Pages

29.9.14

Gaya Berspek Mata

Cak!!Adriana bergaya dengan spek mata pinjam..hehe.. berkenan betul dengan spek hitam daddy tu ye.. sesekali layan berposing dengan camera nasib baiklah bagi kerjasama.

Spek Mickey Mouse.. beria2 bagi reaksi gembira sebab dapat spek mata baru, koleksi sendiri la katakan..hehehe
Satu perangai pelik adriana... pantang tengok orang lain pakai spek, memang takkan datang dekat selain me dan atok dia, maybe dah biasa tengok dari baby lagi.... hahah even daddy dia pun gerenti kena tanggal balik or else memang meraung la. lawak2 tapi benar pak.



27.9.14

Malware Ancam Pengguna Smartphone Maybank2U dan CIMB Clicks

Kecoh diperkatakan penipuan melalui mobile intenet banking yang tengah berleluasa sekarang. Target utama adalah pengguna Maybank2U dan CIMB Clicks yang menggunakan aplikasi tersebut pada smartphone. Nama pun zaman moden teknik mencuri duit pun canggih...kalau tak hati2..tak pasal2 duit lesap..huh
Menggunakan sebaran virus daripada Zeus Malware untuk memperdaya pengguna dan sekaligus mendedahkan maklumat banking mereka kepada pihak ketiga.. senang2 depa boleh access akaun orang lain.....tu la pasal banyak kes org hilang duit dalam akaun bank.


Masih selamat tapi pengguna kena ambik langkah berjaga2 juga... banyak komen2 expert yang me baca menyarankan pengguna tidak melayan sebarang email yang KONONNYA dari bank. Jangan layan panggilan telefon yang meminta no kad debit atau kredit...Pastikan juga address link perbankan electronic adalah sah dan diyakini..InsyaAllah internet perbankan kita akan selamat.



25.9.14

Jemputan dari Tupperware Brands

Menarik uols jemputan dari Tupperware Brands ke events mereka yang bakal berlangsung weekend nie kat Subang Jaya. Tak dinafikan quality product nie memang tip top.. berbaloi2 sebab boleh guna untuk long term.
Bila tengok ada tawaran harga istimewa macam berminat pula nak serbu..tengoklah pada kelapangan..ada plan lain dah....huhu....me rasa peminat2 Tupperware Brands mesti tak kan lepaskan peluang keemasan nie...terjah jangan tak terjah :)


23.9.14

Motivasi #26 | Keep Going




22.9.14

Lunch @ Texas Chicken

Kalau tak diwar2kan oleh member opis me Fiza, sampai kesudah tak jejak kaki kat Texas Chicken. La nie baru berkesempatan nak rasa Fast Food ala2 KFC gitu.. Outlet dia belum meluas satu Malaysia.. kat selangor pun baru ada 10 outlet, jadi tak ramai orang aware pun kewujudan Texas Chicken Malaysia..

Spicy Set yang ada 2 ketul ayam, biskut.. kentang putar, coslaw dan air..

Air isi sendiri dekat mesin..sebab nak kurangkan minuman air bergas, me pilih lemon tea..
lepas makan terus nak cari toilet aiyoohhh penangan lemon tea la nie..agak pekat la me rasa... perut i kan manja...cepat betul nak detox...huhuh

Masa weols datang lunch..boleh tahan crowd yang singgah makan sini...

Dapat ayam panas2 lagi..

yum2.. diaorg pun baru mencuba.. not bad katanya,.
Masih asing kat malaysia tapi Texas Chicken dah wujud tahun 1952 lagi...kat negara lain dah bersepah now sedang meluaskan empayarnya kat Malaysia pula... ada rasa tersendiri....tak dibayangi wajah uncle colonel @ KFC pun tatkala menghadap makanan dia.. nak locate branch dia boleh check Texas Chicken Malaysia


19.9.14

IKEA 2015 Catalogue

Sememangnya ditunggu2 kedatangan Katalog IKEA 2015, memberi inspirasi kepada mereka2 yang memerlukan idea dan panduan menarik dalam seni hiasan dalaman rumah... dari bilik tidur hinggalah ke dapur...barang2 IKEA kan cantik2 belaka.. serius merambangkan biji mata ..hehhe
IKEA tengah distribute katalog2 pada semua IKEA fans... of course la FOC hantar terus ke delivery address.. stok terhad tau sementara masih ada nie cepat2 register http://bit.ly/IKEAfreeBookbook


BE Sept 2014

Campaign yang sedang bercanda ria di pasiran pantai gitu.. haha.. alhamdullilah.. skit2 lama jadi bukit!selalu sebulan satu campaign jer melekat huhu kesian, almaklumlah blog sendu..hehhe tapi bila berderet2 keluar gini very the suka hati...

Korang 4 sekawan sila duduk lelama skit dekat blog nie ye..


17.9.14

Tetamu Kecil

Terkejut seisi rumah dibuatnya tatkala seekor sugar glider yang super comel nak memasuki rumah my mum. Kalut masing2 sebab tak berani nak pegang...grrr tak pasal2 kena cakaran nanti...nasiblah adik ipar me berani skit..pelan2 dia tangkap masukkan dalam bekas tapi buat sementara waktu jerr. Ada sessi pengecaman nak buat..
Dulu2 ada kes sugar glider lari dari rumah sini..puas tuan dia cari sana sini.. amboi binatang pun pandai bawak diri tau.. jangan memain..aihh tah apa yang dirajukkan tah!

Sepupu me.. sugar glider dialah yang tak balik2 rumah tu..kitaorang siap panggil dia datang nak suruh check sendiri...Kena hati2 handle sebab sugar glider nie nampak menganas... siap keluar bunyi nyaring macam terancam.

Baru nampak tenang.. Kitaorang syak nielah sugar glider yang dinamakan chika yang hilang setahun lepas.


Alolo comel kan... me minat tengok tapi tak minat bela ..hehee

rumah sugar glider.. senang nak bawa pergi travel mana2.
Akhir cerita, sugar glider sekarang dalam jagaan sepupu me.. tapi malangnya ia bukan chika yang hilang tu.. Bagi kitaorang macam sama jer takder beza pun..tapi tuan empunya binatang dia sendiri tau la camner binatang kesayangan dia.. buat jadi binatang angkat dulu kot2 ada pemilik sebenar cari tu kenalah pulangkan semula..


Lorong Khas Pengguna Handphone

Boleh jumpa kat China.. Disebabkan obsession rakyat mereka terhadap smartphone memaksa pihak berkuasa di sana mewujudkan idea sebegini...satu lane untuk texting while walking yang sebelah no phone allowed..haha gitu.. Bayangkan tengah2 berjalan jari tu dok menaip...mata asyik terpaku depan skrin telephone mana nak fokus dengan bahaya dan halangan kat depan..ada lubang ker.. ada kenderaan ker..tup2 terlanggar kan cari pasal namanya.
Laluan sepanjang 30 meter yang dicat putih.. sebenarnya dalam bahasa tersirat nak mintak rakyat2 jelata diaorang "kurang2lah melekat dengan handphone ketika berjalan"..haha macam2 hal kat sana....pelik tapi benar.


16.9.14

Selamat Hari Malaysia



Proud to be Malaysian!
Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia


15.9.14

Gadis Ular

Wooo....gerun sehhh tengok keberanian gadis nie pegang ular..Bukan sebarang tau, spesis ular paling berbisa terbesar di dunia tu. Tengok rileks jer dia bergambar....kalau me dah buka langkah seribu..seramm okey!!.. Ular Tedung Selar (King Cobra) me yang baca boleh berdiri setinggi 6 kaki....uihh ko power la dik boleh control dan jinakkan binatang nie dengan cool.

Please jangan tiru aksi ini ye adik2 sekalian very merbahaya...andai tiada ilmu di dada..
Credit Sukan Star TV

Me tadi ada tengok FB girl nie (Puteri Cika Puteri Ridhuika).. tak dinafikan dia memang pencinta ular.. dah biasa la bab2 ular...jaranglah ada gadis2 zaman moden yang mempunyai minat yang memerlukan ketahanan diri yang tinggi..bila2 masa jer sang ular boleh mematuk..
Memang respect lah kebolehan dan kelebihan yang ada pada dia nie.. Go2 girl!


Doodle 4 Google

Once uols masuk laman web google perasan tak, kdg2 ada design pada imej google tu, me suka tengok bermacam2 tema kan ibarat mencuci mata...kalau nak tahu ia dinamakan doodle.
Bersempena hari malaysia esok ada contest yang dianjurkan team google untuk pelajar2 sekolah rendah dan menengah bagi menengahkan creativity mereka. 

Kategori 7-9tahun

 Kategori 10-12thn

 Kategori 13-15thn

Kategori 16-17thn

Lawa2 betul. Bangga jadi anak malaysia melihat pelbagai kebudayaan dan khazanah yang ada kat bumi bertuah nie.. actually pemenang dah diumumkan semalam kat TV.. untunglah karya budak2 nie akan dilihat satu dunia..sekaligus promosi malaysia gitu.. Nak melihat design doodle kesemua peserta boleh klik Doodle 4 Google.



My HeartBeat