Pages

22.11.16

Undi Faiz Subri PUSKAS

Pencapaian terhebat!! Sebagai rakyat Malaysia sangat bangga apabila gol jaringan yang dilakukan oleh Faiz Subri semasa perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang vs Pahang tercalon untuk Anugerah Puskas FIFA. Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf pemain yang menjaringkan gol yang paling cantik pada sesuatu tahun. 


Calon-calon yang tersenarai untuk Anugerah Puskas FIFA. Wow....tengok negara yang diwakili oleh pemain-pemain tersebut. 
Betapa mereka mempunyai kelas standard yang tersendiri.


Bukan mudah nak menghasilkan jaringan gol yang cantik dan sekaligus mencapai tahap seperti ini. Ayuh rakyat Malaysia sama-samalah kita bersatu menyokong Faiz Subri dengan VOTE beliau di The Best FIFA Football Awards .. Malaysia Boleh!!




21.11.16

Maybank2u Kena Blocked

Alamak.. tak pasal Maybank2U saya kena blocked dek gara-gara tersalah key in Challenge Question. Pertama kali nie...Setiap kali login id dan masukkan password mesti keluar error macam kat bawah. Aduh stress akak dibuatnya. Tersekat nak buat transaksi online..

Tolonglah daku macamana nak buat nie?? Buntu fikiran dibuatnya. Google kat internet sekejap camner nak selesaikan masalah dunia nie. Alah mudah sebenarnya nak buat.. 
Angkat telefon dial terus hotline 1-300-88-6688. Nie Customer Service Maybank. Nak cakap dalam English atau Bahasa Melayu pun boleh..ikut kesesuaian korang la. Tapi kena sabar sedikit nak dengar arahan dia satu persatu punyala panjang berjela. Nanti tekan 0 untuk bercakap dengan Eksekutif Khidmat Pelanggan. Kalau depa sibuk korang terpaksalah tunggu turn sekejap. Takdelah lama mana pun. Bila Eksekutif Khidmat Pelanggan 'response' kepada panggilan korang..nantilah ada beberapa soalan yang akan ditanya untuk tujuan pengesahan seperti :-

1) nama penuh
2) no account maybank
3) no kad pengenalan
4) no kad debit/atm 
5) no telefon

Sebaik-baiknya beritahu kepada Eksekutif Khidmat Pelanggan tersebut apa error yang terpapar semasa nak korang login Maybank2U. Bila saya sebut code 1202 terus dia dapat detect apa masalahnya... Katanya ambil masa sejam untuk release tapi  cuba login, tak sampai 5 minit dah boleh login semula..yahoooo!!.

Lepas nie kena semak semula Challenge Questions tu.. pilih jawapan yang tak boleh lupa sampai bila-bila..hahahah. karang tak pasal kena blocked lagi..

Perbualan telefon antara saya dan Eksekutif Khidmat Pelanggan Maybank tersebut cuma mengambil masa 7minit 47saat sahaja. Terima kasih Maybank atas services yang efektif.

16.11.16

Imej Supermoon

Berdebar-debar tunggu supermoon muncul isnin lepas tapi nampaknya tidak kesampaian disebabkan keadaan cuaca yang tidak berapa baik. Hujan yang turun sebelah petang menyebabkan awan mendung menutupi pemandangan sebelah malam.
Beginilah rupa supermoon yang terlindung dek awan nampak kecil sangat. Puas saya dok merenung langit dengan harapan awan berarak pergi tapi dah namanya takde rezeki nak buat lagu mana kan.

Lokasi:: Puchong, Selangor


Orang lembah kelang terlepas peluang tapi ada kawan saya yang berada di tempat lain agak beruntung kerana cuaca di tempat mereka baik. Saya kongsikan gambar yang diambil mereka untuk tatapan kita bersama.

Lokasi::Pokok Sena, Kedah (credit Aienol FB)




Lokasi:: Melbourne, Australia (credit Kasturi FB)

Takpelah kita tunggu lagi 18 tahun untuk kemunculan kembali supermoon. InsyaAllah jika diizinkan Allah.



11.11.16

Fenomena Supermoon

Masa perjalanan nak ke pejabat tadi saya terdengar DJ radio bercerita mengenai ''supermoon" yang bakal melanda bumi isnin minggu hadapan.  Satu keadaan dimana orang ramai dapat melihat fenomena bulan penuh yang kelihatan besar dan terang.
Masuk sahaja dalam office terus buka laptop ''google'' pasal apa sebenarnya fenomena supermoon ini. Wah excited juga nak tahu sebab keadaan ini jarang-jarang sekali berlaku.

Credit Harian Metro

Rugi giler lah kalau kita terlepas peluang untuk menyaksikan fenomena supermoon ini kerana ia dijangka hanya akan berlaku 18 tahun lagi. Kalau mengikut kata DJ tadi, timing paling cantik untuk merenung langit pukul 9.52pm. Bolehlah standby camera malam isnin nanti untuk merakam imej supermoon.


1.11.16

Ikan Laga

Mula-mula beli seekor, sekarang dah ada 4 ekor ikan laga kesemua.
Semuanya koleksi pets kesayangan adriana yang tersusun molek tu hah.
Setiap satu dah ada nama masing-masing. senang nanti nak panggil kan..
Meh nak perkenalkan seekor- seekor.. dari kanan Oreo, Choco Crunch, Morning dan Amber.
Idea nak bagi nama memang serah 100% dekat adriana.. tu pasal nama pun ikut nama makanan dengan watak kartun robocar poli kegemaran dia tu..
Kerja-kerja menukar air yang sudah kotor dalam botol, itu daddy punya bahagian. Anak dia tukang bagi ikan makan. Laju betul adriana kalau dapat arahan, tapi kena perhati.. kalau mummy daddy leka alamatnya macam nak curah satu plastik makanan dalam tu.
Pernah sekali dia curi-curi masuk jari dalam air seronok nak main air ye, nak kena warning tak de dah nak buat perkara yang sama. Kalau buat lagi katuk jari tu
Ikan-ikan laga nie warna-warna dia cantik-cantik belaka... sambil melayan anak bercerita, tengok ikan berenang-renang macam buat terapi fikiran.. mengurangkan stress orang kata.


18.10.16

Wood & Steel Shah Alam

Pelawaan adik-adik untuk menikmati makanan barat saya balas dengan tangan terbuka. Sesekali berjumpa tak sah kalau kitaorang tak cari port makan yang berbeza. Barulah dapat meluaskan selera dan pandangan gitu. Belum pernah menjejakkan kaki kat Wood & Steel. Jom kita cuba makanan kat sini :)


Kalau anda seorang pencinta barangan antik, restoran ini adalah tempat wajib yang harus dikunjungi walaupun cuma sekali. Saya sendiri pun cukup teruja melihat susun atur kedai serta barangan yang berada di dalamnya. 



Agak-agak kan berapa lah umur televisyen dan radio tu..??



Dekat manalah tauke restoran cari semua barangan antik tu. Tak terbayang kegigihan diaorang menyusun barang-barang atas rak yang punyalah banyak.





Kiri kanan depan belakang semua barang antik :)




Tengok pintu masuk pun unik





Macam berada kat dalam sebuah rumah. Feeling jap macam tengah menonton TV cerita dulu-dulu.





Tergantung kat dinding




Hai, betul-betul terpana saya dibuatnya. Okey cukup, berhenti dari mencuci mata apakata kita order makanan dulu. Perut pun dah berkeroncong.



Dua puluh empat kali duduk balik-balik menu. Apa nak makan nie??



Meja makan kitaorang. nangis tengok harga dia huwaaa mahal kot... mampu tengok ajelah..




Antara minuman pilihan. 




Puas dah belek menu berulang kali, akhirnya kitaorang pilih yang makanan yang seperti berikut :-



Nak rasa tortilla tapi alah habis.. redha jerlah chicken grill pun boleh.



Amoi kecil nie memang hantu garlic bread. Satu pinggan untuk dia sorang ajer. 











Permandangan kat luar restoran. Kalau nak cakap macam muzim antik pun ye.
Item-item yang berada bawah khemah nie boleh dibeli jika ada yang berminat.




Perut dah kenyang masa untuk pulang ke rumah. Syukur alhamdullilah. Terima kasih adik-adik belanja keluarga mu hari ini. Moga dimurahkan rezeki. Dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Next trip di tempat yang lain giliran akak mu belanja pula ye.




7.10.16

Run For Unity 2016

Aduh rindu betul dengan 'Running Events'. Hampir 4 tahun kot kasut sukan saya tersimpan dalam gobok dari zaman mengandung hingga adriana dah besar. Nak pergi jogging jarang sekali. Usha jap kalendar Howei serius bikin hati saya tak keruan dibuatnya. Scroll-scroll tengok ada yang sesuai dengan jadual. Kena gak pilih event yang benarkan penyertaan kanak-kanak umur 3 tahun. Cantik jumpa satu!
Yeayy, T-shirt dan Bib No dah pergi ambil kat tempat penganjur. Tak sabar nak tunggu hari perlumbaan. :)



Kitaorang bukanlah FIT nak lari beria-ria menang bagai. Cukuplah sekadar mengisi kuota 'Fun Race' sahaja. Seronok cari pengalaman sebenarnya sambil menjadi warga Malaysia yang menjaga kesihatan gitu.
Orang lain dah ke depan kitaorang masih terhegeh-hegeh lagi kat belakang gara-gara adriana nak berdukung langsung tak nak jalan. Aiyoo mood dia tengah 'swing' layankan sahaja. Nanti dah okey tengoklah...


Amboi tengok budak kecil nie. Enjin dia dah panas kemain kan menonong ke depan. Jenuh mummy daddy nak ikut dia. Laju bebenor. Dahlah permukaan jalan tak berapa rata, kerap kali kena ingatkan adriana supaya berhati-hati semasa berlari.




Alhamdullilah berjaya ke garisan penamat. Syukur budak kecik nie kuat semangat walaupun baru pertama kali join event cam gini. Yeaay boleh kumpul pingat lagi lepas nie.



Ala kesian dia penat, rupa macam nak tertidur. Lepas minum susu terus segar bugar. Lepak jap bawah khemah tunggu cabutan bertuah manalah tahu boleh menang moto sebiji. Tapi takde rezeki nama tak sangkut.

Selesai dah larian Fun Run 5KM. Pendedahan pertama adriana dan dia seronok.  Jom balik berehat kat rumah.


29.9.16

Umpan Patin

Beraturnya barang-barang ini menandakan, adalah project terbaru yang suami saya nak buat. Ligat betul kepala otak nak buat eksperimen umpan ikan patin. Mengendeng kat tepi tengok macam mana cara-cara pembikinannya.


Gunakan kurma yang dapat kitaorang masa bulan puasa hari tu. Adeh berzaman nak habis. Betul-betul bukan spesis tegar kurma. Dari tersimpan tak makan-makan baik guna buat umpan. Buang sedikit kulit dan biji senang kerja nak mengisar. 


Untuk menaikkan kelemakan dan kelazatan pes, tambahkan sekotak santan ke dalam pengisar.


Taburkan sedikit yis.



Tak perlu banyak, letak separuh pun dah cukup



                                                                      Kelapa parut


Cukup semua bahan dah boleh dikisarkan sehingga sebati
Kena perap dalam bekas untuk jangka masa seminggu sehingga ia mengeluarkan bau masam dan berminyak. Suami saya kata pes ini sesuai digunakan dengan roti top baker. Berjaya ke tidak cubaan pes kurma nie ha kenalah tunggu hasil pancingan nanti. InsyaAllah doa la ye ada rezekinya.



My HeartBeat