Pages

24.8.11

Kawasan Speed Trap - Pandu Cermat Jiwa Selamat

Masuk penghujung minggu Ramadhan ramai dah sakan nak balik beraya di kampung. Mood kerja pun agak-agak sedikit jatuh menjunam. Sangat-sangat diakui raya kat KL tak sehappening di kampung..

Bercakap pasal balik kampung nie, satu perkara yang bersepah di lebuhraya nanti speed trap..maka berhati-hati sebelum wang anda melayang-layang.


Nak share dengan uols kawasan-kawasan yang panas dengan speed trap ni. Dapat thru email


Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)


Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak


Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi


NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam


KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom


ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor


Tapi yang penting amalkan sikap berhati-hati dijalanraya..jangan nak cepat sampai aje.. nak pandu laju tu tengok-tengok penumpang disebelah anda...sayangilah nyawa.



23.8.11

Kereta buat hal — dugaan sungguh (Part 1)

Kisah ini berlaku sabtu (20/8) yang lepas. Baru berkesempatan nak cerita.

Elok-elok jer husband me parking, engine kereta mati dengan tiba.. bila startkan tak mau hidup.. aiiih orang kalut nak cari juadah berbuka time nie pulak si kecil buat perangai ye..... husband pun check la mana yang dia tahu tapi tak dapat detect mana yang problemnya. Bateri pun baru tukar takkan kot.



Nak tak nak kenalah cari pomen kereta takkan nak biarkan kereta nie tersadai tepi jalan je .. nasib baiklah ada satu bengkel terdekat cuma kena jalan sikit tak sampai pun 1km. Tak kisahlah janji tak kena tido tepi jalan.

Berjalan me dan husband sambil berdoa bengkel buka lagi tu sebab dah pukul 6.15 petang.. dup dap dup dap jantung kitaorang berdegup.. sekali tengok dari jauh buka lagi..lega kau! Adalah sorang customer melayu masa tu.



Cerita serba sedikit masalah dan kitaorang follow pomen naik kereta dia ke kawasan dimana kereta kitaorang tersadai tadi. Nak kena tengok dulu baru tau apa masalah sebenarnya. Check punya check ...nampaknya kena masuk bengkel sebab masalah berpunca dari dalam..



Ketibaan lori towing yang datang dari USJ untuk mengangkut kereta me ke bengkel. Melayang duit RM60 sekali angkut.. sabar jerlah..




Husband yang sedang gundah gelisah memikirkan berapa RM yang bakal terbang nanti.. huwaa sedih baju raya belum beli lagi nie.



Di sinilah kereta me sedang di diagnose oleh pomen untuk kenal pasti masalah yang menyebabkan kereta tak boleh start.



Disebabkan waktu berbuka sudah hampir, me dan husband decide nak pergi beli juadah berbuka dulu.. waktu nie pukul 7.10 petang dah. Baik hati gila pomen tu bagi kitaorang pinjam kereta proton saga die sementara die check apa masalah dalaman tersebut.




Rezeki Hari Raya

Akhirnya sampai jugak berita gembira itu.. pada dasarnya tak nak la mengharap sangat takut kalau tak dapat kecewa lak rasanya. Kalau dah namanya rezeki tak kemana kan.. semalam satu opis dapat memo bahawa duit raya akan menanti kami...happy la memasing. Even tak sebanyak seperti tahun-tahun lepas namun me bersyukur dalam keadaan company yang tengah survive kebajikan para pekerja masih tetap diambil berat. Alhamdullilah.




22.8.11

Iftar di Restoran Taste

Selepas beberapa perubahan tarikh dan tempat.. akhirnya diizinkan olehNya untuk me dan sahabat-sahabat yang sedang dan pernah berkhidmat di BIT berkumpul seperti yang dirancang.... macam reunion rupenya... Disinilah lokasi pilihan dan semua orang pertama kali menjejakkan kaki di sini.



Ceria jer masing-masing walaupun nampak sedikit keletihan. Tak sabar nak tunggu waktu berbuka kan. Jom kita masuk lepak dalam kedai dulu.



Opss sebelum tu kita skodeng apakah menu yang bakal menjadi santapan berbuka puasa kami nanti. Actually setiap hari menunya berbeza dan akan diupdate di facebook . Cost untuk satu kepala adalah RM25 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Amacam? berbaloi la kot.




Alhamdullilah, rezeki untuk hari ini. Sedikit je makan?? rileks in baru permulaan tak boleh gelojoh.. tak baik.


















InsyaAllah me harap next time kitaorang boleh bertemu lagi, almaklumlah ada yang dah nak fly ke sabah dan balik ke kelantan sambung study. Honestly best giler dapat jumpa all of them.. chit chat..goooossip ..what so ever la tadi ..muahaha .




Who’s problem is it? - share dari email

A man feared his wife wasn’t hearing as well as she used to and he thought she might need a hearing aid. Not quite sure how to approach her, he called the family Doctor to discuss the problem. The Doctor told him there is a simple informal test the husband could perform to give the Doctor a better idea about her hearing loss.

Here’s what you do,” said the Doctor, “stand about 40 feet away from her, and in a normal conversational speaking tone see if she hears you. If not, go to 30 feet, then 20 feet, and so on until you get a response.”

That evening, the wife is in the kitchen cooking dinner, and he was in the hall. He says to himself, “I’m about 40 feet away, let’s see what happens.”

Then in a normal tone he asks, ‘Laila, what’s for dinner?”

No response.

So the husband moves to closer to the kitchen, about 30 feet from his wife and repeats, “Laila, what’s for dinner?”

Still no response.

Next he moves into the dining room where he is about 20 feet from his wife and asks, Laila, what’s for dinner?”

Again he gets no response so,

He walks up to the kitchen door, about 10 feet away. “Laila, what’s for dinner?”

Again there is no response.

So he walks right up behind her. “Laila, what’s for dinner?”

Laila shouts at him back ”Sameer, for the FIFTH time I’ve said, that I am making Fish!”


Moral: "
It is always easy to spot other people faults, rather than addressing our own handicap.
But then again, we are human. And as a human being, blaming others is always our strategy to hide our own weaknesses."




21.8.11

Iklan Hari Raya 2011

Salah kemestian yang me suka bila nak sambut raya adalah menantikan iklan hari raya yang terbaru di TV. Time nie kebanyakan syarikat koporat mesti berlumba hasilkan iklan yang boleh menambat hati penonton. Elemen kesedihan, kesyahduan serta kegembiraan yang terdapat dalam setiap iklan tersebut kadang-kadang meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada audiens huh memang touching habis.


Iklan Raya Aidilfitri PROTON 2011 - Committed to be better

Iklan terbaru PROTON untuk raya 2011 yang memaparkan atlit paralimpik yang gigih.




Kat TV dah keluar iklan hari rayaTM dan TV3 tapi tak jumpa lagi kat youtube buat masa nie so kita layan yang nie dulu la ye.




16.8.11

SMS & Menang Duit Raya

Nah, peluang untuk bawak balik duit raya bernilai RM100 dengan mudahnya. Cuma SMS seperti arahan diatas dan berharap agar menjadi peserta ke 50 selepas menjawab soalan yang diberikan. Ala kacang goreng punya soalan kasi bocor itu jawapan boleh? Jawapannya adalah BETUL... yeaay betul betul betul!

Andai kata la melekat no 50 tu, last step yang paling penting sekali hantar mana-mana polibeg KOTEX tak kisah yang jenis pun janji jenama KOTEX ke alamat tertera di atas. Barulah boleh tebus duit raya itu..





15.8.11

Ketumbit ooo ketumbit


Memang saat yang paling tak best sebab ketumbit yang tengah menepek telah menjejaskan kegojesan mata me....awas ini bukan sebab mengintai tapi dah nak kena..pasrah .Sabar jelah cuma tak berapa selesa bila melihat sebab ketumbit nie hadkan penglihatan .. Tak suka tak suka. Me try search kat internet petua-petua yang boleh me amalkan untuk menghilangkan ketumbit ..share kat sini ye.

Menurut Petua Nenek ;

Ambil air dari pucuk bemban lalu dicampur dengan hempedu ikan haruan. Hempedu itu pula hendaklah ditumbuk halus lalu dititik ke dalam mata. Lakukan berkali-kali sehingga ketumbit itu hilang.


Menurut Petua Lama ;

Caranya, ambil seulas bawang putih, guris sedikit bahagian hujungnya dengan kuku agar keluar airnya dan sapukan pada kelopak mata yang terkena ketumbit tadi 3 kali sehari. InsyaAllah ketumbit akan beransur baik dalam masa singkat.



Menurut Petua Moden;

Panaskan air, bubuh air panas tu dalam cawan. Rendamkan sudu besi di dalam cawan berkenaan.Agak-agak sudu besi tu panas-panas suam, letak dekat eyelid yang swelling tu.. jangan panas sangat takut melecur.. Ulangi lagi dalam 2 3 kali sehari.


Hokey.. balik kang nak start try petua-petua no 2 dan no 3 sebab mudah sikit dibuat dari petua no 1 aduh leceh pulak me dah cari pucuk bemban tengah-tengah bandar nie. Kalau tak ok jugak jumpa doktor ler jawabnya.




13.8.11

Eksklusif: Yusry, Lisa naik pelamin 2012

Tu dia tuan punya badan dah bagi HINT so peminat-peminat abe yus dan Lisa Surihani jangan sedih-sedih terimalah hakikat bahawa beliau bakal bersatu dengan cinta hatinya next year. Kalau berjodohan haruslah jadi "wedding of the year 2012".




Jom Skodeng Kad Kahwin Artis

Kad Kahwin Memey dan Norman Hakim
credit to murai.com.my

Meriah dan nampak ekslusif pada reka letak gambar....menarik tertarik cuma hamboi very romantika de amor pose mereka..kurang manis la tak nikah lagi tu..hehehe.




Kad kahwin Ashraf Muslim dan Noor Dayana

Cantik ada unsur islamik, sejuk mata memandang ada part tulisan jawi dalam bentuk khat. Tak pernah lagi ada orang come out dengan idea nie... Nasib baik ada terjemahan bawah tu kalau tak, ada yang terkebil-kebil nak cari rumah pengantin :p




10.8.11

Giveaway Kenangan Bergambar - Are You Feeling Lucky?

Dengan penuh semangatnya nak menjemput rakan-rakan sekalian menyertai Giveaway Kenangan Bergambar - Are You Feeling Lucky hasil paduan Kenangan Bersama, Uncle Syaf dan shidasyakirin (me ler tu :).
Syarat-syarat yang kitaorang bagi memang simple, senang gak korang nak join nanti kan... Butiran lanjut ada dirumah Uncle Syaf sila terjah di situ ye...Jangan lupa ajak members yang lain sekali kasi meriah gitu.




Matta Fair 2011


Owwhh happening event yang paling ditunggu oleh kaki holiday semalaysia sedang menghampiri detik kemunculannya. Mesti ramai yang dah mengira hari nak menyerbu Putra World Centre (PWTC) 12 Aug - 14 Aug 2011 nanti.

Orang kata time tu pakej holiday yang dioffer memang berbaloi-baloi sangat murah dari harga semasa.. Sape-sapa ada plan nak holiday tahun depan dalam atau luar negara jangan lepaskan peluang sebegini punya baik pergi survey mana yang patut.



9.8.11

Video Pelajar Malaysia Dirompak di London



Mata korang tidak menipu ini benar-benar berlaku di Barking, London yang menimpa Asyraf Haziq student malaysia di sana. Kesian sangat tengok apa yang berlaku dalam video nie, gigihlah nak cari makan untuk berbuka tetiba kena belasah dengan si perusuh. Tengok orang-orang kat situ macam nak menolong sekali hambek korang rompak dia.. habis hilang handphone dan wallet dia. Khabarnya ada kat Royal London Hospital untuk menjalani pembedahan akibat kecederaan pada rahang dan gigi patah.. scarynya dengar... Kita di Malaysia marilah doakan semoga beliau selamat.. insyaAllah.




8.8.11

Kakitangan Awam Dapat Bonus Raya

Pengumuman dari Datuk Seri Najib ada bonus menanti semua kakitangan gomen dan pesara, untunglah you'all dapat bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500, tengah bulan dapatlah tu..masyukk!!. me tumpang seronok je lah dengar...harap-harap adalah BONUS dari company me raya nie :)


Kerajaan umum bonus setengah bulan untuk penjawat awam

08/08/2011 6:15pm

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.


"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.


Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.


Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama


p/s: Harap-harap tak der peniaga yang semena-mena naikkan harga barang hanya sebab bonus raya nie..





7.8.11

Luntya - Si comel bertelinga 5




Seekor kucing yang ditemui di tepi jalan oleh seorang ahli biologi dari Voronezh, Rusia bukan sahaja comel tetapi mempunyai keunikan yang tersendiri kerana ia memiliki 5 telinga berbanding kucing yang normal mempunyai 2 telinga sahaja... memang pelik tapi benar.




My HeartBeat