Pages

26.4.17

Buah Kelubi

Kalau sebut buah kelubi, selalu yang telah dijadikan menjadi jeruk pernahlah saya lihat dan makan, tapi kalau ditanya bagaimana rupa buah kelubi itu sendiri memang krik...krik...krik la jawabnya!

Perhatikan rupa buah kelubi seakan-akan nak sama dengan buah salak cuma saiz buah kelubi lebih kecil dan tiada bulu halus pada permukaan kulitnya.





Alang-alang buah kelubi sudah di tangan, terus saya ambil sebiji untuk mengetahui rasa buah kelubi itu sendiri. Ada yang panggil 'laici kampung' ye, terpinga sekejap mencari kaitan antara kedua-dua buah. Lain kot.

 

Walaupun isinya lembut, sekali gigit dia punya rasa pehh masam teramat okey. 10 kali mengerut dahi pun tak boleh nak gambarkan tahap dia. Gerenti tak akan gigit buat kali kedua.. Surrender you. Baik lah dijadikan jeruk atau asam kelubi baru boleh masuk dek tekak dari makan macam gitu sahaja. 


17.4.17

Anak Pokok

Ikutkan saya nak 1 atau 2 anak pokok jer buat tambah tanaman di rumah. Sekali dia bagi 6 anak pokok amboi kak baiknya hati awak. Asalnya semalam kitaorang makan-makan sambut birthday officemate.. tetiba terbuka cerita pasal berkebun. Macam-macam topik akak office, kongsi mengenai penjagaan pokok antaranya guna hampas tea atau kopi sebagai baja. Siram pokok menggunakan air basuhan beras atau air basuhan ikan/daging bagi menggalakkan pertumbuhan pokok.

Ada selom bunga telang, bendi, sawi dan pandan.

Disebabkan saya duduk apartment, balkoni ajerlah kawasan paling sesuai nak tempatkan pokok sayur-sayur berkenaan. Cahaya matahari pun cantik memancar. Berat tanggungjawab nie  nak pastikan anak-anak pokok tersebut  membesar dengan baik. Berbudi kepada tanah insyaAllah pastu hasilnya tidak mengecewakan...


3.4.17

Cuti Kelepasan 24th April 2017

Pagi tadi ada kawan saya maklumkan 24th April satu Malaysia dapat cuti. Cuti sempena pertabalan Agong ke - 15. Yeayy sahih la nie bila dah keluar dekat berita online nie. Tarikh tu kan Israk & Mikraj, cuti bagi negeri Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis. Seronoknya cuti walaupun rehat kat rumah jer habiskan cuti :)

Credit Bharian