Pages

30.1.12

Lagu Teddy Bear | Masihkah Kau Ingat




Bulat Kecil, Bulat Kecil, Bulatan Besar

Sayang Mama, Sayang Papa, Selamat Malam

6 x 6 36

6 x 6 Jadi Beruang



Ingat tak lagi lagu comel nie yang dinyanyikan sambil mata pena dicoret di atas helaian kertas....seronok kan... Lagu zaman semasa kanak-kanak ribena. Yang muda belia mungkin tak familiar cuba tanya emak, bapak, kakak-kakak or abang-abang korang mesti depa hafal lagu nie suatu ketika dahulu.





Suprise....Suprise.....Suprise

Happy birthday to you..... happy birthday to you.... Happy birthday to youuuuuu!!! Ohhh so sweet terima SUPRISE dari orang tersayang.......sungguh terharu sangat!! Yeyyyy cake Secret Recipe lagi tu....









Kami tumpang semangkuk celebrate suprise birthday yang kitaorang sendiri tak plan pun......handal tak..... .ngehhh ngehh!!






Kek kegemaran ramai....yummy!! yummy!!. Alkisahnya cake ini dihantar oleh emak "birthday girl" gara-gara me dan seorang kakak opis dok mengusik kat FB nak makan cake birthday. Tak sangka pulak emak dia baca status tu...alih-alih semua dok pakat terkejut....rezeki...amin....hehehee












Aiseyyman salah direction.. kasik betul punya!!!





Sudah masuk 26 tahun umur si anak dara...... tengah mencari calon dibuat suami kot sapo-sapo berhajat tu mai habaq sini...:)





Selamat hari lahir kepada officemate me dan semoga cepat-cepat bertemu jodoh.




28.1.12

Ketahui waktu solat guna telefon

Cara paling mudah untuk semak waktu solat bagi kawasan Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.


Dial no "015-48406384" pada telepon bimbit anda.




Lepas dial tak yah buat apa-apa cuma perhatikan pada paparan screen telepon bimbit anda tak perlu letak kat tepi telinga.. Jeling je kat telepon tu..




Wah..sound interesting kan...jap sabar tak habis...hehhee








kurang dari 10 saat sesuatu akan terjadi!!! apakahhhhhhh itu....








Mesej sudah keluar... mari kita lihat waktu sembahyang bagi kawasan lembah kelang dan sekitarnya..ermmm teknologi jika digunakan dengan cara yang betul memang membantu kan...



Cubalah pula pada telepon bimbit anda. Tidak dikenakan bayaran pun.




Kyros Kebab

Punyalah lama kafe ni dah bertapak dalam Kompleks Sogo barulah sekarang terlintas nak menyinggah....nak rasa sedap ke makanan di Kyros Kebab! ..selama nie takat pandang sebelah mata je...huh bajet sombong ek :p








Order Kebab Mixed.. ada daging lembu , daging kambing...kentang goreng ..sayur-sayur...kacang rebus :)


Air kena order lain.. tak didatangkan sekali dengan makanan


ermmm...Bolehlah tahan..suka sos dia sedap..yumm..yumm.. cuma sedikit mahallllll untuk diulang tayang beberapa kali


Kebab Mixed = 10.90

Air Orange = 3.20

Tax (6%) = 0.85

Total : 15.45


Kyros Kebab is a Malaysian franchise that specializes in serving delicious, healthy kebab in a Mediterranean-Western style.





27.1.12

Kekosongan Jawatan | PROTON



Sekadar menghebahkan....kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk mengisi kekosongan berkenaan bolehlah try mohon...




Tips hilangkan stress dan marah

Stress......Marah......Stress.....Marah.......Benda biasa dalam kehidupan manusia...... tapi bagaimana nak control supaya tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri mahupun orang lain??? Muka ketat...masam macam cuka ermmmm orang nak dekat pun takut tau..huhuhu!! So meh nak sharing good tips dari FB yang boleh difollow tatkala berhadapan dengan situasi tersebut.





Amacam???agak-agak nak marah ikut cara kat atas nun...pelan-pelan amalkan.. Marah...Stress ni bukan elok sangat pun karang jadi cepat tua...rugi!!




Kad Kahwin Yusry-Lisa Surihani

Renjis-renjis di pilis....... ditepungi si daun tawar...... hai beras kunyit ditabur...... disiram si air mawar.

acecehh terus keluar lagu orang kahwin

Meh tengok kad kahwin artis yang bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi






sedang menghitung hari nampaknya Yusry dan Lisa

Tak perlu berlebih-lebihan...tampak simple kad mereka kan... nice gak!

Tahniah..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat




26.1.12

Cheque Pertama Hasil Ganjaran Jawab Survey

Alhamdullilah hampir sebulan me redeem akhirnya penantian itu berbaloi dengan kehadiran sekeping cek....excited gak..hehhe...me tak pernah promote kat orang sebab nak test dulu Globaltestmarket betul ke tak...kang berdentam-dentum cerita habuk pun tarak..camner???


Sebenarnya ambil masa gak nak redeem points (minimum 1000 points) sebab setiap survey yang dijawab akan dapat points sekitar 5-40 points bergantung kepada kelayakan....jenuh gak jika dikira-kira tapi pikir positif sudah......sikit-sikit lama-lama ada banyaknya kan :p..... Dapat invitation jawab...dapat invitation jawab dan akhirnya mekar senyuman dibibir melihat hasil yang bakal dituai...hehehehe








1000 points yang diredeem bersamaan USD 50 dan selepas diconvert maka dapatlah hasil seperti di atas..
Ok esok boleh pergi bank :p





25.1.12

Wordless Wednesday - Habis Terkopek Kulit



Penangan kaki-kaki pemuda-pemudi terhebat zaman ini sampai lunyai bola tu jadinya.. tak patut!!




20.1.12

Ally Iskandar Kahwin


















Sweetnya couples nie sama cantik sama padan Ally Iskandar dan isterinya Nurfarahin Romli...... alhamdullilah selepas 2 kali lafaz nikah kedua-dua selamat diijabkabulkan di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu kira-kira pukul 10 pagi tadi. Semoga berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat...Amin...



Credit to : Cari forum






Kad Kahwin Made in Bandung



Hadirnya kad undangan ini menandakan hari bahagia mereka bakal menjelma tiba...Tak sampai seminggu si dara dan teruna akan melangkah ke alam rumahtangga. Harus nervous menghitung hari yang semakin lama semakin dekat.. Tahniah kepada bakal pengantin baru. Semoga urusan kalian dipermudahkan Allah.




19.1.12

BHPetrol eCard

Walaupun bukan regular pengisi minyak di BHP....tetap nak ada eCard dari mereka. Sekurang-kurangnya apabila datang menyinggah di BHP dapatlah mengumpul sedikit sebanyak mata points... dari isi minyak je tak collect apa-apa langsung. ..mana lagi untung....






Seperti mata card ganjaran di stesen minyak pesaing yang lain, eCard nie percuma sahaja tiada apa-apa caj yang dikenakan.... cuma kelemahan dari segi penyertaan yang agak memakan masa kerana eCard akan dipos dirumah selepas mengisi borang dimana-mana stesen BHP. Kalau tempat lain on the spot dah boleh dapat. Nak tunggu card ni pun dekat 2 minggu so rugilah kalau in between masa tu ada isi minyak...



Lepas dah banyak collect points boleh redeem barang ikut syarat yang ditetapkan macam campaign kat bawah nie...... tak nak redeem simpan, collect points banyak-banyak lagi.. habis cerita..:p







p/s: Kad mata ganjaran petrol ketiga selepas Kad Mesra Petronas, Kad Smart Esso.. :)






Beatles DiMelayukan

Open Google dan klik pada "Translate"








Set English > Malay

Taip "Beatles" dalam kotak tu....










Hasilnya ^_^















Jeng...Jeng...Jeng









Hebat terus bertukar jadi "Siti Nurhaliza"... hehehhe


Jangan marah-marah arr.. seronok-seronok buat hilang tension aje