Pages

31.3.12

Earth Hour 2012

Earth Hour 2012
Date : 31 Mac
Time : 8.30 pm- 9.30 pm


Kembali lagi untuk tahun 2012..... Dah ready ke untuk sahut seruan kempen berada dalam kegelapan malam dan hanya ditemani sinaran lilin ataupun cahaya bulan selama satu jam...
Earth Hour nie nak beri kesedaran kepada manusia sejagat pentingnya menjaga alam sekitar dan concern mengenai isu pemanasan global dunia yang semakin membimbangkan hari demi hari..huhuhu. Jangan lupa support kempen Earth Hour malam nie ye dan selamat bergelap :)




30.3.12

25,000 Tiket Wayang Percuma??

Wallla....eh biar betul article ni tulis sambil gosok mata berkali-kali sebab tetiba rasa dalam mimpi pulak. Macam percaya tak percaya je nie ....hahhhaaa...Terus cari info sebab macam comel je tetiba boleh redeem tiket wayang banyak-banyak sekali check betullah tu bukan tipu-tipu punya, habis dah GSC murah hati nak bagi tiket wayang free sebat la selagi boleh kan.
Wahai kaki-kaki wayang semua korang pun dah lama mengkayakan GSC kan....hehehe sekarang nie lah masanya korang dihargai sebab beri support yang baik pada local dan international films.... habis korang gak yang rajin penuhkan seat-seat dalam tu...memang terbaik..hehehe




Hokey hokey yang penting sekarang alert dan ingat dalam kepala tu baik-baik sebab offer ini hanya akan direveal sepenuhnya pada 1 April 2012 tepat pukul 0.01 tengah malam, so ikuti segala perkembangan di PageFage FB GSC, check Official Home Page GSC atau pun semak di akhbar tempatan ya!!





29.3.12

Daftar Pemilih Last 31 Mac

Sohih la nie pilihanraya semakin dekat bila date pendaftaran pemilih akan ditutup 31 Mac.....berkemungkinan besar bulan May atau Jun weeeee tak sabar nak pergi mengundi. Masuk aje umur 21 tahun dah layak mengundi tau so sesaper yang belum register cepat ambil peluang yang ada. alahhh sempat la dalam dua tiga lagi nie.. Karang terlepas tunggu lah lagi tahun tahun tahun tahunnn akan datang...hehehee.

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.

“Kalau (pemohon) tidak terbabit dengan bantahan, mereka layak mengundi,” katanya.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas sama ada rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi pada suku tahun pertama tahun ini layak untuk mengundi pada PRU-13 sekiranya pilihan raya UMUM diadakan selepas Jun ini.

Pada masa sama, Abdul Aziz berkata, proses pendaftaran pemilih masih diteruskan melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) di mana proses pendaftaran dijalankan setiap hari, manakala proses semakan dan mewartakan daftar pemilih dijalankan setiap tiga bulan sekali.

Beliau berkata, tempoh untuk mendaftar sebagai pemilih sehingga proses mewartakan daftar pemilih mengambil masa kira-kira empat bulan setengah.

“Secara puratanya, SPR mengendalikan antara 200,000 hingga 250,000 permohonan pendaftaran baru dan pertukaran alamat pusat mengundi bagi setiap DPT ST,” katanya.
Sehingga DPT ST 4/2011 yang berakhir pada 31 Disember tahun lalu, Abdul Aziz berkata jumlah pemilih yang berdaftar di seluruh negara ialah 12,595,268 orang, manakala 3,088,540 orang atau 19.7 peratus masih belum mendaftar sebagai pengundi. – BERNAMA



Kalau nak tahu banyak je tempat registration untuk semakan dan pendaftaran pemilih, segalanya boleh lihat di SPR...




28.3.12

Barangan Garnier Untuk Direbut #2

Lagi dua barangan Garnier untuk dimiliki oleh peserta bertuah. Ada masa sehingga jumaat nie 30hb Mac untuk sertai segmen Barangan Garnier Untuk Direbut #2. Cubalah mana tau ada rezeki dapat salah satu barangan garnier percuma...:)



27.3.12

Abby Abadi Sudah Bertudung

Me bukanlah Fan abby abadi yang sejati cewahh ayat tak boleh blah hehehe tapi bila ada drama drama lakonan dia kat TV me layan la jugak sebab abby ada bakat tidaklah macam pokok kayu yang sedang berlakon :p. Kalau bawak watak mak tiri yang jahat atau ala-ala sengal kepochi best jer tengok kira menjadi lah...heheheehe.
Tengah melayan status terbaru di mukabuku tetiba nampak my friend comment kat muka buku abby abadi, sekali nampak ehhhh cantiknya imej baru abby, sejuk hati tengok. Status terkini yang menangkap penglihatan mata me.. "Assalamualaikum, Yer sy sudah bertudung"....



Wajah terbaru abby bertudung menambahkan lagi keserian mukanya. Gerenti ramai peminat dia lepas nie :p Alhamdullilah seorang lagi artis menemui hidayahnya. Mari kita sama-sama doakan abby kuat semangat menghadapi liku-liku kehidupannya. Amin...




Choco Moist Cake ♥

Wallaaa...... choco sentiasa menjadi flavour kegilaan yang paling mabeles dihati :p..i ♥ choco. Bila ada choco moist cake datang menyinggah atas meja uisshhh lagila suka kan. Dahlah dasar kelembapan cake nampak yummmy sangat...mengoda sungguh. . Baru tengok belum makan lagi tu sabar jelah... Nak masuk peti ais bagi sejuk dulu baru makan barulah cara...hehheeh. oppssss lupa nak cakap cake nie diedarkan oleh one of officemate me yang baru habis buat master... wah terbaik la rajin belajar kan dia.




26.3.12

Koleksi Mencuit Hati



































Kelakar dan melucukan photo-photo diatas..... Layan sekejap tatkala mata dah terkebil-kebil menahan ngantuk. Almaklumlah lepas makan mulalah berat aje mata nie..adehhh :p



23.3.12

Barangan Garnier Untuk Direbut #1 by Pupel Liyana


Khas untuk pengguna jenama "Garnier" ada dua barangan yang mahu di let go oleh pupel liyana cepat-cepat rebut peluang untuk memenangi 1. Garnier Light Gentle Clarifying Facial Foam 15ml dan 2. Garnier Light Pure Lemon Essence + Snowpine White Sauce 10 ML.

Barangan Garnier Untuk Direbut #1 by Pupel Liyana




SimSimi Rakan Virtual

Hahaha... aduh membahak-bahak ketawa bila chat guna benda alah nie... aihh pandai pula menjawab bile ditanya soalan. Dah serupa chat dengan rakan-rakan sejawat pulak padahal borak sorang diri macam orang giler.. hahahahaha!!!

Nak guna lappy boleh.....pakai hp pun jalan. Download aje aplikasi lepas tu belasah sampai lebam. Tengok kat website SimSimi.



Ada banyak bahasa boleh pakai kot-kot terror France boleh gak layan. Bahasa melayu pun dia pandai chat tau huhuu memang best jejari nie menaip mentang-mentang ada yang melayan. Laju woo die respon:p . Contoh perbualan kat bawah..muahaha.

Tapi berpada-padalah kan.. setakat nak hilang bosan-bosan, stress oklah jangan lelebih ...Boleh gila ketagih kalau tak control.




21.3.12

Results SPM Diumumkan Hari Ini

















Gerenti punya! macam nielah keadaan students time ambil results karang...bermacam-macam emosi yang bercampur-baur boleh dilihat...nervous tu usah cerita la rasa nak pergi toilet berapa puluh kali daaa.... Pada yang dapat best results "tahniah"...... yang kurang excel "jangan putus asa" terus usaha dan usaha lagi.







20.3.12

Awas! Anda mungkin diperhatikan

Zaman sekarang macam-macam kes jenayah dilaporkan berlaku sampai rasa tak selamat dekat negara sendiri. Dari kes penculikan sampailah kecurian pastinya memenuhi ruangan akhbar saban hari.
Seperti gambaran dibawah menceritakan modus operandi yang dilakukan penjenayah untuk aim mangsa-mangsa mereka.....sibuk-sibuk berurusan di kaunter mahupun machine atm sedar tak sedar ada mata yang memerhatikan tingkah-laku kita....


Credit FB

p/s: macam-macaan taktik orang guna nak buat jahat. Kena selalu ingatkan diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan untuk lebih berhati-hati walau dimana pun mereka berada.




19.3.12

WootMedia Blogging Shirts Giveaway

"Blogging is my hobby and my career" - pehhh memang mantaplah motto yang terpampang dekat t-shirt tu buat cair hati ajer ....... i like sesangat !!




Kalau nak sehelai, kena buat review mengenai website WootMedia di Alexa nak kritik, nak komen, nak puji, tak kisahlah apa-apa nak tulis janji review jangan merepek meraban lak. hehehee. Seandainya terpilih menjadi 20 blogger yang bertuah maka t-shirt tersebut akan menjadi hak mutlak korang...suka tak??.Siap boleh pilih size lagi you. Apalagi review jangan tak review.





My HeartBeat