Pages

30.4.12

The Avengers | Tak Best Mana Pun

Nak story pengalaman me tengok filem The Avengers. Aduyai mati-mati kena tipu dek member yang bagi tiket wayang nie kengkonon dapat makan minum percuma....boleh duduk seats yang berselimut empuk....sekali tak de pun....normal seats je pun. Makan minum ada tapi kena beratur, beli dan bayar sendiri ye.... citt tipah tertipu!!

Me and husband nonton di Cathy Cineplexes E@Curve tayangan pukul 9 malam tapi dekat pukul 10 malam baru boleh masuk panggung...fuuuhhh lewat sangat sampai terpaksa berpusu-pusu nak masuk... pastu melilau cari seat dalam gelap, giler tak buka lampu time kitaorang nak masuk... sebab open seat so duduk mana yang nak.

The Avengers adaptasi Marvel Comics yang menghimpunkan superhero iaitu Captain Amerika, Iron Man, Hulk dan Thor bersatu menentang Loki yang cuba menguasai bumi menggunakan kuasa kejahatan.

My comment - Cerita nie tidaklah sehebat seperti yang dicanang-dicanang orang. Terlalu banyak watak yang cuba difokuskan so kurang nak feel jalan ceritanya. Peranan Nick Furry sebagai master mind kepada team avengers nampak terlalu mudah..... Ingatkan Loki tu hebat sangat rupanya Hulk lagi terro.... alahai cara kalahkan pun senang sangat...main hempas-hempas je.....last-last nampak kelakar la jadinya.

Ada dialog yang melucukan tapi overal me rasa biasa-biasa ajer. Ending macam tergantung maybe ada sambungan lagi kot...entah kita tunggu dan lihat!! Pada yang nak pergi menonton movie The Avengers selamat menonton dan terhibur :)



27.4.12

Dapat Tiket Wayang Avengers


Yahooooo.... tadi dapat 2 free ticket cerita "Avengers dari officemate. Rezeki kot dapat tonton cerita yang gempak nie secara percuma. Dahlah tiket nie mahal dekat RM30 sekeping terus tak sabar nak layan cerita nie malam karang... tungggu!!




Sambil melabur sambil dapat voucher

Kalau sebelum ini dok menunggu nombor giliran dekat bank or pejabat pos, apa kata kali ini guna Maybank2U untuk simpan duit di ASB. Lagipun tengah ada best deal untuk setiap transaction yang dibuat...hehhehe.. cer tengok promo kat bawah nie :)



Wah best gak.. berpeluang dapat KFC Voucher bernilai RM100!! Sape nak???? Sila buat transaction ASB guna Maybank2U. Make sure paling minimum RM200. Lagi banyak transaction lagi besar peluang nak dapat... ..Wow ada 500 KFC Voucher boleh direbut sehingga 10 May.


Cara nak buat transaction cuba baca instruction kat bawah nie.....Actuallly dah lama kemudahan nie ada cuma tahu tak tahu jer.....Nak lagi lanjut lawat website Maybank yeah!






20.4.12

Merpati Bikin Penempatan

Hahhh....Tah apa yang menariknya rumah makcik me sampai merpati dok suka berkerumun... Kalau datang melawat kawasan ala-ala YB berhormat tak apelah jugak ini dia bikin onar di sana.
Sudahlah datang tidak berjemput selamba aje buat macam tempat die ye...ishhh ini boleh mendatangkan marah.




Uishh tu dia... mana-mana ceruk rantau yang ada jadi tempat mereka melepaskan lelah dan hasil buangan.. memang jadi kotor la kan...issshh sape suka kan..
So makcik me terpaksa spend duit sikit pasang "Bird Spike" pada kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan merpati untuk elakkan burung-burung merpati nie datang menghimpit lagi.




Haaa hambik kau.. kat sini dah diwartakan sebagai kawasan larangan serta-merta. Nie antara favourite port merpati bertenggek memerhati panaroma alam :p








Kali ni memang tak kasi can punya...tiada ruang lagi buatmu untuk menempek di situ......rasakan muahahhaa




Auwww... nyilu lak tengok macam jarum yang tajam menikam gitu.


Benda-benda cam gini bukan nak menyeksa binatang ke atau tak berperikemanusiaan tapi nak prevent dari masalah yang lebih memeningkan kepala tuan rumah.. Kawasan rumah bersih dan tenang kan lebih megembirakan hati..tak gitu :)




18.4.12

Wordless Wednesday - Code Rahsia

Segala pesanan ada didalam.. sila baca untuk mengetahuinya







(cehh macam secret agent daaa....hehehe)




17.4.12

Spritzer Mini Dispenser


Alhamdullilah.. ni luck menjawab soalan survey dari Spriter dekat FB. Alahhh Spritzer jenama air mineral yang famous tu.. terkenal satu saentero dunia....kalau me jadi tauke mesti bangga bertimpa-timpa..
Me antara 3 orang lucky winner yang berjaya membawa pulang Spritzer Mini Dispenser. Dapat 6 liter air mineral lagi.....FOC youuu!!!!Thanks Spritzer..




16.4.12

Banjir Di Kuala Dipang, Perak

Tak pernah dalam sejarah kawasan ini dilanda banjir sebegini teruk. Hot topic me satu family minggu lepas sebab kawasan rumah saudara me terlibat. Dikatakan air dari empangan terpaksa dilepaskan bagi mengelakkan risiko empangan pecah dan sungai kampar pun dah tak mampu nak tampung capacity air yang mendadak masuk maka air sungai melimpah keluar dan banjir pun berlaku.



































Gambar-gambar semasa kejadian banjir berlaku yang di ambil oleh sepupu me, nie baru dapat tengok bila diupload ke FB malam tadi. Kesian gak tengok pada rumah yang kena banjir tu.. tapi mujur gak rumah saudara me, rumah jiran kiri kanan tak terkena apa-apa banjir cuma jiran depan dan belakang rumah dia habis dikelilingi air. Mesti banyak barang rosak tu..aduyaiii.

Me doakan semoga kejadian seperti ini tidak berulang lagi dan semoga mangsa banjir tempoh hari bertabah dan bersabar dengan dugaan tersebut.




13.4.12

Sayonara

Bertemu dan berpisah

Adat manusia biasaaaaaaaa

Hilang di mata tapi dihati tidak lupaaa

Berdoalah agar kita aman dan sentosa

Semoga kita berjumpa di lain masaaaaaaaa!!!


Selalu teringat lagu nie bila ada saat-saat perpisahan biasalah sob sob sob sedih sat bila ada officemate membuka langkah naik kapal baru.....orang dapat better offer of course la berhijrah mesti masyukkk tu tapi kan lahai kurang seorang stok gadis single kat opis nie...hehehhe.

Ok sempat buat makan berjemaah tanda kenang-kenangan.... yelah next week dah tak jumpa.

























Bye..bye Aini Mardhiyah.. Still young hokeyyy...Perjalanan pun jauh lagi!



Semoga success selalu dan kenang kami dalam doa mu..




11.4.12

Pancing-pancingan

Memenuhi waktu cuti dengan memancing di tepi kolam yang indah..indah lah sangat..hehhee.. dah plan dari last week lagi. Standby nak mancing pukul 8 pagi tapi cuaca mendung je so lepak-lepak dulu then pukul 10 lebih on balik.



Ong kededekk!! ong kededekkk.....Hubby me guna umpan anak katak. ...Beli kat kedai ikan 0.50 sen seekor.....beli 10 ekor..... setakat nak tengok dekat-dekat ok aje tapi kalau suruh me pegang mintak ampun pak tak sanggup gue *geli*









Wahhhh....gila bangga terus rasa nak lompat bintang sebab berjaya naikkan ikan haruan yang pertama...Cecepat panggil hubby yang dekat kolam sebelah suruh tangkap gambar.....lihatlah dunia!!..opsss ada unsur-unsur riak di situ....syuhhhhhh buang jejauh nanti ikan tak mau dekat dengan pancing baru tau..



Jadilah hasil kerahan tenaga untuk hari nie,.... berlumba-lumba peluh menjejeh keluar. Kitaorang dapat 5 ekor ikan haruan. Alhamdullilah rezeki... me dapat dua ekor...hubby dapat 3 ekor ciittt lagi skit nak pintas dia...takpe bagi can...hehehee

Tak lama pun mancing dekat pukul 1 petang kita orang blah. Matahari pun dah naik tegak atas kepala. Uisshh tak tahan la berjemur lelama cair nanti ...panas mak aiiii!!


Kitaorang tangkap ikan-ikan nie bukan nak dibuat makan semata-mata ingat nak bela kot... insyaAllah!! Harap-harap ada hasilnya kelak.




My HeartBeat