Pages

28.2.17

Limau Asam Boi

Wow, mengamit memori betul bila gandingan asam boi dan limau diketemukan semula. Benda macam nie dah popular sejak zaman saya sekolah. Dulu kat kampung, senang nak jumpa pokok limau sekarang beli kat kedailah jawapnya..


Cara nak makan belah di tengah-tengah atau bahagian atas limau ... lepas tu sumbat asam boi kat dalam limau.. Penangan dia memang mercik. Saya tidak lah dalam kategori 'hardcore' bab makan asam-asam nie tapi layan jer bila kawan-kawan office bawa. 
Hirup-hirup ajerlah limau tu. ada setengah orang dia boleh kunyah dengan kulit-kulit sekali..tapi seeloknya buang biji tu dulu, kalau tak nasib mengeliat terasa kepahitan limau tu.



22.2.17

Service Repair Motosikal

Jika motosikal tiba-tiba 'breakdown' tengah jalan, dah tentunya tuan punya badan tak keruan nak cari pomen. Ingat senang nak mencari bengkel motosikal di kawasan tertentu?? Silap hari bulan gigih lah menolak motosikal demi mencari bengkel terdekat.. kot terjumpa lah.. kalau tak duduk la tepi jalan sementara menunggu kawan-kawan datang menolong.

Ni ha....sila simpan ketat-ketat nombor diaorang. Kawasan sekitar Putrajaya, Cyberjaya Puchong boleh roger anak-anak muda nie jika memerlukan bantuan repair moto yang rosak di tengah jalan

* Lokasi :- Pulau Meranti (10 minit dari Cyberjaya)
* Boleh buat on-site repair. Maknanya mekanik akan repair terus kerosakan di tempat anda berada.
* Masa service dari pukul 9 pagi hingga 9 malam. Luar dari waktu ini boleh dipertimbangkan bergantung kepada kelapangan waktu mekanik berkenaan.

Amirul : 019 - 2901959
Syafiq : 017 - 3844758
Ijat : 018-3257463


Kawan saya sudah menggunakan khidmat mereka. Recommended la katanya  dan upah yang dikenakan adalah berpatutan.




17.2.17

Nasi Kerabu

Selalunya nasi campur yang menjadi santapan di tengahari, hari ini kita beralih kepada makanan pantai timur pula. Mari-mari Nasi Kerabu Sohoo home made.

Masuk ini kali ketiga kitaorang dah makan nasi kerabu sohoo. Kiranya menepati selera tu pasal boleh order berkali-kali. Nak puji tukang masak dia.. pandai masak nasi kerabu yang sedap...tak rugilah nak order.


Bila dah buka penutup tupperware dia.. aduhh cepat-cepat nak makan almaklumlah perut pun tengah lapar.
Owner Nasi Kerabu Sohoo nie ada membuka pesanan. Bagi penduduk sekitar KLIA, Cyberjaya dan Putrajaya penghantaran adalah percuma. Manalah tau terasa nak makan nasi kerabu tapi malas nak keluar rumah boleh roger Pn Izzati (013-9623937) atau follow FB nasikerabusohoo.


16.2.17

Tempoh Tuaian Hasil Tanaman

Melihatkan kepada trend orang bandar yang semakin rajin untuk menanam sayuran di rumah, sebagai mengurangkan kos perbelanjaan dapur membuat kan saya pun teruja nak mengikut jejak yang sama. 'jealous' hasil tanaman mereka menjadi selalu. 
Untung bila join FB group Kebun Bandar, Otai tak lokek ilmu.. selalu kongsi pengalaman, pandangan dan pengetahuan. Biji benih percuma jer diaorang bagi. Hantar sampul surat dengan setem yang mencukupi jer. Membuatkan minat saya mencucuk tanam tu bercambah-cambah.

Credit Persatuan Alumni Institut Veterinar Malaysia FB

Tapi saya selalu tertanya-tanya waktu yang diambil oleh sesuatu tanaman untuk mengeluarkan hasil. Yelah hari tu semai serai aduh berbulan tapi bercambah...geram dibuatnya. Bila rujuk jadual di atas baru ketahuan belum cukup matang nanti adalah hasilnya...Setakat ini, saya dah berjaya tanam lidah buaya, pokok kari dan serai. Pernah saya cuba tanam pokok cili malangnya kena serangan 'bena' habis rosak pokok cili. Silap jugak sebab tak buat pencegahan awal. 
Target tahun nie nak tanam pokok pandan.....teringin nak tanam pokok limau purut. Nak masak tomyam senang main-main cuit je nanti tapi balkoni kecil simpan hasrat tu dulu..hahaha..



15.2.17

Beca Putrajaya

Masa kami singgah makan di Ayer 8, Presit 8 Putrajaya ternampaklah Beca Putrajaya berulang alik kat tepi tasik tu. Beria sungguh adriana ajak naik tapi memandangkan hari pun mulai gelap, tengok lagi orang yang kemain ramai berhimpun kat situ aihh malas pulak nak tunggu giliran. Pikir-pikir baik pergi hari lain.
Datang lagi untuk kali kedua, orang pun tak ramai lagi sebab masih awal. Tapi alahai cuaca tak berapa baik sebab hujan turun lebat pula. 



Alamak! Macamana ye??? Alang-alang dah sampai kita rileks tunggu hujan reda.. ikutkan hati nak jer kitaorang cancel plan tapi kesian pula kat adriana...nampak sangat tak sabar-sabar nak naik Beca Putrajaya, dari hari tu dah minta kan. Mujurlah tak lama menunggu hujan pun turun berhenti.


Sebab kitaorang antara pelanggan terawal boleh pilih mana-mana Beca...tunjuk-tunjuk jer.. tak payah nak beratur panjang. Beca-beca ni ada parking dia tersendiri jadi tak perlu risau ada staff mereka yang akan bantu tolak keluar beca berkenaan dari kawasan parking..hehehe.



Perhatian kepada pelanggan, sila patuhi arahan yang telah ditetapkan demi keselamatan pelanggan dan orang awam yang berada di kawasan sekitar.


Ketua chief kami... duduk paling depan sekali. amboi seronok betul dia. sengih memanjang yelah hajat tercapai.


Beca replika van yang menjadi pilihan adriana boleh memuatkan 5-7 orang dewasa bergantunglah size badan pelanggan. Kalau kanak-kanak pandailah pilih beca ikut kesesuaian bilangan sesebuah keluarga. ada lagu-lagu dimainkan semasa beca bergerak. baru meriah .

Nak gerakkan beca nie harus menggunakan kekuatan kaki yakni sila kayuh beramai-ramai ye... kalau tidak bergabung tenaga, selamatlah beca tersadai tak bergerak berat kot.. apa yang penting kerjasama tak gitu!




Harga Beca Putrajaya untuk sekali trip adalah seperti di bawah. Takdelah jauh mana pun nak bergerak dari satu point ke point tapi tang mengayuh tu adeh penat giler kot naik cramp kaki dibuatnya. Dahlah lama tak bersenam.



Pelbagai pilihan beca yang ditawarkan. Macam biasa kayuhan tenaga kaki diperlukan.


Boleh pula adriana ajak sambung naik beca kat belakang nie.. memang tak la nak layan sebab kaki dah sakit kot. Takpe hari lain ada bukan jauh pun dari rumah.



Harga sewaan sebuah Beca Kayuhan Kasih 




Bukan sahaja beca menjadi tarikan, terdapat aktiviti lain untuk anak-anak pun ada. Pendek kata pilih mana yang berkenaan dan sesuai dengan budget.



Kat dalam kedai nie pun boleh sewa kenderaan untuk anak-anak. Serius rambang mata tengok. Nasib lah adriana happy permintaan tertunai jadi benda lain tak heran dah..



Masa untuk pulang. Sempat lagi tu, bukan boleh tengok tiang pagar adriana nie laju jer kaki dia nak memanjat. 

Kalau datang waktu malam boleh tengok lampu pada beca-beca tu sangat cantik menyerlah. Dekat Ayer 8 nie ada banyak kedai makan...kedai baju...tudung... pendek kata sesuai lah tempat riadah untuk seisi sekeluarga. 




7.2.17

Kempen Jom Bayar Saman

Promosi Diskaun bagi kompaun/saman PPj sempena Hari Wilayah Persekutuan bermula 1st-28th Feb 2017. Bagi kesalahan trafik sahaja. RM30 setiap kesalahan.

Bayaran:-
1) Tunai / Kad Kredit/ Cek di kaunter khidmat pelanggan PPj (kecuali cuti dan hari kelepasan am)

Waktu Operasi Kaunter :-
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 4.45 petang
Jumaat : 8.30 petang - 12 tengahari
               3.00 petang - 4.45 petang

Atau

2) Pembayaran melalui transaksi atas talian (online)

Untuk maklumat lanjut layari ppj.gov.my atau Telefon :- 03-88877371 / 7499 / 7610



2.2.17

Happy Birthday Adriana

Kek Oreo telah tersedia untuk dipotong 'birthday girl' adriana. 
Ikutkan dah sambut masa kenduri tempoh hari, tapi famili belah suami
tak dapat hadir atas komitmen  kerja, okeylah atas permintaan kita 'celebrate' lagi...alang-alang semua tengah berkumpul kat Eco Rantau Park.


Nana dilahirkan pada 20 Jan 2013. Dah 4 tahun pun umur Nana..
Yelah masa berlalu cepat berlalu. Makin tinggi makin cerdik..
Manja tu jangan payah cakaplah, dia seorang pun pujaan hati mummy daddy..



Adegan malu-malu potong kek. Muka konon-konon takde perasaan.
Ala macam tak tau sebenarnya Nana teruja bila semua orang nyanyi lagu 'birthday'...
Fuhhh...semangat dia tiup lilin.

Jom makan kek.. Habis selamat biskut oreo atas kek di korek adriana..
Nasib la ye.. budak nie pantang tengok OREO, kegemaran dia sangat.
Tahun nie 2 kali potong kek...rezeki nana alhamdullilah.
Mummy Daddy sayang Nana!




My HeartBeat