Pages

27.2.18

Makanan Arab

Mengadap kedai makanan yang sama setiap hari sememangnya boleh mengundang rasa bosan. Bukan apa pagi tengahari menu yang sama. Tak banyak pilihan kedai nasi campur kat area Cyberjaya nie. Disebabkan parking yang 'limited' masing-masing tak rajin nak 'drive' keluar dari kawanan office takut balik nanti bercinta nak cari parking.
Alternatifnya kita tukar selera makan makanan Arab pula. Nak cari restoran nasi arab di Cyberjaya sangat mudah. Pandang sekitar bangunan mesti paling kurang ada seketul restoran Arab.

Restoran SySaban paling hampir dengan office saya. Jalan kaki tak sampai 5 minit sampai. Tak payah nak 'drive' keluar.

Antara menu pilihan saya dan kawan-kawan
Grilled Tekka Beef With Rice - nasi dia sedikit kering jika tidak suka boleh makan bersama sup. Daging liat skit. huwaa sedih.. tak larat nak kunyah bagi member sorang satu daging biar cepat habis..




Sandwich Kabab (Chicken) - sedap gila. kalau tau order yang nie lagi puas hati.


Kunafa - Mengelitis bila makan sebab manis bak ang.
Sebab bukan makanan ruji bolehlah sesekali layan makanan arab nie. Lari dari kebiasaan orang kata.

20.2.18

Pokok Mulberi

Bestnya tengok pokok-pokok mulberi yang ditanam di rumah emak saya dah semakin meninggi dan meriah mengeluarkan buahnya. Bila 'share' kat Facebook tak sangka ada kawan-kawan yang berkenan, siap nak beli anak pokok lagi. Alamak!! tinggi betul permintaan diaorang nie.


Asalnya dua pokok mulberi ini diberi oleh makcik dari kampung. Nak tanam pokok mulberi mudah boleh melalui keratan batang dari pokok mulberi. Orang kata " keratan tut'' tapi tah bila nak  menyemai anak pokok nie plak. Kawasan rumah sendiri pun tak cukup nak park semaian  pokok- pokok tu nanti. Maaf ye kawan-kawan tak dapat nak buat atas kekangan tersebut.
Bawak buah mulberi ke pejabat untuk kawan-kawan pejabat rasa. Ada yang 1st time makan. Pelbagai guna pokok mulberi nie dari pucuk hingga ke buah. Lagi gelap warna buah mulberi tu lagi kurang masam dia. Boleh dimakan begitu sahaja. Selain dikisar untuk dibuat jus boleh juga dibuat jem mulberi. Pucuk dia pula boleh dijadikan ulam atau dimasak lemak putih. Bagusnya mulberi nie sebab banyak khasiat.

8.2.18

Umpan Buah Betik

Eksperimen terbaru yang dijalankan oleh daddy adriana tempoh hari. Kita suruh dia belikan buah betik untuk dimakan sebab susah nak 'melabur' sekali dia sauk 3 biji betik. Sebiji untuk pencuci mulut baki dua biji lagi buat perabis buat umpan ikan.
Hasil kisaran betik yang akan dicampurkan bersama yis mauripan. Amboi pakcik tu bukan boleh dapat idea memang betul-betul dia buat sampai dapat hasil.