Pages

25.4.14

Gadis Hilang Dicari

Wajah gadis yang dinanti kepulangan ke rumah. Menghilangkan diri sejak 30hb Mac dan lepas tu tak dapat dihubungi lagi. Bayangkan betapa resah dan gelisahnya hati si ibu dan bapa memikirkan keselamatan anak yang tidak tahu kemana perginya. Bagaimana tidurnya.. pakai makannya langsung tiada khabar berita.
Bapa budak nie satu jabatan dengan somi me, datang kerja pun dengan wajah serabut dok pikir tentang kehilangan anak..kesian tengok.. ibarat berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul..Dah masuk TV pun tapi sampai sekarang tiada jawapan pada persoalan kemana budak ini menghilang. Nurfarahin dikatakan hilang kat kampung lepas diaorang buat kenduri kat sana.. 
Nak mintak bantuan uols yang ada sebarang maklumat mengenai gadis dalam gambar nie cepat2 report ke Balai Polis ye. Harap2 adik ni dapat dijumpai semula dan pulang ke rumah balik.. Kalau ada perasaan marah/merajuk tu cepat2 buang jangan simpan dalam hati..jangan ikut darah muda.. sayang keluarga melebihi segala-galanya.


24.4.14

Hari Terbuka KLIA2

Wah.. peluang menarik nie uols.. Bukan senang dapat tengok KLIA2 yang baru depan2 mata, setakat cuci mata dalam gambar errmm ada apa feel kan.. Bila depa open opportunity besar-besaran gini apalagi rembat la selagi boleh....kalu free 27hb April jangan lupa terjah KLIA2 beramai-ramai..:). KLIA2 bakal memulakan operasi 2hb May 2014 nanti, Sebenarnya banyak kontroversi2 panas yang melanda KLIA2 kalau uols pernah terbacalah dari awal pembinaan sampailah hujung2 siap nie.. isu costing.. perpindahan dll..More details tentang KLIA2 belek sini okey!




21.4.14

Motivasi #23 | Resepi Kejayaan

Bahan-bahannya;
250 gm Daya usaha
100 gm Kesabaran
100 gm Keimanan
190 gm Keinsafan
150 gm Pengorbanan
150 gm Campuran akhlak mulia 
( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna)
8 sudu teh rasa tanggungjawab
200 gm senyum secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit. Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan, rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

 Copy paste direct dari my inbox



17.4.14

Tutorial Tudung Bawal Berkerongsang

Makin hot pula gaya tudung bawal yang dimodernkan dekat mukabuku skang. siap bertakhta kan keronsong di depan gitu. kemain masing2 menunjukkan gaya kreatif diaorang bertudung. Tak yah keluar duit beli tudung mahal, beli tudung bawal mampu milik pun dah terpancar aura kecantikan muslimah....labuh menutupi depan pun ye. simple but nice yo.
Setahu me, orang yang pertama yang keluar dengan idea yang brilliant nie adalah Yunabella..seharusnya dia layak menerima credit atas creativity tersebut..good job bella! Kisah2 disebalik tabir bagaimana tercetus idea tudung bawal tersebut dan tutorial pun ada diceritakan disana.



Hello..Hello

Hello.. sapa tu?? ye2 ajer adriana nie.. suka sangat main telefon skang. Pantang pintu bilik terbuka dan2  menerpa masuk. Cara dia main telefon camner tau.. angkat ganggang...tekan button volume.. tekan satu no.. lepas tu keluar la hello..hello dia!


Bila call telefon tu bagi dia jawab..ermm memang bolayan la jawabnya.



16.4.14

PrayForAdikNasuha

Tersentuh hati me apabila membaca status penderitaan adik kecil Nasuha yang menderita sakit jantung, katanya memerlukan pembedahan segera. Me update dekat sini untuk perhatian uols yang ingin membantu adik nasuha. Kos pembedahan dan rawatan sudah tentu menelan belanja berpuluh-puluh ribu.. insyaAllah sama2 kita membantu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban keluarga adik Nasuha.
Sebarang pertanyaan dan sumbangan bolehlah disalurkan kepada bapa adik nasuha Wan Azman Sulaiman sebagaimana tertera diatas. Semoga adik Nasuha kembali sembuh .. Amin!



15.4.14

Fridge Magnet Bandung

Selain dapat melihat negara orang, memerhati perbezaan budaya dan cara hidup mereka.. antara faktor  orang suka pergi melancong luar negara mestilah part2 soping. Lebih murah dan berbeza katanya. Biasalah lain tempat lain daya tarikan dan keistimewaan.
Tak berholiday pun ada untung juga, untungnya dapat buah tangan

Ingat jugak dia kat kami2 nie, aceceh dapat 2 ketul FM.. meriah peti ais me nanti..hehe. Thanks akak opis.

My husband aritu menang contest F&N.. dapat ticket flight pergi yogjakarta... mula2 dengar macam seronok tapi yang lecehnya kena travel dalam tahun nie...bab2 travel jauh nie, haruslah kena plan cuti, budget semua so burn la jawabnya hadiah tu....takpelah belum ada rezeki la jawabnya.



10.4.14

Gadget Pilihan Hati

Mummy baru nak cuci mata tengok sales barang rumah, dia pun mai tumpang sekaki nak pegang catalog courts mammoth. Nah mummy bagi peluang pilih mana yang berkenan.. terus jari si adriana tunjuk satu barang tu.. saja2 buat tanya "adriana nak yang mana??" aik barang yang sama dia tunjuk... terus tanya lagi..aishh berapa kali mau tanya soalan sama..hahaha.. nak menduga sebenarnya.. tup2 fokus benda yang tu jugak..kental betul ye.
Gadget uols dia pilih tablet Toshiba wt8-a-102.. hai la anak pandai betul bab2 teknologi.. padahal tak pernah bagi dia pegang Tab pun sebab mummy daddy dia sendiri belum ada tab lagi..hehehe.

habis kertas tu dicarik2 kan.. memang si budak kecik nie dia pantang jumpa paper.. skit2 dia datang dekat lepas tu lunyai paper dibuatnya.. jadi kalau nak membaca sila baca jauh2 dari  adriana..haha..

"Nak yang nie".. gitulah gamaknya reaksi adriana bila merujuk kepada barang dalam gambar tu. hahaha



8.4.14

Nak Refills Sila Bayar

No more free refill dah, mau tambah air sila bayar 50sen. Selalu me tengok yang rajin refill nie set2 budak muda yang suka melepak lama2 kat MCD... Ada geng study group ..ada gak suka berkuntum kat situ sebab ada free wifi...pakej gitu.. kurang2 bila kena charge nie takdelah diaorang melepak lama sangat...kesian lah kan yang baru datang nak makan..seat semua penuh.
Kalau pergi MCD, me selalu tukar coke ke milo atau orange.. coke tu bukan elok kesihatan pun ..dah season2 nie badan cannot tahan gas dia alih2 sendawa kalau terlebih minum..hahaha.


7.4.14

Sepupu Kahwin

Phewiit.. bila pengantin merempit.. very the wow gitu. Pengantin perempuan tu adik sepupu me yang baru naik pelamin last week.. time nie kenduri belah lelaki dekat Kedah.. ermm tapi tak pun follow rombongan menghantar sebab ada hal lain.....uhuk uhuk . Dapat tengok pengantin berpose atas motosikal jerlah.. dah nama pun peminat moto besar siap geng2 depa iring pengantin you..vromm vromm!.. Selamat pengantin baru uols.. semoga bahagia hingga ke jannah..amin.



4.4.14

Kad Kawin | Pekan Pahang


Undangan dari staff office region yang berada nun jauh di pahang, bakal berkahwin bulan Mei nanti. Sebab me dok HQ maka tak berapa mengenali beliau sangat. Standardlah tu bila staff dah semakin bercambah yang jauh tu takat tahu nama saja, nak bersua muka payahlah kot. Tapi apa2 pun "selamat mendirikan rumahtangga" dan semoga kekal ke akhir hayat. Amin.
Kad kawin yang dihantar melalui kiriman email, cepat dan mudah gitu nak jemput orang2 yang jauh.


3.4.14

Tips Bersihkan Peti Sejuk

1. Tutup suis plag peti sejuk dan cabut wayarnya terlebih dahulu apabila hendak mencucinya. Jangan membahayakan diri memulakan pembersihan semasa suis masih ‘on’. Anda mungkin akan terkena kejutan elektrik dan boleh membawa maut.
2. Lapik kain di bahagian bawah peti untuk mengelak cairan ais membasahi lantai.
3. Ataupun sediakan bekas yang sudah ada di bawah peti dan sentiasa membuang cairan dari peti agar ia tidak melimpah membasahi lantai.
4. Keluarkan bahan-bahan makanan dari peti ais di bahagian sejuk beku dan sejuk biasa.
5. Jika terdapat makanan seperti daging, ayam atau ikan, sediakan bekas yang berisi ais yang banyak dan penuh lalu ditutup sementara mencuci peti ais. Begitu juga pada aiskrim, simpan aiskrim dalam satu bekas yang berisi ais yang banyak agar ia selamat dari cair.
6. Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang disimpan dalam suhu sejuk biasa, anda boleh juga menyimpan di dalam bekas berisi sedikit ais sementara mencuci peti ais.
7. Untuk minuman segera segar seperti susu segar, ia mungkin tidak boleh disimpan lama setelah dibiarkan lama dalam suhu bilik. Anda dinasihatkan menghabiskan minuman tersebut sebelum ia basi.
sekadar gambar hiasan

8. Buka peti ais di bahagian sejuk beku dan biarkan seketika supaya ais yang keras menjadi cair. Anda tidak perlu mencungkil ais dari peti atau menuang air panas.
9. Sementara menunggu ais melekat tadi cair, anda keluarkanlah rak lapisan demi lapisan atau bekas dari peti dan cuci dengan sabun terlebih dahulu serta bilaskan hingga kering.
10. Setelah kering, cuci dengan menggunakan berus lembut agar peti anda tidak tercalar. Gunakan berus dengan sabun agar tempat menyimpan peti lebih wangi daripada bau busuk dan kotoran sisa bahan makanan.
11. Setelah siap mencuci dengan sabun, lap di bahagian atas peti dahulu. Pastikan air tidak menitik ke bawah lagi dan mengganggu proses mencuci di bahagian bawah peti.
12. Lap pula bahagian bawah peti dan pastikan tiada kotoran dan habuk melekat di setiap sudut peti.
13. Masukkan semula rak atau bekas mengikut lapisan asal peti.
14. Suis ‘on’ semula peti tadi dan biar peti sejuk seketika sambil semua pintu ditutup.

credit Majalah Rasa


Notis Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat

Catuan air yang membabitkan kawasan2 sekitar negeri Selangor, KL dan Putrajaya. Sila periksa jadual dibawah bagi mendapatkan gambaran lebih jelas dan membolehkan persediaan lebih awal dibuat.. senanglah nak tadah air siap2 ke.. nak plan laundry baju ke.. uii takde air nie sekso dibuatnya.












My HeartBeat