Pages

31.3.15

GST Bill TNB

Aiseyman rupa-rupanya elektrik pun bakal dikenakan caj GST. Aihh keperluan asas kot eletrik nie awat nak caj GST?? Apa yang me faham, penggunaan 300kwh pertama tak kena GST,  itupun tertakluk hanya kepada pengguna domestik sahaja. Tetapi jika bill bulan tersebut melebihi 300 kwh memang selamatlah kena caj GST...tak boleh lari uols.

Benda basic patut gomen bagilah keutamaan..bagi chance rakyat bernafas skit.. Kalau gini punya gaya.. takyah ditunggu campaign earth hour setahun tu..silap2 ada yang volunteer earth hour tiap2 malam.
Lebih details mengenai Caj GST pada pengguna2 domestik bolehlah layari laman web TNB.. 


25.3.15

GST Google Translate

Baru ku tahu..rupa2nya google pun tak mesra GST tau.. tak percaya?? Cuba buat satu exercise.
1) Masuk ke Google Transle
2) Set Malay to English
3) Type ayat berikut "GST ada kebaikan"
4) Tadaaa tengok hasil translation --> GST is no good

Hai pandai betul Google nie..memahami sungguh isi hati kita semua kan..hahaha..jangan marah2 gurau2 ajer noo..lawak pagi hari.


Senarai Barangan Yang Dikenakan GST

Panduan buat rakyat seluruh Malaysia yang akan menghadapi hari2 bersama GST bermula minggu depan. Sama2 kita menghitung hari ye huhu...Ingat tau kawan2, tax GST sebanyak 6% bagi barang2 keperluan yang diproses serta perkhidmatan tercatat dalam senarai. 


Segala senarai penuh boleh lihat dalam listing pdf. Maybe ambil masa nak faham sebab listing dia agak panjang, Silap2 haribulan nak pergi shopping terpaksa bawa nota panjang nak filter mana kena GST mana tak....tapi macam banyak barang kena GST..acaner tu??


Dari hujung rambut hingga hujung kaki semuanya kena count on 6% GST...budget kena kira betul2...Huhu..Bila kos pengeluaran meningkat sampai kat end user sah2lah pasti ada harga barang terpaksa dinaikkan..ingat peniaga nak absorb kos..memang tak lah..

Entahlah takut cantik di kertas tapi realiti menekan rakyat. Susah nak baik sangka dengan GST nie. sebab implikasi dia tetap berbalik kepada kita semua. Faham2 jerlah dekat Malaysia once barang naik no more turun2 balik..


20.3.15

Gangguan Bekalan Air 2 | Mac 2015

Alamak biar betul Syabas ni.. takkan tiap2 bulan ada masalah bekalan air. Seingat me kan, baru last month up entry pasal gangguan air, again terjadi lagi. Aiyahh bertabah ajerlah. Mujur esok cuti yelah risau kot baki air tangki kat office dah tinggal paras2, nasib lah budak2 shift malam mengagau cari air nanti.


Banyak kawasan yang terjejas sebenarnya. Better buat persediaan awal reserve air dalam tong2 besar in case terjadi lagi masalah2 sebegini. Sape lah punya kerja suka buat pencemaran nie ek??issh tak pasal semua terkena..Giler motif menyusahkan orang lain.. Apa2 pun moga bekalan air dapat pulih segera.



Tambang Pengangkutan Awam Naik

Belum start GST tapi masing2 berlumba naik harga. Terkini SPAD meluluskan kenaikan tambang baru bagi taxi, bus dan komuter antara 20 %-67%.... Aduh parah2 segala benda naik kot! Awatlah authority senang2 bagi naik harga.. cuba lah fahami kenapa rakyat2 marhain pilih public transport of course nak save cost....yelah tak semua bergaji besar kot. dan hidup selesa lagi2 dibandar besar. Bila segala2 naik mendadak begini, pastinya bebankan orang ramai..ishh benci betul dengar berita2 gini.


Amboi berduyun2 naik.. 

Harga tambang baru bus express. Makin menipis la poket rakyat jelata sekalian.

Geleng kepala me tengok... alamatnya yang miskin bertambah miskin. Dah tentu2 pembelanjaan harian makin meningkat. Kalau dulu ada yang buat satu pekerjaan, sekarang kena berkira-kira cari part time..nak tampung hidup kan. Sah2 quality time bersama keluarga dah kurang..alahai kesian rakyat Malaysia.


19.3.15

Bantuan Kewangan

Wajah anak kecik yang menghidap penyakit hati kronik, kala ini amat2 memerlukan sumbangan dari orang ramai bagi menampung kos pembedahan yang cukup tinggi. Andai ada kemampuan.. sudi-sudi lah menghulurkan bantuan agar dapat meringankan beban keluarga dan pembedahan dapat segera dijalankan. 

Mereka bakal pemimpin negara satu hari nanti, namun satu masalah membelenggu kerana pusat pendidikan untuk anak2 kecik ini menimba ilmu sedikit tergendala pembinaannya akibat kekurangan dana. Marilah sama2 berganding bahu memberi sedaya termampu agar impian mereka untuk belajar di sini menjadi kenyataan..insyaAllah
Semoga Allah murahkan rezeki dan mempermudahkan urusan kita pada hari ini dan hari-hari mendatang..Amin


18.3.15

Hijabsta Modelling Casting

Masih tercari2 ruang dan peluang untuk menceburi bidang peragaan yang telah lama diidam-idamkan?? Jangan gundah gulana pasti ada jalannya.. 
Ada sessi casting pencarian model hijabsta bakal berlangsung di Batu Pahat Johor weekend nie. Specially ladies2 yang berada di sekitar Johor cepat2 mark calendar korang..jangan lepaskan peluang yang bakal menjelma nie.. Platform untuk uols serlahkan potensi yang ada dalam diri tu. Selamat berjaya!
Credit Hijabsta Magazine FB


10.3.15

Dashing Predict & Win 2

Yahoo..mood happy giler menang hadiah lagi. Gamaknya me ada bakat terror meneka kot, 2nd time me berjaya predict dengan tepat jaringan gol antara Aston Villa vs West Brom..hehe. Power tak power..padahal nasib2 jer pun yelah kalau dah rezeki insyaAllah tak kemana.
Dapat perfume tu, memang untung dekat suami ler sebab dah sah2 dashing nie product untuk orang lelaki. Sape suka main teka2 cepat like FB "Dashing for Men".. manalah tau tekaan tu tepat untung2 dapat barangan Dashing.


Cat Tapak Tangan

Datang ambik adriana tengok penuh dinding luar taska dengan cetakan tapak tangan yang berwarna-warni.. nampak ceria betul. budak2 harus suka la dengan aktiviti yang colourful gini.

Team adriana dengan cikgu dia. Dah macam ketua darjah, cop tangan dia tepek paling atas you. Hahaha.Standard kuota bagi setiap cikgu dalam 5 orang anak murid tapi me tengok dalam nie ada 3 ajer, maybe lagi dua bercuti la kot.
Cop tangan warna biru adalah BFF adriana, Selalu sebut nama kawan dia tu bila tanya nama kawan2 dia.. mula2 dengar macam "diaa..diaa" sekali rupa2nya Deeja.. apolah mummy dia..sound trouble betul.


6.3.15

Pakej Candy Buffet Murah

Dah satu trend candy buffet menjadi kemestian dalam sesebuah majlis. Tak kisahlah wedding, birthday atau apa2 party sekali..candy buffet gerenti port paling laris dan menjadi tumpuan ramai. Lebih2 lagi melihat keghairahan kanak2 menikmati seleksi hidangan atas meja buffet..Cuba bayangkan cairan coklat yang mengalir turun dari fountain..yummy..ermm sedapnya marshmallows cicah coklat..
Tapi boleh pening lalat bila nak set up candy buffet,  yelah peralatan takde..dengan tak sempat masa nak prepare candy buffet yang diidamkan. Ehh tak yah susah2 ada pakej candy buffet yang me nak share dengan uols.  Menawarkan harga2 yang mampu bayar..tapi puashati punya.

Contact Nombor yang Baru.
019-3931665.


Jangan risau pakej2 boleh diadjust mengikut citarasa dan permintaan customer. Roger Naj_Candylicious untuk penerangan dan maklumat lebih lanjut. Tak rugi bertanya..Okeylah mesti uols nak tengok contoh2 candy buffets yang diaorang set up di tempat2 customers..Let's check it out :)




Update 10/10/2016:: Terkini. Pemilik Naj_Candylicious telah bertukar Contact Nombor yang Baru.
019-3931665.


4.3.15

Bulu Mata Terpanjang Di Dunia

Apa agaknya rahsia pakcik dari Ukraine nie sehinggakan bulu mata beliau boleh tumbuh begitu panjang dari normal. Memang lahir2 dah gitu ke??? Oh tidak2.. Berdasarkan cerita, dia sanggup menukar diet pemakanan semata-mata dapat nak hasil diidamkan..tapi apa benda yang dimakan tu biarlah rahsia..tak sudi nak share la tu. Rupa2nya pakcik yang bernama Valey Smagliy, 58 tahun ada mision tersendiri..

Impian dia nak pecahkan rekod dunia bulu mata terpanjang.... kalau ikut rekod Guiness, manusia yang mempunyai bulu mata terpanjang adalah adik Stuart Miller dari Amerika Syarikat. Rekod tu dicatat masa tahun 2007.. Panjang kot bulu mata dia 6.99cm okey. memang terlentik habis betul.
Sama ada pakcik tu berjaya atau tidak meletakkan nama beliau dalam Guiness World of Records..belum ada jawapannya sebab kena tunggu confirmation dari pihak Guiness terlebih dahulu.


2.3.15

Pecinta Bunga

Kagum betul melihat kerajinan pecinta2 pokok bunga membelai pokok2 diaorang.. Belum lagi masuk bab penjagaan dari segi baja dan airnya, yelah demi mendapatkan bunga yang cantik. Kalau dah namanya minat.. menghadap lama2 pokok2 bunga pun takde masalah. 
Bercakap pasal pokok bunga nie macam2 jenis yang boleh dibeli kat pasaran. Port paling popular yang area sungai buloh nun.. bersepah macam2 spesis ada.... tinggal nak cari yang berkenan dek hati ajer. Apa2 pun pasang aim dulu nanti sendiri pening nak buat pilihan.
Lain pula hal dengan kak opis me.. disebabkan bunga pilihan dia takde stock sanggup tu gi order online. Aih pokok bunga pun boleh main pos2 dari kuantan pahang lagi kau. Kos courier dalam RM10.





credit shahida shaiful FB

Pokok2 bunga belaan akak officemate gigih okey tiap2 malam dok belek pokok bunga....Berderet depan dan belakang rumah.. tapi memang berseri2 rumah macam dalam taman kok gini nye gaya.


My HeartBeat