Pages

29.9.16

Umpan Patin

Beraturnya barang-barang ini menandakan, adalah project terbaru yang suami saya nak buat. Ligat betul kepala otak nak buat eksperimen umpan ikan patin. Mengendeng kat tepi tengok macam mana cara-cara pembikinannya.


Gunakan kurma yang dapat kitaorang masa bulan puasa hari tu. Adeh berzaman nak habis. Betul-betul bukan spesis tegar kurma. Dari tersimpan tak makan-makan baik guna buat umpan. Buang sedikit kulit dan biji senang kerja nak mengisar. 


Untuk menaikkan kelemakan dan kelazatan pes, tambahkan sekotak santan ke dalam pengisar.


Taburkan sedikit yis.



Tak perlu banyak, letak separuh pun dah cukup



                                                                      Kelapa parut


Cukup semua bahan dah boleh dikisarkan sehingga sebati
Kena perap dalam bekas untuk jangka masa seminggu sehingga ia mengeluarkan bau masam dan berminyak. Suami saya kata pes ini sesuai digunakan dengan roti top baker. Berjaya ke tidak cubaan pes kurma nie ha kenalah tunggu hasil pancingan nanti. InsyaAllah doa la ye ada rezekinya.



9.9.16

Makanan Tradisi Bugis Sabah


Saya pernah berkesempatan ke Sabah enam tahun lepas. Untung sangat dapat jalan-jalan tengok negeri orang. Kundasang, Ranau dan Kota Kinabalu antara destinasi yang sempat saya jejaki. Memang 5 bintang Nora bagi.
Cuma sayang masa tu tak berpeluang nak merasai makanan tradisi orang sana, entah mungkin tak terlintas dalam hati nak tanya pemandu pelancong. Paling kurang pun kitaorang tanya tempat mana paling best nak makan..tapi jujur cakap tempat makan yang dia bawa biasa-biasa jer takdelah 'special' mana pun.

Haritu dapatlah  makan masakan Orang Sabah. Kebetulan mak mertua kawan saya datang KL melawat anak-anak. Rezeki yob moh kita jamah ramai-ramai.

 Ini nama dia Burasak. Kalu kali kedua rasa. Ada entry saya pernah tulis kat SINI


Buang kulit dulu. Baru isinya dimakan. Bugis Sabah suka buat besar-besar, kawan saya cerita Bugis  Semenanjung buat bentuk nipis dan comel-comel. Senang nak ngap katanya.


Pertama kali masuk mulut. tak penah cuba lagi. Nama dia sanggara' balanda. Hah berbelit nak sebut tapi makanan tradisi ini sememangnya tidak mengecewakan perut dan tekak ku.



Bahan Utamanya adalah Pisang yakni Pisang Raja. Selain telur dan gula bagi melengkapkan sajian ini. Dalam pisang tu ada kacang sebagai penambah perisa. Agak manis kena berwaspada nak makan lebih-lebih.


Mungkin ada yang nak teringin nak tahu cara-cara penyediaan sanggara' balanda boleh rujuk Resepi Sanggara' Balanda (dalam bahasa indonesia)


My HeartBeat