Pages

26.5.12

Sekitar Himpunan Jutaan Belia 2012

Saja nak tengok apa yang bestnya hari himpuan jutaan belia 2012, kemain promosi besar-besaran. so kenalah tengok dengan mata kepala sendiri macam mana kemeriahannya.


Agak mengerunkan tapi mendengar bunyi derumannya sahaja seperti memanggil-manggil pengunjung mendekati lapangan drift.











Black Mustang in da house!!! Nak beli tak cukup duit so mampu tengok ajerlah :)




Terpesona menonton aksi kanak-kanak yang lincah mempersembahkan gaya tersendiri dalam memikat hati juri. Macam-macam gaya dibuat janji tak terbelit dek tali udah...




Kiri kanan depan belakang penuh dengan deretan booth. Bikin penat nak jalan sana sini... ada yang sewa basikal so senang nak gerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain.. makan jam woo kalau nak tawaf satu kawasan






Walaupun kurus keding tapi adik nie memang power dengan roller bladesnya.. cukup berani dan bersahaja. Adalah dia jatuh 2 3 kali ish ish hati-hati ... kesian kaki kamu..



Kreatif la diaorang nie....rileks buat kerja walaupun menjadi tumpuan orang ramai... kalau me buat ribut taufan jadinya.. buta seni katakan..huhuhu.




Muay Thai competition pun ada... satu kawasan bau minyak urut..hehhe.. jiwa kental la mereka nie sakit tu kena dush sana dush sini...





Ini jerlah aktiviti yang sempat kitaorang jengah...kirim salam ajerlah nak jalan jauh lagi dengan keadaan yang panas terik... surrender terus.. time nie orang tak ramai lagi baru pukul 12 tengahari.... pujuk husband balik...tak boleh tak boleh mau pengsan tengah jalan karang..




25.5.12

Makan Sini??

Hahaha... sengal tak menahan cartoon nie.. agak-agak ada tak yang berani buat aksi kulit tebal cam gini?? Grrr... muntah hijau kot staff MCD kalau ada 10 orang customer spesis cam gitu...



23.5.12

Rumah Blogger Terbakar | Mari bantu beliau

Tersentuh hati melihat keadaan persekitaran rumah seorang blogger yang hangus dijilat api. Habis satu rumah. Mujur juga ahli keluarga beliau selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Me terpanggil untuk mewarkan-warkan kepada rakan-rakan jika ada yang dapat membantu meringankan beban yang ditanggung beliau sekeluarga.


Credit FB Ammar Yassir


Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan kepada account beliau di :-

CIMB BANK: 13040077370526 (Ammar Yasir Bin Che Hassan)

Maybank: 163082138960 (Ammar Yasir Bin Che Hassan)



Coretan mengenai kisah tersebut boleh dibaca di SINI. Me harap Ammar sekeluarga tabah dan sabar menghadapi dugaan yang datang nie.



19.5.12

Jawatan Kosong | Kenny Rogers Roasters

Credit Kenny Rogers Roasters



18.5.12

Hadiah Misteri Dari Cosmoderm

Dah sampai hadiah dari pihak Cosmoderm. Mereka sungguh bermurah hati kerana memberi produk tersebut kepada lebih 30 orang Fan bertuah..Soalan mudah untunglah kan dapat hadiah :). Me nak try keberkesanan produk nie kalau baca dekat Website dan Fan Page FB macam best dan ramai wanita yang dah pakai ternyata mereka berpuas hati.. Cuba jangan tak cuba :)




15.5.12

Merpati Berjoli-joli

Me perasan selalu kawasan yang menjadi port kegemaran burung merpati mesti kedai-kedai runcit. Entah dari mana asalnya tidak diketahui. Bermula dari kumpulan yang kecil...sedikit demi sedikit menjadi bertambah meriah pulak. Geng daerah manalah yang diaorang panggil ramai bebenor :)



Awas.....Abang kawasan dah datang





Tu dia.. jiran tetangga dah bolot satu kawasan







Patutlah depan rajin singgah sini ada insan yang rajin bagi makan. Happy tengoknya.




Sekali mereka terbang seperti ditiup angin kencang...


Dalam seronok-seronok bagi merpati makan dan memerhati gelagat depa sebenarnya ada masalah yang dibawa oleh burung merpati. Mungkin selama ini kita semua tak sedar dan tak pernah ambil tahu. Rujuk Artikel Kosmo yang me lampirkan kat bawah nie..






14.5.12

Senarai Pemenang Keep Spinning Fresh Kon

Berakhirnya Contest Keep Spinning Fresh Kon di FB Fresh Kon. Pemenang utama dah diketahui. Dari awal lagi me tak aim pun hadiah grand prizes sebab ranking peserta lain mencanak tinggi. Mimpilah nak potong.

This games memerlukan kita spin untuk dapatkan 3 gambar yang sama dan seragam... ada 5 spin perday... lagi ramai rakan yang accept invitations lagi tinggi peluang spin dan ranking pun up la. Alhamdullilah, cubaan demi cubaan membuahkan hasil, berjaya gak dapat weekly prizes untuk nama me dan husband. Dapatlah sorang dua kotak contact.. yeayyy jimat duit me nak beli stok contact lens :)




13.5.12

Port Mancing Ikan Laut

Destinasi kolam pancing ikan laut yang terletak di Pandamaran, Klang kami jejaki. Dengar cerita ikan di sini besar-besar belaka, puas hati lah andai dapat membawa pulang seekor dua. Bagi kaki mancing macam suami dan abang ipar me of course la depa teruja untuk menunjukkan skill pancingan mereka.. adakah diaorang berjaya??


Gigih ooo pukul 8 pagi dah menapak kat sini



Kalau bab mancing pakcik nie memang maju kehadapan..hobi masa lapang katanya..



Bayar dulu baru pancing. Dah tampal rate untuk panduan yang baru ke sini.. lu mahu mancing kolam satu boleh mau kolam dua pun boleh... kolam no tiga pun takde hal punya janji satu orang satu joran sahaja tak boleh lebih-lebih.. Minimum sekali masuk 3 jam.. lepas tu nak tambah sampai ke malam terpulanglah.



Testing......testing...testing 123... mencuba nasib memancing di kolam satu dulu..kolam nombor dua tak buka lagi....kalau tengok keliling punyalah focus kaki-kaki mancing nie dok menunggu umpan dimakan siakap, jenahak, kerapu atau kaci. Kalau buat masak 3 rasa sodap nie :p





Kat sini ada jual umpan ikan belanak atau anak udang tak yah susah-susah nak cari dekat luar.




3 jam menahan panas matahari pagi rupanya sia-sia habuk pun tarak.. tengok orang sebelah sana dengan orang jauh nun dok naik ikan kerapu yang anggaran berat 4kg bernanah hati mamat bawah nie..hehehhehe kesian dier tak der rezeki.



Ingatkan nak surrender sekali diaorang sambung lagi 3 jam dekat kolam no 2...orang kaki pancing memang kental semangat depa.. tak kenal erti mengalah... selagi tak dapat selagi tu depa cuba.


Beralih ke kolam dua



Dekat kolam dua agak pelik sebab orang penuh dekat kiri kanan tapi belah depan kosong ermmm ajaib-ajaib .. kemain depa berebut-rebut lari masa kolam dua dibuka tadi..masing-masing meluru macam kena kejar anjing apalagi nak cop port punya pasal.


Dah lama lepas tu baru kitaorang tau rupanya ikan banyak dok dekat kiri kanan... area kitaorang haram ikan nak lalu.. aduhhh lagi panas hati tengok sorang-sorang kiri kanan naik ikan... yang naik bukan kecil-kecil anak tapi bapak punya spesis besar gedabak.. fuhhh meleleh air liur tengok ada yang dapat naik sampai 4 ekor.. jelesnya!!

Tapi kalau dah takder rezeki buat macamana tak akan adanya.. terimalah hakikat terpaksa pulang dengan tangan kosong...huhuhu sedihkan.. takpe next time cuba lagi.




My HeartBeat