Walaupun tersedia rak kasut
Peel orang Malaysia ada satu, payah nak masukkan kasut tu betul-betul dalam rak
Lagi suka letak atas lantai......mudah nak sarung balik katanya.
Leceh kan nak bongkok-bongkok badan ambil kasut dalam rak.
Tapi bila orang Korea datang. alahai molek jer susun atur kasut mereka
Walaupun saya tak begitu 'familiar' dengan tahap displin orang korea yang dikatakan tinggi, dalam bab ini saya setuju.
Nampak semacam benda remeh tapi payah nak buat dan ikut.. tak gitu?
6.12.17
21.11.17
Menu Kenduri Kahwin
Undangan majlis perkahwinan paling 'grand' yang pernah saya hadiri.
Dua bulan lepas di Dewan Banquet UPM Serdang..
Pengantin atau dekorasi pelamin sah-sah cun melecun meletup.
Tapi nak fokus pada satu keunikan yang saya jumpa pada hari tersebut
Oh my! Panjang betul senarai menu dia..
Lebih dari 20 jenis makanan yang tersedia buat tetamu
Berbaloi la sebab tetamu yang datang pun punyalah ramai.. meriah ya amat!
Terima kasih buat tuan rumah yang sudi menjemput kami sekeluarga
Kepada pengantin semoga kekal hingga ke jannah.
Dua bulan lepas di Dewan Banquet UPM Serdang..
Pengantin atau dekorasi pelamin sah-sah cun melecun meletup.
Tapi nak fokus pada satu keunikan yang saya jumpa pada hari tersebut
Oh my! Panjang betul senarai menu dia..
Lebih dari 20 jenis makanan yang tersedia buat tetamu
Berbaloi la sebab tetamu yang datang pun punyalah ramai.. meriah ya amat!
Terima kasih buat tuan rumah yang sudi menjemput kami sekeluarga
Kepada pengantin semoga kekal hingga ke jannah.
20.11.17
Daun Peria Pantai
Makan tengahari yang disediakan selepas mendengar Kuliah Dhuha dari Ijam Medicine.
Kebetulan perut pun sudah lapar, makan nasi panas yang disimbahi sambal udang petai
oh memang sangat ohsem.
Bersama telur goreng tersusun molek oh nikmat dunia betul
Tambahan lagi terhidang ulam-ulaman daun peria pantai yang menarik perhatian, terus saya nak kaut nak cuba sebab pertama kali dengar nama sayur nie. Apan yang saya baca ia baik untuk kencing manis dan stabilkan tekanan darah.
Kebetulan perut pun sudah lapar, makan nasi panas yang disimbahi sambal udang petai
oh memang sangat ohsem.
Bersama telur goreng tersusun molek oh nikmat dunia betul
Tambahan lagi terhidang ulam-ulaman daun peria pantai yang menarik perhatian, terus saya nak kaut nak cuba sebab pertama kali dengar nama sayur nie. Apan yang saya baca ia baik untuk kencing manis dan stabilkan tekanan darah.
Bolehlah ditelan rasa daun peria pantai yang telah dicelur nie. Pahit?? takde lah pahit mana pun, secukup lemak jer rasanya, sebab saya tak suka makan batang dia kenalah rajin ceraikan daun-daunnya dari keratan batang tu. Sebenarnya banyak ulam-ulaman yang boleh dimakan, yang ada khasiat yang baik cuma tahu atau tidak sahaja.
15.11.17
Semak Bill Syabas Online
Sebelum ini bila nak semak bill terkini SYABAS, memang saya tunggu jer bill air masuk dalam peti surat. Lambat memang terbabas due, tapi setakat nie memang 'On Time' jer sampai. Tip top la buat kerja..
Tup-tup ada SMS notification dari INFO SYABAS, menyatakan bill air boleh dilihat melalui portal online, tak buang masa terus saya layari SYABAS OCSP untuk pendaftaran lanjut.
Lagi mudah ye, dekat mana-mana pun boleh access maklumat terkini menggunakan laptop atau handphone. Janji ada capaian internet. Dari segi 'paperless' bagus kurangkan penggunaan kertas .. sayangi dunia kita gitu..
Selesai pendaftaran, activation link akan dihantar ke email pengguna untuk pengesahan akaun baru dan pengguna sudah boleh login ke dalam portal ini. Tak perlu risau bill hilang atau rosak periksa di portal semudah ABC.
20.10.17
Miang Kham
Lamaran untuk merasai Miang Kham disambut dengan tangan terbuka. Bukan senang dapat peluang makan Miang Kham iaitu makanan tradisi orang Thailand memang laju menonong la ke arah meja yang terhidang bahan-bahan miang kham. Rezeki uols.
Daun kaduk, bawang merah, kacang tanah , udang kering, limau nipis. cili padi, kelapa parut dan sos ikan antara bahan yang diperlukan untuk memperlengkapkan hidangan unik ini.
Daun kaduk, bawang merah, kacang tanah , udang kering, limau nipis. cili padi, kelapa parut dan sos ikan antara bahan yang diperlukan untuk memperlengkapkan hidangan unik ini.
Terpaksa buat demo sebab masing-masing ala-ala jakun tak pernah makan miang kham seumur hidup. Tak payah nak blur sangat ye, lumur jer daun kaduk tu dengan sos ikan. Letak jer semua bahan tu atas daun dan terus lipat daun kaduk ikut suka asal muat masuk dalam mulut..
Serius penangan miang kham nie buat ketagih nak makan berkali-kali. Rasa manis, masam, masin dia berpadu dengan serasinya di dalam mulut. Hidangan yang susah nak luput dari ingatan bila dah cuba sekali.
11.10.17
Bubur Asyura
Pemurah betul big boss kitaorang nie, tiap-tiap tahun mesti bawak bubur asyura bagi staff-staff makan. 'Sharing is caring' gitu konsepnya. Melihat rupa bubur asyura yang pekat versi Pantai Timur mesti orang tersalah pandang ingat brownies coklat, tapi inilah dia bubur asyura gaya masakan orang Kelantan
Menggunakan banyak ramuan daging serta kaya dengan campuran rempah ratus. Siap taburan kacang hijau yang berada di dalam memang sedap, Cuma rasanya agak manis untuk dimakan berulang-kali.
10.10.17
Kucing - Part 2
Syukur sangat masalah tahi dan kencing kucing yang bersepah di rumah depan saya dah selesai. Lega betul bila tengok keadaan dah bersih dan tiada lagi bau busuk yang menusuk ke hidung. Balik seperti keadaan dulu-dulu, nak masuk rumah pun aman dan tenang-tenang jer...tak payah nak berangkut air mencuci lantai bagai dah.
Nampaknya ada tindakan susulan yang jiran saya dah buat sejurus complain dibuat pada pihak management. Tiada kucing berkeliaran depan rumah. Mujur ada kerjasama yang baik dari jiran berkenaan. Win-win situation gitu. Alhamdullilah terima kasih kerana menjadi jiran yang bertoleransi antara satu sama lain.
29.9.17
Kucing - Part 1
Huwaa macam nak mengalir air mata tengok lantai korridor depan rumah saya yang tak semena-mena menjadi jamban si kucing. Walhal sebelum nie tak pernah seketul najis kucing pun tercalit dekat lantai. Sekarang bertubi-tubi tahi dan kencing ditinggalkan sang kucing, ambik rasa kan penangan bau dia!
Menjadi satu kerja nak membasuh hari-hari. Sehari dua boleh bersabar lama-lama geram pulak rasa. Gara-gara seorang jiran kami yang baik hati bagi kucing makan depan rumah. Kasi kucing makan memanglah bagus tapi tak bagusnya kucing tu pun dibiarkan berlengkar depan rumah jer sampai dah beranak pinak. Alih-alih anak kucing jadi abang kawasan tabur najis merata. Tak pasal-pasal jiran lain berhempas pulas mencuci lantai, kalau dia tolong cuci takpelah ini buat-buat tak faham jer.
Malas nak pikir saya log complain pada maintenance office, tengok apa action depa nanti. Bukan nak cari gaduh dengan sesiapa tapi kebersihan kena lah jaga sama-sama. Malu tau orang datang rumah tengok tahi kucing bertepek sana sini.
20.9.17
Bunga Telang
Seronok menyembang dengan kawan pejabat yang minat bercucuk tanam nie. Ala-ala kebun kecil di rumah. Topik cerita mesti berkisar mengenai pokok-pokok yang telah ditanam, jenis baja yang digunapakai. Nampak simple tapi benda-benda sebegini penting kalau nak hasilkan pokok yang lebih sihat dan keluarkan hasil yang cantik dan baik.
Paling best dapat benih pokok baru, untung jumpa jenis yang pemurah. Selalu kongsi biji benih kat orang lain. Yelah dapat banyak bukan semua guna kan. Segan gak kadang-kadang tu dibuatnya.. hehehe.
Biji benih bunga telang. Bunga dia boleh dijadikan pewarna dalam makanan atau minuman terutamanya nasi kerabu. Ada yang makan sebagai ulam-ulaman. Khasiat bunga telang dalam perubatan tradisional tidak boleh dinafikan banyak kegunaannya.
Alamak, baru teringat pasu dan tanah dah habis digunakan. Sebelum nak mulakan projek menanam bunga telang, kedua-dua benda penting nie harus disediakan terlebih dahulu kalau tak macamana nak tanam.19.9.17
Pesara Kerajaan
Kemudahan bantuan mengurus jenazah yang boleh dituntut oleh waris pesara kerajaan yang meninggal dunia pada atau selepas 15/10/2010.
14.9.17
Penari Majlis Perkahwinan
Perlukan persembahan kebudayaan tradisional dan tarian moden, ushering utk majlis perkahwinan, majlis makan malam korporat atau apa sahaja majlis keramaian mengikut tema yg anda inginkan?
Perkhidmatan tenaga pengajar utk kelas tarian di pejabat dan sekolah juga boleh disediakan.
Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut boleh hubungi En. Fariz di www.wasap.my/60123873690
Perkhidmatan tenaga pengajar utk kelas tarian di pejabat dan sekolah juga boleh disediakan.
Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut boleh hubungi En. Fariz di www.wasap.my/60123873690
12.9.17
Idea Goodies Kahwin
Jika anda seorang bakal pengantin dan masih tercari-cari idea buah tangan (goodies) buat tetamu hadirin nanti. Apa kata lihat dahulu salah satu goodies yang pernah saya terima dari satu majlis perkahwinan pada bulan lepas.
Agak praktikal untuk diberikan kepada semua peringkat tetamu. Kek dan Jelly sangat yummy bila disatukan bersama dan tidak perlu mengotorkan tangan untuk menikmatinya selepas majlis.
Apa pun terpulang kepada kreativiti masing-masing bagi memberi kelainan kepada goodies yang diidamkan tapi masih dalam budget.
Agak praktikal untuk diberikan kepada semua peringkat tetamu. Kek dan Jelly sangat yummy bila disatukan bersama dan tidak perlu mengotorkan tangan untuk menikmatinya selepas majlis.
Apa pun terpulang kepada kreativiti masing-masing bagi memberi kelainan kepada goodies yang diidamkan tapi masih dalam budget.
Lori
Sebagai pengguna kereta paling gerun kalau berhenti di sebelah lori besar yang membawa muatan. Lagi-lagi pada yang terlebih barangan atas lori tu seram sejuk jer tengok. Terasa nak tekan minyak dan pintas cepat-cepat tinggalkan spesis lori sebegini kat jauh-jauh dibelakang.
Kadang-kadang terperasan ada lori yang tak proper ikat muatan barangan diaorang. Sikap 'asal boleh' nie boleh membahayakan pengguna kenderaan lain secara tak langsung. 4.9.17
Keropok Rotong
Keropok perisa sotong nie kalau cari kat mana-mana kedai senang betul nak jumpa.
Glamour gamaknya di kalangan pemakan jajan.
Tetapi kalau nak tahu, ada RAHSIA lain disebalik keropok rotong nie. Ceritanya begini...
Sebungkus keropok rotong dibeli oleh daddy adriana. Beria ingatkan untuk dimakan.
Setelah dibuka, boleh dia potong keropok tu menjadi potongan kecil seperti gambar diatas. Garu kepala kejap.. kalau tak dimakan nak buat apa??
Dah tu dibiarkan tidak bertutup semalam dalam bekas supaya menjadi lemau.. erkk boleh gitu..
Tanya punya tanya rupanya nak buat umpan pancing. Tiada campuran bahan lain, semata keropok sahaja yang akan dicucuk pada mata kail.
Boleh ye gitu.. macam-macam idea kreatif jugak ...
Terpikat ke tidak ikan semuanya bergantung kepada tuah dan rezeki.
Glamour gamaknya di kalangan pemakan jajan.
Tetapi kalau nak tahu, ada RAHSIA lain disebalik keropok rotong nie. Ceritanya begini...
Sebungkus keropok rotong dibeli oleh daddy adriana. Beria ingatkan untuk dimakan.
Setelah dibuka, boleh dia potong keropok tu menjadi potongan kecil seperti gambar diatas. Garu kepala kejap.. kalau tak dimakan nak buat apa??
Dah tu dibiarkan tidak bertutup semalam dalam bekas supaya menjadi lemau.. erkk boleh gitu..
Tanya punya tanya rupanya nak buat umpan pancing. Tiada campuran bahan lain, semata keropok sahaja yang akan dicucuk pada mata kail.
Boleh ye gitu.. macam-macam idea kreatif jugak ...
Terpikat ke tidak ikan semuanya bergantung kepada tuah dan rezeki.
29.8.17
Sticker Pancing Tackle Box
Hairan pula saya tengok apasal daddy adriana tetiba order sticker bagai nie? Selalu budak-budak yang suka main lekat-lekat sticker sekali bapak budak pun join sekaki apa cerita. Busybody nak tahu sebab macam-macam gambar ada.
Orang-orang kaki pancing jer tahu setiap satu nama-nama dalam sticker. Semuanya jenama-jenama pancing kalau tanya saya krik-krik la jawabnya.
Orang-orang kaki pancing jer tahu setiap satu nama-nama dalam sticker. Semuanya jenama-jenama pancing kalau tanya saya krik-krik la jawabnya.
Beginilah hasilnya setelah Tackle Box dihiasi dengan sticker-sticker tadi. Sebagai dekorasi la sebenarnya takde lah kosong jer rupa Tackle Box tu. Ibaratnya selepas diupgrade barulah nampak berseri.
kami tak jual sticker ini tapi pada yang berminat boleh dapatkan ditempat daddy adriana beli. Cari Facebook "Jual Sticker Pancing"" atau "Abd Halim Ismail".
Aktiviti Bulan Kemerdekaan
Balik dari sekolah adriana 'excited' bercerita mengenai aktiviti yang dia dan kawan-kawan buat dalam kelas hari ini. Seronok katanya buat bendera Malaysia. Bila cikgu adriana 'share' gambar dalam Facebook wow menariklah bila anak-anak ini di beri peluang dari A-Z bagaimana menghasilkan Jalur Gemilang sendiri.
Bila saya uji adriana mengenai warna-warna jalur gemilang tanpa melihat bendera. Yeayy bagi markah penuh sebab berjaya mengingati kesemua warna dalam bendera Malaysia Merah, Putih, Biru dan Kuning.
Tak sabar rasanya nak sambut Hari Kemerdekaan bila melihatkan keterujaan anak-anak ini mengibarkan hasil kreativiti mereka. Usaha yang baik dalam menyemaikan sifat sayangkan negera kepada generasi muda ini.
24.8.17
Skim-Skim Inisiatif Peduli Rakyat Selangor
Ramai rakyat Selangor sendiri tidak mengetahui bahawa terdapatnya keistimewaan dari segi bantuan-bantuan yang boleh dimohon untuk seisi keluarga di Selangor . Sila rujuk link yang tertera dibawah untuk keterangan lebih lanjut :-
1. Newborn / Kelahiran : RM1,500 (TAWAS)
http://tawas.org.my/tawas/
2. Nursery Assistance / Penjagaan Anak : RM100 (SI KEMBAR)
http://www.e-sikembar.org/
3. Pre-School Assistance / Pendidikan Pra Sekolah : RM50 (TUNAS)
http://www.e-tunas.org/
4. University Students / Bantuan Pelajar Universiti : RM1,000 (HPIPT)
https://hpipt.selangor.gov.my/portalv1/
5. Skim Pinjaman Pelajaran dan Peduli Siswa (TWKBNS)
http://tkwbns.selangor.gov.my/portal/index.php/tentang-kami/program-khas-peduli-siswa
6. Funeral Expenses for Senior Citizens & OKU / Perbelanjaan Pengebumian : RM2,500 (SMUE)
http://e-mesra.org.my/
7. Free Water / Air Percuma : 20m Cube / Month (IPR1)
http://ipr.selangor.gov.my/air-percuma-setiap-bulan/
8. Microcredit Business Loans Without Interest / Pinjaman Mikro Kredit Tanpa Faedah : Up to RM50,000 (HIJRAH)
http://www.hijrahselangor.com/
9. Wedding / Perkahwinan : RM 500 Person (Insentif Perkahwinan)
10. Medical check up for women: (Mammogram)
11. Free SPM tuition/tuisyen SPM percuma: (Pusat Tuisyen Rakyat SPM)
12. Skim Peduli Sihat
Free Health Card worth RM500 (family) and RM200 (individual).
13. Skim Rakan Gombak Medical Center (GMC)
📌 Kad khas untuk pengundi DUN Gombak Setia dan berumur 60 tahun dan ke atas
📌 Dapatkan borang di Pejabat Adun Gombak Setia
14. Program Bantuan Makanan Bulanan (Food Stamp)
15. Khidmat Bas Selangorku PERCUMA
16. Perkhidmatan WIFI Selangorku PERCUMA
17. Skim Rumah Selangorku
18. Bantuan Kesihatan Selangor: RM 5000
Percuma untuk dialisis buah pinggang/ pembedahan kecil/ katarak mata/ kaki palsu/ lain-lain permohonan
19. Program Dana Usahawan Mikro Selangor
📌 Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor
20. Program "Blueprint" Pembasmian Kemiskinan Selangor
Bantuan peralatan mesin untuk perusahaan
📌 Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor
21. Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin
Bantuan bina baru bagi rumah yang daif
📌 Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor
22. Program Bantuan Peralatan Nelayan dan Akuakultur Negeri Selangor
📌 Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor
23. Insentif Bantuan Haji kepada bakal Haji: RM 500
📌 Hubungi Pejabat Adun atau MBI Selangor
24. Bantuan Sekolah-sekolah Kerajaan Negeri dan Swasta bernilai sehingga RM 50, 000
📌 Hubungi Pejabat ADUN
25. Program Bantuan "Back To School":
📌 Hubungi Pejabat ADUN
26. Program Bantuan Baucer "Jom Shopping Perayaan": RM 100
📌 Hubungi Pejabat ADUN
23.8.17
Pemindahan Sementara Klinik Desa Subang
Punyalah semangat pukul 7.15 pagi dah keluar dari rumah. Ingatkan cepat pergi cepat lah boleh selesai urusan 'check up' adriana dekat klinik desa. Pada peringkat umur dia sekarang dah takde suntikan imunisasi cuma pemeriksaan pada berat, tinggi serta perkembangan fizikal yang akan direkodkan dalam buku log kesihatan.
Sesampai jer depan pintu pagar ternampak lah satu banner merah tergantung. Rupanya klinik desa nie ditutup buat sementara disebabkan ada 'renovation' yang bermula dari 21hb Aug sehingga Dec 2017. Jadi sepanjang tempoh tersebut segala operasi mereka akan dipindahkan ke Klinik 1 Malaysia Seksyen U5.
Maka kami teruskan perjalanan ke Klinik 1 Malaysia Seksyen U5 pula. Sekali sampai kaunter nurse maklumkan bahawa temujanji minggu ini terpaksa ditundakan ke minggu hadapan. Kakitangan tengah sibuk. Yelah banyak lagi dokumen dan peralatan klinik yang perlu dipindahkan ke tempat pemindahan sementara nie. Tak boleh buat apa terpaksa ambil cuti lagi minggu hadapan.
Masa operasi Klinik Desa Subang dari Isnin - Jumaat dari pukul 8pagi hingga 5 petang
18.8.17
Tapai Pulut Daun Getah
Wow kegemaran saya ni! Antara tapai ubi atau tapai pulut semestinya saya akan memilih tapai pulut kerana rasanya lebih manis dan lembut lagi-lagi dimakan semasa ia sejuk. Serius boleh mendatangkan sejenis ketagihan dimana payah nak berhenti makan bila dah ngap sekali. Sedap oii.
Dibalut menggunakan daun getah bagi mengekalkan rasa dan aroma. Daun punyalah besar tapi isi ciput manalah nak puas makan seketul kan. Tapi ingat ye pulut tapai nie sejenis makanan yang sejuk dan berangin, dalam beberapa keadaan kalau tak berpada-pada buruk padahnya pada badan.
31.7.17
Masalah PhotoBucket Pada Blog
Berbulan lamanya blog saya terbiar tanpa sebarang update, semuanya akibat kekangan masa. Betul-betul tak sempat nak curi masa. Sekali buka alamak, terkejut tengok keadaan sebegini. Serabutnya hai.
Cepat- cepat minta bantuan Mr Google cara-cara nak 'solvekan' masalah tersebut. Rupanya terdapat perubahan pada service dan polisi Photo Bucket sendiri. Ha sudah.
''07/09/17 I have had a free account with
Photobucket for over a decade which I've used to host images in my
canned speeches. A little over two weeks ago Photobucket changed the
their Term of Service. This resulted in those with a free account being
required to upgrade to their most expensive account ($399. per year) in
order to be able to post third party images hosted at their website.
All of my images have been restricted and or deleted. I apologize for
any inconvenience this situation may have caused.''
What I quoted in post #16 is from a email from PhotoBucket which clearly states "In order to continue using Photobucket to host your images, please upgrade to a Plus 500 plan".
They are not allowing me any other options. I tried signing up for
the $5.99 a month option, but it will not allow me to use that option.
It's either the 500 plan or nothing. There are no other options. I
refuse to pay $399, especially to a website which pulls this type of
ransom. It is very obvious that they intentionally sprang the new Terms
of Service without any notice, if they had given prior notice clients
would have had the time to move to another host site without having
downtime to contend with. These people are just one step above lawyers.
Antara komen dari pengguna Photo Bucket. Banyak rungutan kerana langkah kurang bijak Photo Bucket yang tidak memberi banyak pilihan kepada pengguna setia mereka.
Aduh macamananie...Pikir punya pikir. Belasah jer method try+error. Edit dekat HTML Coding.
Siap-siap copy paste coding dulu letak dalam Words sebagai backup. Yelah bab coding memang ke laut kot. Cara paling senang Ctrl + Find taip photobucket. Jumpa url photobucket remove kan terus. Save template..preview tengok-tengok hilang dah gambar meter tu....yeayy lega blog dah normal..
2.5.17
Kereta Sorong
Undangan kenduri menyambut ramadhan mengisi jadual hujung minggu saya sekeluarga. Merasai lah kami menjejakkan kaki ke Kampung Gadong, Rembau Negeri Sembilan. Beginilah tradisi mereka apabila masuknya bulan Syaaban bersama-sama seisi keluarga yang lain bergotong-royong menyediakan juadah buat keluarga dan tetamu.
Semasa tengah menjamu selera terpandang satu kaedah yang mereka gunakan untuk memanggang ikan bakar. Agak unik dan 'multipurpose'. Penggunaan kereta sorong untuk mengisi arang ajak bijak kerana api lebih mudah dikawal dan mengurangkan arang bersepah ditanah. Lebih mudah untuk dibuang.
26.4.17
Buah Kelubi
Kalau sebut buah kelubi, selalu yang telah dijadikan menjadi jeruk pernahlah saya lihat dan makan, tapi kalau ditanya bagaimana rupa buah kelubi itu sendiri memang krik...krik...krik la jawabnya!
Perhatikan rupa buah kelubi seakan-akan nak sama dengan buah salak cuma saiz buah kelubi lebih kecil dan tiada bulu halus pada permukaan kulitnya.
Perhatikan rupa buah kelubi seakan-akan nak sama dengan buah salak cuma saiz buah kelubi lebih kecil dan tiada bulu halus pada permukaan kulitnya.
Alang-alang buah kelubi sudah di tangan, terus saya ambil sebiji untuk mengetahui rasa buah kelubi itu sendiri. Ada yang panggil 'laici kampung' ye, terpinga sekejap mencari kaitan antara kedua-dua buah. Lain kot.
Walaupun isinya lembut, sekali gigit dia punya rasa pehh masam teramat okey. 10 kali mengerut dahi pun tak boleh nak gambarkan tahap dia. Gerenti tak akan gigit buat kali kedua.. Surrender you. Baik lah dijadikan jeruk atau asam kelubi baru boleh masuk dek tekak dari makan macam gitu sahaja.
17.4.17
Anak Pokok
Ikutkan saya nak 1 atau 2 anak pokok jer buat tambah tanaman di rumah. Sekali dia bagi 6 anak pokok amboi kak baiknya hati awak. Asalnya semalam kitaorang makan-makan sambut birthday officemate.. tetiba terbuka cerita pasal berkebun. Macam-macam topik akak office, kongsi mengenai penjagaan pokok antaranya guna hampas tea atau kopi sebagai baja. Siram pokok menggunakan air basuhan beras atau air basuhan ikan/daging bagi menggalakkan pertumbuhan pokok.
Ada selom bunga telang, bendi, sawi dan pandan.
Disebabkan saya duduk apartment, balkoni ajerlah kawasan paling sesuai nak tempatkan pokok sayur-sayur berkenaan. Cahaya matahari pun cantik memancar. Berat tanggungjawab nie nak pastikan anak-anak pokok tersebut membesar dengan baik. Berbudi kepada tanah insyaAllah pastu hasilnya tidak mengecewakan...
3.4.17
Cuti Kelepasan 24th April 2017
Pagi tadi ada kawan saya maklumkan 24th April satu Malaysia dapat cuti. Cuti sempena pertabalan Agong ke - 15. Yeayy sahih la nie bila dah keluar dekat berita online nie. Tarikh tu kan Israk & Mikraj, cuti bagi negeri Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis. Seronoknya cuti walaupun rehat kat rumah jer habiskan cuti :)
Credit Bharian
30.3.17
Sekolah Rendah Ku
Selalu bila ada masa senggang biasalah saya dan famili akan melayan program kat TV. Sekali aritu tekan lah Astro Ria 611, favourite channel adriana. Buka-buka ada cerita disebalik tabir "Kasut Bola Pink''.. macam menarik jadi terlayan la sekejap.
Telefilem nie berkisarkan 2 remaja yang sering bertelagah dan bergaduh. Sehingga berlaku satu insiden yang menyebabkan identiti diri mereka bertukar dan bermulanya kisah yang bakal mengubah hidup mereka.
Tangga yang menuju ke atas perpustakaan yang ramai orang seram gila nak pergi masa tu. Ada hantu Jepun la apa la sampaikan kitaorang librarian nak bertugas siap ajak geng teman....kalau habis duty macam kena kejar anjing mencicit lari ke bawah... ahahhaa.. Kenangan betul.. InsyaAllah akan disimpan ketat dalam hati dan ingatan.
Telefilem nie berkisarkan 2 remaja yang sering bertelagah dan bergaduh. Sehingga berlaku satu insiden yang menyebabkan identiti diri mereka bertukar dan bermulanya kisah yang bakal mengubah hidup mereka.
Ralit punya ralit menonton terperasan lokasi pengambaran diaorang... Macam kenal jer bangunan sekolah nie. Sekali eh-eh sekolah rendah saya nie. Makin yakin bila kamera fokus tang nama sekolah. OMG! cantiknya banyak perubahan pada warna cat dan sedikit penambahan pada struktur bangunan. Gigih cari kat youtube sebab kat TV susah nak capture gambar.. Dapatlah 4 babak yang berlokasikan sekolah Kebangsaan St Teresa 1 & 2..
Kenangan betul bila tengok dewan sekolah nie.. nak sebut satu-satu aktiviti memang penuh senarai. Tapi kat sinilah kitaorang akan duduk bersila masa kelas muzik.. tempat perhimpuan..tempat kena inject BCG..rubella..hahaa.
Boleh nampak belakang budak perempuan tu, barisan kelas dari darjah 4-5. Kat sini ada padang. Takdelah besar mana..lepas la nak buat bermain waima hari sukan pun berkumpul kat kawasan sini.
Tangga yang menuju ke atas perpustakaan yang ramai orang seram gila nak pergi masa tu. Ada hantu Jepun la apa la sampaikan kitaorang librarian nak bertugas siap ajak geng teman....kalau habis duty macam kena kejar anjing mencicit lari ke bawah... ahahhaa.. Kenangan betul.. InsyaAllah akan disimpan ketat dalam hati dan ingatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)