Pages

30.11.11

Jawab Survey Dapat Voucher


Sampai je surat bercetak Cardas Research & Consulting Sdn Bhd dah boleh agak apa yang terkandung di dalamnya sebab dah kali ke 4 me menerima surat sebegini. Buka je dah boleh nampak Cash Voucher bernilai RM10 yang boleh digunakan di KFC, Ayamas waima Pizza Hut sekalipun. Mungkin bagi setengah orang apalah sangat nilainya tapi bagi me memang berbaloi-baloi sebab PERCUMA tanpa keluarkan apa-apa cost dan paling best VALID sampai Nov 2012.


Nak dapat invitation survey kena join member dulu barulah sebarang survey terbaru akan diinvite melalui email. Kebiasaannya survey yang diterima mudah dan tak ambil masa yang lama untuk dijawab. Jom skodeng ShoutBox dan jadi sebahagian dari panel member mereka dan seterusnya nikmati hasilnya :)




29.11.11

Pulangkan Balik



Cissss dush..dush! Bashdigol sood punya penyangak. Memang jahat punya perangai. Berani menceroboh masuk ke dalam office dan curi computer kitaorang. Bayangkan punya la berani panjat belakang office sampai ke level 3 yang tahap ketinggian agak mengerikan gayatnya.......boleh lagi umpil tingkap then buat kerja terkutuk itu....2 monitor dan 2 CPU berjaya dikebas oleh sipenyangak tersebut. :|

Tak baik wehhhh buat cam gini sampai menyusahkan kitaorang nak buat kerja. Paling kesian kat officemate me yang terpaksa jadi "hantu tak bertuan" sementara menantikan laptop gantian. Kenalah menumpang kasih pada PC scanner yang kosong. Alohhh apa nak buat nasib badan. huhuhu. Nasib baik me dah lama pakai laptop , CPU bawah meja yang hilang walaupun cuma ada khazanah lama sedih gak rasa sebab CPU tu dah jadi bestfriend me hampir 3 tahun start dari mula masuk kerja sampai lah hilang.

Harapan nak dapat balik benda yang dicuri tu memanglah amat tipis cuma me berharap depa insaf la sebelum diinsafkan oleh penjara besi yang kebal. Kalau tak de kerja cari la, kerja bersepah weeiii kerja kat Kuala Lumpur ni.




24.11.11

Aku Maafkan Kamu

Baru terdengar lagu Aku Maafkan Kamu di HotFM pagi tadi terus LIKE sebab this song sangat nice pada halwa telinga me. Giler puitis liriknya sampai otak harus dikerahkan untuk mencari maksud tersirat disebalik lagu. Tapi tak faham-faham gak..huhuhuhu.

Tak jumpa official video lagu ini so layan jelah apa yang me jumpa di lubuk youtube :p



credit

Aku Maafkan Kamu – Malique & Jamal Abdillah

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak


Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil

Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni



Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan


Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


Timbul tenggelam timbul tenggelam
Acapkali terpendam acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam


Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu


Maafkan mereka mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa


Maafkan mereka mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati


Atas kepala murai sekawan
Baling kurambit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya


Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda


Pura-pura dengar telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi mari tafsir alif ba ta


Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak


Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak






21.11.11

Semangat Harimau Malaya

Hai morning semua. Permulaan yang baik di pagi isnin dengan perjalanan yang lancar mungkin sebab cuti sekolah dah bermula..Kalau macam gini selalu memang seronok je nak pergi kerja hari-hari. Tak delah sangkut dek jem memanjang.


Pastinya seluruh rakyat Malaysia sedang berdebar menantikan detik jam 8.30 malam waktu perhitungan terakhir antara Harimau Malaya VS Garuda bagi menentukan siapakah yang bergelar JUARA Pingat EMAS Bola Sepak Sukan SEA ke 26.


Harapan tinggi sedang digalas dibahu Team Malaysia dan semestinya kami seluruh rakyat Malaysia akan memberi sokongan yang terbaik walaupun hanya dari jauh. Wow, semangat semakin meletup-letup tatkala menonton Trailer Final Sea Games Malaysia Vs Indonesia. Saksikan.... Malaysia BOLEH.


Credit: Miloais84 (Youtube)




19.11.11

Besarnya Awak!!

Ahakzzz... plan hujung minggu menjejakkan kaki ke bandaraya Kuala Lumpur yang dah berkurun lama tak dijelajahi semenjak bermastautin di Selangor. Uishh terubat rindu nak tengok bangunan-bangunan pencakar langit yang bermaharajalela dikiri dan kanan jalan sampai baru perasan dek kewujudan kedai-kedai baru dan bangunan yang dah bertukar color catnye.

Destinasi sebenarnya adalah ke Berjaya Times Square. Malu nak habaq yang me baru first time ke sana.. Wakakak kuno kan padahal dah berapa lama BTS tu wujud. setakat dengar nama jerlah. Kalau tak ada tujuan penting jangan haraplah nak sampai ke sini.. Alahai terima kasih The Square Bazar pilih me as Lucky Winner Smurf Season. Motif nak ambil hadiah punya pasal dengan jayanya sampai gak ke Berjaya Time Square :)




Sedang berada di Level 10 tempat collection hadiah






Amboi sakan hang dok lepak, mana bos mau report.





Bersama wakil penganjur. Alamak terlupa nak tanya nama awek ni tapi
friendly orangnya





Phewittt.. sape lagi comel. wakakaka.




Amboi terus ajak awek nonton football match Malaysia VS Myanmar. Tengok tak sia-sia ada cheerleader biru terus menang 1-0.. :p


Nak tahu berapa tinggi Smurfette ni?? 48" tau....memang besar gedabak. Setakat ini hadiah yang paling terbesar yang pernah me menang.. Tak taulah selepas-lepas ini. Harap-harap adalah rezeki yang lagi, lagi dan LAGI BESAR hendaknya.. Amin.




17.11.11

Persis Baby Doll






























Geram sungguh tengok kecomelan anak mat salleh yang dah macam patung baby doll la pulak. Agak-agaknya kalau letak sebelah anak patung pun, orang tak cam ini budak ke patung... Baru dua tahun tapi pandai berposing sakan depan camera almaklumlah Ira Brown merupakan model kanak-kanak untuk beberapa jenama baju kanak-kanak. Memang hot market la dia sekarang nie.


Untung emak dengan bapaknya, yelah anak perempuan diaorang kecil-kecil dah pandai cari duit sendiri :p. Glamour lagi tu.. Harap-harap budak kecik ini tak menjadi mangsa ekploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Tengoklah kecil-kecil dah bercolour-colour muka yang comel tu. Alahai sayang kulit muka muda-muda dah terdedah pada bahan kimia.





Masalah Dunia


Manusia mana yang tak pernah dilanda masalah... semua mahkluk kat dunia pasti ada 1001 masalah yang terpaksa di hadapi cuma kecil atau besar aje masalah tu. Yang penting hadapilah setiap dugaan yang mendatang dengan penuh kesabaran dan sentiasa berdoa kepada yang maha kuasa agar dipermudahkah segala urusan penyelesaian.




16.11.11

Wordless Wednesday - Photographer Package



readysetgo! studio

Berminat?? Jangan ragu-ragu untuk hubungi nombor yang tertera ♥





Wordless Wednesday - Menakjubkan



Keajaiban dan keindahan alam ciptaan Allah

Air Terjun Iguazu, Amerika Selatan




15.11.11

In Open Relationship



Hahahaaa......apa yang dikau merepek kan ini duhai anak murid oii..... memang sempoi apa yang dikau tulis.. Kalau ada sepuluh lagi rope nie memang meraung ala-ala harimau jadian cikgu nanti..ngeeee. Awak loyar buruk cikgu pun tau nak balas lagu mana.. aduh jawapan terlebih pandai kan budak-budak zaman sekarang nie. Orang suruh belajar tak bagi perhatian kat cikgu sekarang akibatnya habis porak-peranda jawapan yang diberi..huhuhu.

Nasib baik me bukan cikgu kalau tak, harus keras urat perut nak tahan gelak. Pandai pula mintak maaf kan alahai sopan-santun gitu.



14.11.11

Sangat Ong Ini Hari

Nak senyum lebar sampai ke telinga sebab terpilih menjadi pemenang pertama untuk contest RM88 abangensem.com......Banyak syok punyalah sebab dapat cash money dan peluang menghadiri seminar hartanah percuma bersama abangensem. Pehhhh memang terbaik dapat mendengar tips-tips dari orang kaya rumah ni secara on-talk.






13.11.11

SPM Candidates 2011

Since dalam family takde yang ambil SPM memang tak aware hal ehwal berkenaan dengan SPM tapi bila baca status kat Facebook baru me ketahui esok exam tersebut akan bermula. Pejam celik pejam celik dah sampai waktunya.

Debaran yang dirasai menanti hari esok turut dikongsi ibu bapa di rumah silap-silap tak boleh tidur malam risaukan anak-anak yang bakal berdepan exam penentu hala tuju anak-anak mereka. Pasti ada yang dah tak sabar nak duduk di meja exam kan almaklumlah dah study mengadap buku-buku berbulan-bulan lamanya, dah ready dengan apa yang bakal disoal nanti..

Me harap semua persiapan dah dibuat dengan sebaik mungkin, make sure dah kemas sebelum tidur supaya esok tak kelam kabut dan jangan lupa berdoa semoga urusan esok hari dan hari-hari berikutnya dipermudahkan..InsyaAllah.




Semoga berjaya semua!!





11.11.11

Sukan Sea 2011




Hoooray cabaran untuk atlit-atlit Malaysia yang sedang berkampung di Palembang, Indonesia sudah bermula. Tahun ini menyaksikan Indonesia dipilih menjadi tuan rumah Sukan Sea kali ke 26 dan Malaysia sendiri telah meletakkan sasaran untuk meraih sebanyak 40 hingga 45 pingat emas. Mampukah target berkenaan direalisasikan.? Sama-sama kita saksikan dengan semangat Malaysia Boleh!!




Biawak Komodo Maskot Sukan Sea 2011
("Modo" & "Modi")





My HeartBeat