Pages

31.12.12

Sugar Glider In the House

Binatang peliharaan sepupu me yang baru jer "check-in" petang tadi. Super duper comel sebab saiz dia hanya sebesar tapak tangan orang dewasa. Geram jer tengok.


Tah apa angin yang datang melanda, rajin pula tuan dia nak membela. Ingatkan main-main cakap sekali tudia gigih ke Pet Shop dok borong seekor Sugar Glider. Almaklumlah tuan dia spesis penyayang kepada binatang.

Nyenyaknya dia tidur.. alolohh penat ye



Tak ambil pusing dah keadaan sekeliling. janji selesa katanya



aikkk gaya tidur macam malu-malu kucing, tutup muka dengan telinga terus


Ala lakonan semata semua tu, sugar glider belum tidur lagi dia pura-pura pejamkan mata kengkonon tengah diulit mimpi.....ha pandai betul! Nampak tak aktif sangat maybe sedang membiasakan diri dengan persekitaran dan suasana baru.

Siap ada travelling bag lagi okey!! Bila masuk dalam beg nie pandai move sana move sini, bijak kan tadi kemain cantik punya landing atas tangan...hehehhe. Beg nie tak tebal nipis so udara boleh masuk tak la lemas sugar glider nanti kalu tuan dia nak bawak jalan-jalan.




Singgahsana untuk Sugar glider


29.12.12

Surat Perjanjian Hutang Budak-Budak

Kelas ko dik walaupun nilainya nampak kecil cuma RM3 tapi hutang tetap hutang, paling best siap buat tulis perjanjian atas kertas buku sekolah lagi. Sangat berpandangan jauh la ini budak..:p



26.12.12

My Happy Moments Contest

Banyak betul contest yang dibuat Bro Eyriqazz dalam usahanya mendapatkan gadget idaman, salah satunya My Happy Moments Contest. Selagi tarikh akhir undian belum menjejak tiba selagi itu tiada erti menyerah kalah baginya.. terbaik!!

Me nak join sekali la, gambar pilihan bersama somi tersayang seperti dibawah :)


” Contest My Happy Moments dianjurkan Eyriqazz.com bagi menyahut
Cabaran iPhone 5 Gadget Impian



24.12.12

Nuffnang BE | Dec 2012

Sekadar rekod je nie biasalah blog me nie bukan senang nak menerima 3 iklan  sekaligus dalam satu bulan, nak dapat sebulan sekali pun kadang-kadang alahai semputnya..muahahhaha. Rezeki kan harus me terima dengan senyuman dan merajinkan tangan untuk buat entry lagi dan lagi :p


Anyway thanks to nuffnang... senang-senang jangan lupa beri BE lagi :)



23.12.12

Wedding Shah & Iyda | Teluk Panglima Garang

Selamat pengantin baru kepada kedua mempelai yang sedondon berbaju biru gelap. Amboi sama cantik sama segak gitu. Boleh kitaorang sesat time nak datang kenduri diaorang nie.. tulah percaya sangat "google maps" sekali hampeh dia bagi salah direction. 
Terpaksalah berhenti tepi jalan tanya orang sekitar, mujur ada yang tahu... bila dah masuk arah yang betul baru nampak tanda arah yang diletakkan tuan rumah.. ...ke kanan... jalan jumpa lagi  ke kiri... terus dan jumpa rumahnya...macam  main "treasure hunt"  lak bila jumpa 3-4 kali tanda arah jalan.












Miss nak tengok kemeriahan pengantin berarak..... habis dah sesat. Tapi tak pe janji dapat bergambar dengan pengantin dekat pelamin. Sempat jumpa "minah rempit girls"......miss them so much!! lama giler tak jumpa /chit chat. Pergi memana sempoi naik motor perghhh salute dengan kecekalan awek-awek motor nie.. Nyampah tengok condition jalan raya sekarang banyak berlubang / berlopak , bahaya kat pengguna jalanraya terutamanya "penunggang motosikal"...


Buat Shah & Iyda, semoga berbahagia sehingga akhir hayat. Untung depa nie balik raya tak yah gadoh-gadoh, tak yah rebut-rebut almaklumlah jiran sekampung... Pusing-pusing pun situ juga :) hehehe..




21.12.12

Jejambut Baru ke Shah Alam / Klang / Hicom Bakal Dibuka

Good news untuk drivers dari Puchong / Cheras / Putrajaya dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.Kalau yang biasa jalan nie taulah camner lecehnya nak masuk persimpangan USJ Subang Jaya dengan kenderaan yang laju-laju, ada tu langsung tak kenal erti tolak ansur liat nak bagi can orang lain nak menyusur ke kanan...ciit!
Lepas ni drivers yang nak ke Shah Alam / Klang / Hicom tak perlu lagi berebut melalui jalan yang sama dengan pembukaan jejambut baru sebab laluan akan pecah dua. Takdelah serabut nak pecut masuk ke USJ..


Meh refer photos..
Nampak tak flyover yang masih ditutup dengan block-block merah nie. Start 22 Dec jam 00.01 pagi laluan ini akan dibuka kepada semua kenderaan yang nak ke Shah Alam / Klang / Hicom. Dah tak yah menyibuk nak lalu bawah ..guna laluan memasing.
 







Notice daripada MCT / LDP




20.12.12

Checkup Minggu 35

Appointment checkup pagi nie dengan gynae yang bakal menyambut my baby.....insyaAllah. Sampai klinik dalam pukul 9.30 pagi suasana masih lengang. Timbang berat, check air kencing then tunggu giliran untuk jumpa Dr.

Tak lama pun tunggu tak sampai 20 min dah boleh masuk, orang tak ramai datang lagi. masuk-masuk terus bersalaman dengan Dr, tanya khabar semua.. alahai lemah-lembut dan softspoken betul.. sejuk hati aii jumpa spesis Dr cam gini..

Dr Mazita Mansor - explanation memang superb. A-Z tentang contraction, pergerakan baby semua dia terang dengan jelas. Nganga mulut aii tak tahu nak tanya apa dah.....cuma comellah Dr nie cakap laju cam bullet train. Dr pesan delivery bag dah boleh start packaging dari sekarang...standardlah benda-benda emergency nie bukan boleh dipredictkan.
 Credit DEMC


Progress berat naik 61kg , Baby- 2.6kg

Lain-lain perkara macam tekanan darah, kedudukan uri, kandungan air ketuban alhamdullilah takde masalah. So another 2 weeks untuk jumpa dr lagi. 
Me in 35 weeks



19.12.12

Lunch Farewell | December

Menghitung hari adalah perkara paling mendebarkan bagi seorang manusia yang memegang tittle "makan gaji", walaupun hati terasa berat once keputusan dah dibuat sampai waktunya segala aktiviti dan rutin kerja seharian tinggal kenangan dan memori sahaja.

Lunch tadi sempatlah buat lunch farewell untuk seorang manager yang bakal berhijrah ke tempat lain. Anak-anak buah dia berganding bahu set up semua persiapan bagai. Masing-masing suram jer muka yelah bos diaorang quite rapat @ ngam ngan depa. Lumrah kehidupan sampai masa perpisahan itu adalah pasti.

Antara photos yang sempat disnap sebagai kenang-kenangan.

Deretan makanan yang disajikan... tinggal nak ngap jer nie








 





 Speech dari CEO. Santai tapi meaningful gitu.



Suara dah sebak dan tersekat-sekat..... Air mata dah bertakung... 




Akhirnya
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
Banjir jua... nasib baik tissue menjadi penyelamat keadaan




Bacaan doa selamat diketuai oleh "ustaz jemputan"




 Makan time berjemaah sesama muslimah. Sedap nasi tomato yang diorder..









Free Sample Libresse

Me sudah terima anda bila lagi? Cewahhh saja nak promote samples yang me terima dari Libresse, benda free kan cuma uols kena request dulu nanti diaorang send dalam jangkasamasa 3-4 minggu. Bolehlah buat perbandingan antara current product yang uols pakai dengan libresse manalah tahu lagi serasi bersama. Standard la lain orang lain citarasanya.


Sekali pandang ingat apa benda lah sebab guna customized kotak yang sangat stylo.

Nice packaging!



Pad and pantyliner keluaran Libresse semua dia kasi untuk dicuba. Sangat tak kedekut kan.




18.12.12

Transformasi Bantal Kekabu

Edisi transformasi bantal kekabu dewasa menjadi bantal yang lebih kecil dan praktikal untuk si baby dah siap...horeyyy.. Hasil kerja DIY my mum. Memang comel sangat.... kalau baby tengok nie uiiii mesti terharu tengok hasil kerja nenek kesayangan dia.. thanks mum!!

Before DIY 



After DIY
Nampak lagi berseri-seri.



Mesih jahit kesayangan my mum kalau tak der dia lambat la nak siap bantal bucuk .. very old skool kan. Pakai kaki jer nak gerakkan mesin jahit nie...Kalau nak dikenang jasanya ehhh tak terkira dari me kecil sampailah nak ada anak nie still in good condition tau. Steady menabur bakti.

Cuma skang my mum guna untuk jahit benda-benda kecil @ minor jer kalau langsir-langsir yang besar gedabak serah kat kedai jahit senang kerja yelah mesin lama dah season.. :)





My HeartBeat