Pages

30.4.10

Good News

Wow.. sangat teruja..akhirnya dapat jugak menang 1st "giveaway. Ku dapat hadiah tudung shawl dari Anis EShop.. Tak sabar nak tunggu hadiah itu sebab ku tak pernah ada tudung jenis Shawl ini..cam mana design and colour tudung nanti ku beritahu la sebab 5 mei baru tuan punya blog akan pos...

kalau kamu seorang yang contest mania tegar seperti ku..Jom singgah-singah ke blog ku yang khas untuk contest and cabutan bertuah sahaja.
http://loveblogcontest.blogspot.com/

27.4.10

Keyboard Dia

Dalam ke"terror"an, aku menaip memang kalah kalau guna notebook si gadis ini..Berpinar mata ku nak pakai..Terus turun jurus menaip aku ini....kelajuan jari-jemari bertukar had laju kepada "Merbahaya" ke "Slow sangat tu"...hahahha.. Surrender aku bab nak pakai notebook dia, maybe sebab aku tak biasa nak guna notebook dia..





Berseni siot layout notebook dia.. bukan tu sebenarnya motif utama aku nak bagitau ..tapi sila tengok gambar seterusnya..meleleh air mata wa cakap lu..






first time ku tengok papan kekunci bertampal-tampal comel macam nie..memang unik tapi pitam mak nak menaip!! tolong..sampai kena tengok dekat-dekat nak tengok huruf..wakakak!








Cik adik manis aka wana berbaju oren tuan punya notebook berpeace bersama cik adik comel aka Athirah..

21.4.10

Bye-Bye Najwa

"Bertemu dan berpisah adat manusia biasa,
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa"

aihh..apsal tetiba nyanyi lagu pisah-pisah ni, siapakah gerangan yang nak pergi jauh ini? Tak derla jauh mana cuma Najwa aka Wawa dah habis service nya di office.
Minah ni baru habis SPM tunggu offer masuk U, so dia nie kira "temporary staff"
la dan oleh sebab tempatnya akan direplace oleh orang lain maka hari ini hari terakhir dia di sini.

inila najwa . Posing baik punya.
Najwa..akak dah mintak izin petang tadi tau so jangan marah okey, ambik dari blog Najwa





Punyala gigih si Najwa tu sempat titipkan karikatur kat staff-staff..
kreatif sunguh dia ni..ada bakat! Macam artis pulak ye bila kak shida soh Najwa sign,
baru la ok nampak up sikit value sentimentalnya!!





Standard la kan bergambar kenangan buat kali terakhir.
Comel tak kami bertiga ni..hahhaha!
To Najwa, All the best ok..jangan lupa kan kami semua disini ye..

kalau ada salah silap minta maaf bebanyak la ek




20.4.10

Taktik Baru Sang Perompak!!




Tak sangka sindiket perompak sudah menggunakan taktik pemberian "Free Gift" di Stesen Minyak. Sangat jahat ini orang, letak alat pengesan untuk mengesan lokasi si penerima hadiah dan kemudian merompak!! So kepada rakan-rakan sekalian sila berhati-hati ok! Seronok dapat barang-barang FREE ni tapi tak kena gaya lain pula yang dapat..

19.4.10

Free Tshirt - Register Di NetQueen

Daftar sebagai ahli netQueen secara PERCUMA sekarang!!



DAN
Dapatkan sehelai t-shirt edisi terhad apabila anda mendaftar di NetQueen


Cepat!! Sebelum terlambat
Terhad kepada 100 keahlian pertama








15.4.10

Mecca Royal Clock Tower






Abraj Al Bait Tower atau Mecca Royal Clock Hotel Tower yang terletak di Mak
kah, Arab Saudi masih lagi dalam pembinaan. Menelan belanja hampir USD$3 billion mengandungi 3,ooo bilik dan suites dijangka dirasmikan pada June 2010. Fasa pertama hotel ini akan dibuka pada penghujung Jun depan, sementara jamnya akan mula beroperasi pada hujung Julai menjelang bulan Ramadan, yang dijangka pada 10 Ogos depan. Menara Jam Diraja Makkah diperbuat dengan 662 meter struktur konkrit dan puncaknya berukuran 115 meter, yang mempunyai bentuk bulan sabit di atasnya.



Pencapaian Hotel ini adalah :-

- Hotel TERTINGGI di Dunia dengan ketinggian 777 meter

Mecca Royal Clock Tower, Makkah


- Bangunan KEDUA TERTINGGI di Dunia - sedikit ketinggalan dari Burj Khalifa di Dubai yang setinggi 828 meter. Berjaya mengatasi ketinggian bangunan kedua tertinggi dunia, Taipei 101 di Taiwan yang berukuran 508 meter.


Burj Khalifa, Dubai


Taipei 101, Taiwan



- Jam TERBESAR di Dunia - Buatan Jerman berukuran 45 meter lebar dan 43 meter tinggi pada semua empat belah menara, 6 kali ganda lebih besar mengatasi Big Ben di London


Big Ben

Contest!: Cabutan Bertuah Menangi RM50!




Nak menang RM50 tak? Jom sertai contest CABUTAN INI

14.4.10

Kebaya Mahal Di Badan Sheila Majid



Lihatla dunia, cantikkan kebaya hitam yang disarungkan ke badan penyanyi ini. Penuh dengan "Berlian dan Permata" bertaburan di badan kecil moleknya itu. Kalau nak tahu ini bukan calang-calang kebaya, inilah kebaya yang termahal didunia tau. Tahniah kepada Sheila Majid kerana namanya bakal terpahat di Guinness Book of World Records kerana terpilih memakai baju termahal ini..wah memang mencipta rekod tersendiri dalam sejarah karier seninya. Pakaian ini direka oleh Putra Aziz daripada Butik Cosry yang mengambil masa selama dua bulan. Disebabkan kehadiran permata dan berlian import lagi dari Geneva maka kawalan ketat polis diperlukan semasa persiapan baju ini dan semasa Sheila majid mengayakan baju ini pada A Charity Tribute To Malaysian Women anjuran Cosry Wise (M) Sdn Bhd, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur lepas. Harga sebenar baju masih dirahsiakan tapi dianggarkan dalam 2 juta..memang mahal ya ampun.

11.4.10

Yun's Birthday Giveway


Join another giveway, visit HERE for details..
before
30 April 2010 ok!

10.4.10

Mat Karaoke

"Dah mula dah" - dialog standard i tatkala mat-mat or minah-minah karaoke nak start shift mereka. Stok-stok yang suka karaoke dirumah. Telinga i jadi bingit bila mereka suka sangat pasang lagu dan nyanyi kuat-kuat macam nak kasi satu taman dengar. Hello, tak sedap ok suara awak tu. kalau sedap sejuk sikit hati i ni dengar silap-silap i pun nyanyi sama..:p. Seleksi lagu-lagu pulak ni nak komen siciput suka benar pilih lagu-lagu bernada tinggi tak sesuai ye..feeling jadi akak ziana tak pun amy search!! tapi tak sedar diri ye suara awak tak sampai maka jadilah pitching tak sampai ke laut la jadinya, dapat imagine tak camne. sampai kan i nie boleh gelak-gelak nak terguling dengar. I bukan nak kutuk-kutuk sangat tapi tolongla ye tolong bertimbangrasa la sikit pada jiran-jiran. Dahla suka nak uji bakat terpendam tu time malam-malam, time orang nak merehatkan badan dan kepala otak barulah ko sibuk-sibuk nak nyanyi yer. amatla tak kena dengan masa nya la cik kiah dan abang mat oi.... so kepada yang mereka-mereka tegar karaoke di rumah tolong la ye consider perasaan jiran tetangga anda.. pilihla timing yang betul bila berkaraoke tu. jangan time dah lewat malam baru ko nak menyanyi riang.. dan tolongla juga pasang volume itu pada kadar yang munasabah untuk didengar sahaja.. ok .

PEACE NO WAR

8.4.10

Rabbit is our PET

Welcome to our new family..Ms and Mr Rabbit. Alkisahnya my sis kecik (adik bongsu) dah beli dua rabbit yang sangat comel dan masih dalam kategori kanak-kanak ribena tiga hari yang lepas. Buat masa ini sebab mereka tiada lagi nama so i called them Ms White and Mr Brown. Mr brown ini sangat aktif berlari-lari kesana kesini dan dia juga begitu manja dengan sesapa sahaja dan mr brown juga sangat suka duduk diriba my mum sambil dibelai manja di kepalanya. Ms White ini sedikit pemalu dan kurang aktif berbanding Mr Brown. Mr white ini penakut sikit bila nak belai-belai kepala dia mesti takut-takut.
Rabbit-rabbit ini mempunyai rumahnya sendiri dan pintu gate nya tidak akan ditutup kerana rabbit ini akan dibiarkan aktif bergerak dikawasan sekitarnya..jangan riso mereka tak berak merata kena cikgu displin dah ajar cara-cara membuang hajat di tempat yang sepatutnya.. tapi pagi tadi Mr Brown tetiba-tiba didapati hilang dari rumahnya itu.. puas my mum cari di pelusuk rumah dan ditempat kegemaran dia dibawah almari tapi nan ado.. mana sudah si Brown ni pergi!!Riso jugak keselamatannya entah kan dilanggar keta...dimakan kucing atau pun dicuri orang..
Oleh sebab my mum, i and sorang lagi adik pergi shopping. my sis kecik ini cari dulu si Brown sebelum dia pergi keluar jalan-jalan dulu dengan kawan-kawan dia. Kami tawakal sahaja harap-harap si Brown tidak apa-apa. Tak lama dalam dua jam lepas itu, my sis kecik sms my mum beritahu mr brown sudah ditemui di rumah pakcik bela arnab sorry i lupa nama pakcik tu.. Surprise jugak macam mana si brown boleh sampai situ sebab rumah pakcik tu selang dua rumah dari rumah kami..uiishh nasib baik ko selamat Brown! Si Brown mungkin keluar semasa my dad buka pintu rumah lewat malam semalam yelah sedar tak sedar si Brown ini pun nak ambil juga angin malam..terrer betul ko brown.. Hari ini dua-dua rabbit ini kena perintah berkurung. pintu gate kena tutup malam ini ...tak boleh keluar sesuka hati lagi. Kena kasi disiplin sedikit..:p






Aksi Mr Brown nak memerut ..Ahaks!!

7.4.10

Kuala Lumpur Dulu-Dulu

Kita bernostalgia sebentar melihat memori -memori lama Kuala Lumpur sebelum mencapai seperti yang ia ada sekarang. Yang penuh dengan kemodenan selari dengan peredaran masa dan waktu. Siapa sangka Kuala Lumpur yang dibuka pada 1857 sudah memiliki standardnya yang tersendiri. Ia terus menjadi impian setiap anak muda dari desa untuk menjejakkan kaki ke sini mencari rezeki dan mencapai apa yang diazamkan dan dicitakan.













5.4.10

Budak 14thn hina Allahyarham Din Beramboi

Terkejut besar bila aku baca facebook ini..Speechless bile tengok one boy aged 14 years old boleh tergamak tulis ayat-ayat sebegini yang bukan sahaja menghina Arwah Din Beramboi but also mempermainkan ayat-ayat al-quran. You guys read and judge by yourself. Pretty sure you will feel the same as i'm..







Terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata buruk padahnya adik.. harap anak muda ini benar-benar sedar kesalahan yang telah dia lakukan. Elokla jika dia dapat panjangkan kemaafan pada keluarga arwah..semoga adik insaf ye...jangan ulang lagi kesilapan sama kesian mak ayah kamu..


Tea Break Session

CORPORATE LANGUAGE



We will do it"
means
"You will do it"



"You have done a great job" means "More work to be given to you"



"We are working on it" means "We have not yet started working on the same"



"Tomorrow first thing in the morning" means "Its not getting done... At least not tomorrow !"



"After discussion we will decide - I am very open to views" means "I have already decided, I will tell you what to do"



"There was a slight miscommunication" means "We had actually lied"



"Lets call a meeting and discuss" means "I have no time now, will talk later"



"We can always do it" means "We actually cannot do the same on time"



"We are on the right track but there needs to be a slight extension of the deadline"
means
"The project is screwed up, we cannot deliver on time."



"We had slight differences of opinion" means "We had actually fought"



"Make a list of the work that you do and let's see how I can help you"
means
"Anyway you have to find a way out no help from me"



"You should have told me earlier" means
"Well even if you told me earlier that would have made hardly any difference!"



"We need to find out the real reason" means
"Well I will tell you where your fault is"



"Well... family is important, your leave is always granted. Just ensure that the work is not affected"
means
"Well you know..."



"We are a team" means "I am not the only one to be blamed"



"That's actually a good question" means "I do not know anything about it"



"All the Best" means "You are in trouble"

Wake UP



Aku tatapi jam loceng itu berulang kali. Ia bukan sahaja sebagai penunjuk masa dan waktu tetapi ia adalah "simbolik" kepada kehidupan kita seharian. Jeritan locengan membuatkan aku seperti tersentak dan tersedar dari segala lamunan dan anganan yang sedang bersarang di kepala ku. Ia bagaikan memberi aku satu petunjuk agar segala prasangka-prasangka jahat yang berada di dalam hati aku kala ini dibunuh!!..Bina semangat dan kekuatan baru dalam diri.
Jangan lemah dan menyerah kalah.... Kembali fokus kerana hidup ini hanya sekali untuk dinikmati..

3.4.10

Amazed Me




HEAT Final 20

Pictures credit to http://www.facebook.com/mydcm

2.4.10

@@April_giveaway@@ by zie fauzi


Bulan baru semestinya ada "giveaway" yang baru. Jom singgah ke Teratak Kasih Zie Fauzi untuk keterangan lanjut.

Yellow dan Green Card


Preettt!!!.. Attention please.. card kuning dan hijau sudah mula berkuatkuasa wahai kawan-kawan office ku sekalian. Oh, apakah card itu siap ada warna-warna lagi!

Demerit Points - Break the rule siaplah markah korang kena tolak (-5)
Senangkan nak jatuh cinta dengan card ini..
Dapat card ini tidak bagus untuk perkembangan KPI korang..



Merit Points - Card ini harus "disayangi" kerana membantu meng 'up' markah korang. Nak pikat card ini memerlukan korang bekerja lebih keras lagi. (+3, +5)
Card in baik untuk kesihatan KPI korang.




1.4.10

Tahukah Anda..

1) Tahukah Anda sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.


2) Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.


3)
Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgitpangkat, kedudukan dan harta dunia ialah orang utan.


4)
Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.


5) Tahukah Anda bahawa buaya darat tidak mempunyai ekor tapi kemunculannya membuatkan mangsa menjadi lemah.


6) Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor
sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.


7) Tahukah Anda apabila seseorang bersin dengan mengambil segala tenaga dari liang dada lalu ke hidungnya dan kemudian menghembuskan bersin itu sekuat hatinya, orang yang bersin itu akan berasa lega dan puas manakala orang dikelilingnya pula tak puas hati.


8) Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.


9) Tahukah Anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.


10) Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.


1st GIVEAWAY BAZAR KERONGSANG

Bersempena pembukaan BAZAR KERONGSANG (BK), dengan berbesar hati BK telah menjemput semua untuk menyertai 1st GIVEAWAY BAZAR KERONGSANG

TARIKH TUTUP PENYERTAAN - 24 APRIL 2010
PENGUMUMAN PEMENANG - 25 APRIL 2010

FabuLOVE Giveaway


To celebrate her becoming birthday, Ezyane offering First ever FabuLOVE Giveaway at CuteandYummy to a lucky winner who leave sweet messages.

This giveaway will close on 21 April, 6 pm (KL time) and announcement of the winner on 22 April 2010. Hurry! Hurry!




My HeartBeat