Pages

30.12.11

Trip To Sabah - Day 4

Percutian kami di Sabah sudah berada di hari terakhir.....sekejap je masa berlalu..tup tup dah nak balik... Flight balik pukul 6.30 petang so sementara menanti sisa-sisa masa yang ada sempatlah meronda sekitar bandar kota kinabalu..


Kita minum pagi dulu.. ...set roti bakar dan milo suam menjadi idaman di pagi hari..



Sebab tak banyak masa yang diperuntukkan untuk soping barang so kena guna kesempatan ini sepenuhnya....Pening den nak cari souvenir apa yang berkenan kek mata dan hati nie.. penuh kedai dalam pasar filipina nie..

Boronglah juga ikan bilis, ikan masin dan sotong kering buat famili di kuala lumpur. Diaorang akan siap-siap pack kan barang yang dibeli dalam kotak. Senang nak bawak naik flight nanti.






Lepak di hotel sementara menantikan para lelaki balik solat jumaat.....Terus check-out dah time nie... kemudian pergi makan tengahari dan sambung balik shopping di Jamilah Jewellery.. Fuhhh rambang biji mata melihatkan accesori wanita yang cun melecun yang diperbuat daripada mutiara dan kristal......tak tahu nak beli apa tapi budget mau kira dulu karang terlebih budget...heheheehe..dapatlah beli keronsang buat mak dan adik-adik.

Habis shopping dalam pukul 4.30petang terus gerak ke Airport. Meriah sungguh keadaan dalam dengan ramai penumpang yang sedang menunggu ketibaan flight. Penerbangan sedikit lewat dari jadual dalam pukul 7malam kerana cuaca kurang baik hujan lebat.......asyik bergegar je pesawat semasa dalam perjalanan tadi . Alhamdullilah tiba di LCCT dalam 9.30 malam.


Malang sekali lagi buat officemate husband me yang sekali lagi bag pakaian beliau hilang. Again tunggu lagi penerbangan yang seterusnya tapi tak jumpa so kami terus ke kaunter pengaduan buat report. Kesian betul kat minah nie asyik dia je kena...huhuhu...



Rupanya ada orang telah terambil bag pakaian beliau.. uisssh nasib baik orang tu pulangkan kalau tak selamatlah barangan dalam tu..


Apa yang me boleh katanya, selama 4 hari 3 malam merupakan satu pengalaman yang sangat menarik yang me dapat rasai dan tempuhi di tempat orang. InsyaAllah ada peluang dan ruang me ke Sabah semula meninjau tempat-tempat lain pula.




29.12.11

Trip to Sabah - Day 3

Walaupun dalam mood holiday tak de can tau nak bermalasan di katil lama-lama kerana pergerakan bermula seawal 8 pagi...huhuhu. Sejuknye dekat Kundasang nie sampaikan bilik hotel pun tak letak aircond tau. Sadis betul time nak mandi dengan keadaan kesejukan begini, dahlah heater bilik mandi tak function..hahhhh mengigil terketar-ketar dibuatnya...

Breakfast time. Share mee goreng ngan husband nampak banyak tu! Karang tak habis membazir pulak.






Berhenti sekejap untuk photo session. Nak jugak bergambar berpanoramakan Gunung Kinabalu yang gah itu. Macam berada di overseas katanya..hehhee



Terus ke Poring Hot Spring.. Tak sabar nie nak membasahkan badan....Pehhh layan habis mandi air panas semulajadi...Rasa fresh gitu!









Lepas makan tengahari, kami ke Tagal Sungai Maroli. Really love this place. Best gilerrr apabila merelakan kaki dikerumuni dan digigit si kelah yang jinak. Sebungkus kecil makanan ikan boleh dibeli dengan harga 20sen.

Bayangkan ikan-ikan datang menyerbu tangan yang mengenggam makanan ohhhh mengujakan. Perlukan sedikit keberanian kerana ikan akan menyedut tangan untuk mengambil makanan silap-silap dapat love bite dari si ikan..hehehe









Cows in the Desa Cattle. Pengalaman depan mata melihat teknologi perahan susu lembu yang sangat sistematik. Dapat rasa fresh milk terbaik dari ladang yang sangat sedapp dan fresh..lain rasanya lagi sedap dari susu yang biasa diminum...

Sejuk tau suhu di sini.. Lembu-lembu nampak bermutu dan sihat. Jarang dapat tengok jenis bertompok putih hitam seperti yang di ternak di kawasan ini.











Ke Kinabalu Park pula.. berjalan sakan ooo letih letih!!! Sampai kat sini hujan turun dengan lebatnya..Frust betul nak trekking di kaki gunung kinabalu sebab trek basah dan agak bahaya untuk keselamatan..huhuhu. Tengok gunung kinabalu dari jauh jelah jawabnya..



Gerak balik semula ke kota kinabalu..... sebelum check-in di Hotel Promenade KK dinner dahulu sebab masing-masing sudah kelaparan...






28.12.11

Trip to Sabah - Day 2

Hari kedua ahli rombongan akan menjelajah daerah lain di Sabah, schedule agak pack. Pukul 8 pagi kami sudah berkumpul menanti kehadiran driver van untuk bergerak ke destinasi seterusnya. Satu malam je tidur di KK so kena angkut dengan bag-bag sekali sebab malam ni akan tidur di Kundasang.





Restoran Keningau menjadi lokasi breakfast.... roti canai yang dimasak garing mengoda selera pagi.... tak letak kuah pun masih sedap....yummy!



Lepas breakfast terus ke Pusat Latihan Akuakultur Sabah, Trayong, Tuaran. Pegawai Jabatan Perikanan Sabah menyambut kehadiran kami dengan hati dan tangan terbuka. Ada sedikit briefing mengenai perikanan di Sabah dan seterusnya kami berkesempatan melawat kawasan ikan sangkar diiringi pegawai bertugas... Wooo goyah lutut dibuatnya tatkala meniti laluan sangkar tersebut benda terapung rasa tak stabil nak berjalan..huhuhu.











Tak abis sampai disini, kami berpeluang melihat kawasan pembiakan tiram. Luas saujana mata memandang dengan angin sempoi-sempoi bahasa memang mendamaikan walaupun cuaca sedikit panas. Sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang ternakan ini memang sangat-sangat digalakkan tak kisah walaupun duduk dimana janji orang malaysia.









Sedapnya puding kelapa yang sempat dinikmati semasa berhenti rehat. Air kelapa bakar kat semenanjung tak pernah jumpa lagi derrr kat sini kenalah rasa cuma tekak tak berapa nak terima.. tak sedap..panas tau kelapa nie..kena slow-slow minum kalau tak melecur mulut..






Laporrr....makan tengahari nasi goreng lala ayam



Perjalanan diteruskan. Melalui Jambatan Gantung Tamparuli agak menguji diri namun seronok untuk dilalui. Penduduk tempatan tidak lokek menghulurkan senyuman kepada kami tatkala berselisih dengan mereka di tengah jalan.






Suasana kabus dan hujan renyai-renyai menyambut kehadiran kami di Kundasang. Sejuk yang terasa memang tak terkata walaupun berjaket... Check-in di Strawberry Garden Hotel.





Dinner untuk malam ini. Lepas makan balik bilik dan terus zzzzzz kumpul tenaga untuk esok.







27.12.11

Trip to Sabah - Day 1

Terujanya rasa sebab berpeluang menjejakkan kaki ke Sabah buat pertama kalinya dalam hidup..... seawal 7.15pagi dah terpacak di LCCT sebab flight pagi ke sana dalam pukul 9.30pagi. Me berkesempatan follow rombongan sambil belajar office husband yang akan melawat beberapa tempat menarik yang berkaitan aquaculture.

Melepak menanti kehadiran members yang lain sebab kami yang terawal sampai. Excited gitu lagipun husband me pantang betul kalau buat benda dalam keadaan kelam-kabut biar sampai awal dapat rileks-rileks gitu :)





Tiba di Airport Kota Kinabalu berlaku satu insiden apabila beg pakaian me dan officemate husband hilang semasa di pusat pengambilan bagasi..... Alamak masalah besar kalau hilang dahlah dalam tu baju seluar cheq....cuak gilerr masa tu.

Mujur bantuan staff Air Asia yang syorkan supaya kitaorang tunggu ketibaan flight seterusnya kot-kot bagasi kami termasuk di situ....kalau takde baru buat report... nasib baiklah next flight sampai 5 minit kemudian ,tunggu punya tunggu ada kedua-dua beg...... lega kau!!

Keluar sahaja dari Airport Kota Kinabalu terus check-in di Hotel Promenade Kota Kinabalu. Dapatlah berehat seketika sebelum bergegas ke Universiti Malaysia Sabah kerana ada appointment dengan wakil mereka di sana.




Kedatangan kitaorang disambut oleh Tutor UMS.. lupa lak nama dia.. mamat nie replace Dr Rozita yang sepatutnya menemui kami tapi atas sebab-sebab tak dapat dielakkan tak de rezeki nak berjumpa dengan Dr Rozita.... Apa yang ada disekitar Hatcheri UMS ni diterangkan dengan sebaiknya oleh Tutor tersebut.












Perut sudah berkeroncong so masing-masing dah tak sabar nak makan tengahari... lewat dah pun dekat pukul 4 petang....huhuhuh...kami dibawa oleh pemandu pelancong Encik Jai ke Restoran Getaran Jiwa & Katering.





Order Nasi Ayam Sabah ermm lagi sedap di Semenanjung punya :p



Aktiviti malam bermula di sekitar Pasar Malam Kampung Air.. tak de yang menarik sangat nak dibeli cuma cuci mata tengok barangan yang dijual disitu. Uniknya disini banyak kedai dilihat menjual barangan yang sama seperti perhiasan wanita, baju, cermin mata dan beg tapi tiada gerai makanan atau minuman disini..




Jalan-jalan cari makan di Kedai Kopi Pak Din. Perut lapar tapi mata rasa nak terkatup je....ngantuk yang amat. Dalam kepala otak memang pikir nak rehat barangkali keletihan petang tadi yang masih bersisa.





My HeartBeat