Pages

28.2.14

Adriana 13 Bulan


Amboi feeling macam baby kecik ye bila duduk dalam bakul tu, gaya tengah tidur la konon2nya. Mentang2lah time baby dulu tak merasa duduk dalam tu, ada peluang habis dilenjan bakul sepupu dia. aih muat2 lak tu...heheh sabar jelah.


Rileks habis nampak. Siap berselimut ala2 tuan puteri nak beradu gitu. zzzzzz!

Adriana dah 13 bulan, Bukan setakat pandai berjalan tapi siap berlari satu rumah lagi...aduh laju mencicit kau. Tak yah susah2 nak diet bagai....free2 exercise dok mengejar dia saja. Adriana dah masuk taska, biar belajar bercampur dengan orang skit lagipun kasi can opah jaga sepupu dia pulak. nak cerita last two week kena kuarantin di rumah dek Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD). Terkezut bila dapat tahu..alhamdullilah sihat dah.. InsyaAllah itu story kita chit-chat dalam entry lain.




20.2.14

Bateri Kong

Sedang2 elok nak start enjin kereta lepas isi minyak kat petrol pam, boleh pulak dia tak hidup..
dua tiga cuba pun tak mau..ishh degil nau hahaha.
Dahlah kereta berderet menunggu kat belakang..aishh boleh pulak dia buat hal.
Panggillah sorang mat bangla pekerja kat situ tolak kereta ke port yang lebih sesuai..yelah kang kaco laluan orang.
Check2 dah agak dah..sah bateri kong...muahaha
Nasib baiklah kena dekat dengan area opis....boleh roger2 officemate, segera depa datang...tolong belikan bateri baru....kalu tak sengih tepi jalan la jawabnya.
Baguih no, depa tukarkan sekali bateri lama ke baru....rajin2, en somi simpan jelah skill anda.....hahaha..Terima kasih banyak korang sebab susah2 tolong.. jasa korang sangat2 dihargai dan diingati.
Sebelum nie bateri lama takde indicator tau2 kong, la nie bateri baru ada indicator agak2 sampai masa dah terus tukar baru...senang cerita.


14.2.14

UjiBakat Pelakon Suara | Voice-Over

Kalau uols nak tahu keyword "voice-over" paling mendapat tempat dalam senarai terjahan di blog me.. ramai yang berminat nak menceburi dunia  voice-over nie... ala2 pinjamkan suara untuk sesuatu karektor dalam filem mahupun iklan. ...wah..wah glamour2..
Tapi tulah ruang dan peluang kat Malaysia nie agak terhad....tak byk advert pasal "voice-over"...kalau minat dah berkobar2...suara pun unik tapi tak tahu cara dan bagaimana nak memulakan langkah ermm tak jadi jugak.
 
ada rakan forwardkan advert di atas, tau sangat ramai yang menantikan saat dan peluang gini. Dia pernah citer masa sessi "voice-over" test, adik dia kena baca skrip dalam 12 jenis tone suara yang berbeza sebab tengok keserasian karektor.. ha mengagau kau nak set suara tu..hahaha
Alah rilekslah itu pengalaman dia ..maybe pengalaman uols lalui nanti berbeza.. yang penting cuba dulu baru tahu hasilnya.. all the best!!


6.2.14

Motivasi #21 | Berubah

Kesihatan minggu ermm tak cun sungguh...
batuk memanjang.....faktor cuaca mungkin.
Workload kerja boleh tahanlah byk..
Nak jeling blog pun tak sempat.. huwaaa.. kasihan gitu..curi2 masa update kejap..hehee

Suka quote nie. Segalanya terletak kat diri kita sendiri camner nak handle cabaran/masalah. Kena kuat beb. Jangan lupa doa byk2 insyaAllah dipermudahkan segala urusan. Usaha mesti mau ada.


My HeartBeat