak serabut dan tak sedap mata memandang..
Pandai order warna biru mengikut theme corporat, ala2 bagi ketenangan kan. Barulah cantik tersusun dalam takdelah kasut bersepah2 sana sinun malu dek visitor kang nanti..hehehehe...


Mula2 datang togel tak bernombor..sudahnya masa nak balik ada yang tercari-cari kat mana kasut diaorang tersimpan..lupa kotak mana satu..nasiblah kena buka satu2 cari..hahaha
Senang sekarang semua box siap2 bernombor..kalu tak jumpa jugak balik berkaki ayam jerlah. Tapi satu jer kekurangan rak kasut style gini.. Kalau nasib tak baik tershare dengan orang berkasut penuh.. ko tunggulah saat2 nak buka kotak tu..pehhhh bau kepam kasut semerbak keluar...huwaaa nak pengsan mak dibuatnya...hahaha.



11.8.15

Selamatkan Tom Cruise

Kasihan mengenangkan nasib kucing jalanan yang baru kawan saya cerita dalm FB semalam. Kena langgar dek kereta.. teruk gak keadaan miaw yang diberi nama Tom Cruise ....patah riuk sana sinun.. menangis kaw2 sebab sahabat saya sayang sangat kucing nie. Ibarat penyeri keceriaan tempat niaga..
Cuma kos rawatan jadi sedikit masalah sebab last week dia baru hantar seekor kucing jalanan @ Kembang kat klinik haiwan..banyak belanja dah keluar.. tu pun ada ihsan peminat2 kucing yang menderma...
Jadi sahabat saya sangat berharap jika ada pihak2 yang sudi menghulurkan sumbangan untuk kos rawat Tom Cruise.. tak sanggup tengok tom cruise menderita..at least boleh kurangkan beban yang sahabat saya perlu tanggung..
 

Boleh terjah FB sahabat saya Abuya Aboi untuk cerita dan maklumat lanjut.
Nak no account ke apa roger dia ye...


Gambar Tom Cruise

4.8.15

Macam Rumah Sendiri

Soon nak masuk rumah baru....mampu beli rumah subsale jer pun sebab harga property baru tersangatlah mahal, tersasar dari landasan budget kitaorang..huwaaaa..
Maka edisi mencari barang2 rumah bermula... harus beli skit2 supaya poket tak terasa rabak serta merta..
Singgah kat IOI Mall City Putrajaya semata-mata nak cuci mata dalam HOME PRO. Uiii jatuh cinta okey tengok barang2 kelengkapan rumah dia very complete A-Z dari ruang tamu - dapur- bilik mandi-bilik tidur.. Tambahan design dia sangat fresh dan modern uisshh mau tak tergoda.
Bawak sekali adriana ronda2 shopping compleks.. datang mood tak berapa baik nak berdukung sentiasa.. bawak stroller pun tak de fungsi. Mood baik okey dia nak jalan sendiri.. tapi bila mood tersangatlah baik tengoklah sendiri peel dia ;) 

Amboi santai nampak bergolek sakan atas sofa orang.





Taulah suka dengan kereta, adriana macam hint2 mummy daddy suruh tampal gambar gini kat bilik dia ye..


Hello sayang dapat naik atas katil..tak yah over2 sangat ye adriana.. Selamba betul si kecik nie baring atas katil.. nikmatnya tidur.. dah2 bangun kita ronda tempat lain pulak.

Tak abis lagi akal adriana.. nampak tak frame gambar atas meja yang dibulat merah nun.. 

Ada benda dia tak puas hati rasanya.. 


Nak tau pandai2 dia pergi tukarkan frame hijau ke merah.... okey baru cun sebab seragam semuanya
 Macam2 la akal dia nie ..biasalah budak2 kan explore sana sinun.

Sebab tanam AZAM nak survey2 tempat lain dulu, kitaorang tak beli apa2 pun.. tak nak gopah-gapah kang menyesal kalau tempat lain ada better offer..