Pages

30.8.12

Bag Laptop dari Jacket

Cam best pulak tengok bila jacket dijadikan bag laptop. Nampak kreatif dan sempoi lak. Cer tengok turutan gambar dibawah agak-agak senang tak nak follow??. Sape-sape rajin cubalah try.




28.8.12

Main-main tinggal lagilah tak selamat

Leceh betul Speedmart 99 nie ada ker patut senang-senang jer staff dia soh kitaorang tinggalkan beg laptop dekat kaunter cashier....sejak bila cashier kena jadi jaga beg ye???....ermmmm branch lain rileks jer me bawak masuk bag laptop dalam apasal branch yang dekat rumah nie kereks semacam ek. Papan tanda apa pun tak ada.

Me ngan husband haruslah tak naklah tanggung risiko kang hilang mahu meraung berguling me kat depan pasaraya tu nanti, apa dia ingat me tak sayang kerja-kerja opis dalam laptop tu..... alooo brother kalau diikutkan hati takde kitaorang nak usung ke ulu hilir baik letak dalam kereta jer kan... tapi dah tak selamat apa nak dikata.

Malas nak panjang cerita dengan penat balik kerja lagi, baik keluar pergi beli dekat pasaraya lain lagi bagus.



Contoh rupa bag laptop me. Nak curi barang pun tak muat :p




16.8.12

Koleksi Sampul Raya

Tukar duitnya tak derlah banyak mana pun tapi terlebih lak orang bagi angpow raya..orang bagi kita ambil..hehhehe. Semuanya dari bank macam CIMB, OCBC, Hong Leong dan Maybank. Amacam cun tak kalau buat koleksi sampul raya :)




9.8.12

Cenderamata Comel

Ada cenderamata atas meja opis semalam....ikhlas dari bini orang bank.....terima kasih banyak-banyak sebab ingat kat me nie. Rezeki orang kata. Sekali pandang ingatkan Fridge Magnet bila dibelek-belek benda makan rupanya... cokelat! Comel la :)





Sayangnya nak gigit benda alah nie..





8.8.12

I'm Back

hi all, fuhhh lama giler tak jejak blog nie hampir dua bulan lamanya... maafkan daku sebab biarkan ia tak berupdate.. balik-balik story lama sampai naik bosan nak datang..ye tak :p

rindu la jugak tapi apakan daya nak pandang blog langsung takde mood. Errmm dasat tak dasat penangan tu hehhehe. paling lawak sampai password pun boleh terlupa..aduyai!! nasib baik boleh recovery balik kalu tak menangis tak hingat punya.

Kiranya nie warm session sebelum entry-entry seterusnya...insyaAllah!! Bye..selamat berbuka puasa :)