Pages

30.7.10

Best Bila Bos Takde

Bos dah 2 hari pergi training, bukan bos aku jer semua bos-bos berpangkat manager keatas, .. tapi boleh jadi bosan bila office macam kena landa garuda, sunyi sepi jer.. yang ada bunyi papan kekunci dan bunyi aircond yang menyamankan, terus rasa mengantuk macam disuruh tido jer.... Ramai tiada di office waktu nie. Ada beberapa kerat sahaja. Kerat yang lain tak pasti dimana gerangan mereka berada. Di client site kah, meeting kah, atau cuti kah?? Aku pula sedang mencari encik mood kerana dihari jumaat, graf encik mood sedang menjunam jatuh ke paras sejuk beku. tengok jam aduh lambatnya nak balik lagi . Dah Dah mengomel kat sini jom sambung keje semula..:D



28.7.10

♥Apabila Merah dan Pink disatukan♥











sangat manis sekali apabila digandingkan ♥ serasi dan nampak seimbang bila kehangatan Merah dan kelembutan Pink dipadankan dalam menaikkan seri warna. Kamu berdua adalah pilihan utama saya kala ini :D, saat ini..

26.7.10

Jacob Walk of Life 2010

Kembali lagi buat kali yang 4 yang bertempat di FRIM Kepong. Gigih nak kena bangun awal di hujung minggu, korang mesti tengah buat tahi mata lagi kami dah melangut dengan sini pagi-pagi buta :p Minat punya pasal traffic jem di pagi hari sanggup ku redah. Jem sejauh 1 kilometer sepanjang jalan nak masuk ke sini..mana tak jalan nak masuk sini 1 lorong jer, kereta pun banyak hah ko nasib baik ada parking lagi dan tak perlu menapak jauh.


Perkara pertama kena buat adalah dapatkan t-shirt events yang semestinya berwarna kuning. dah kali ke 3 aku join yang berubah design jelah. colour tetap maintain almaklumlah warna corporate jacob kan! This year aku puji sistem serahan baju, bagi IC dan sebutkan code pengesahan yang dapat masa register di web site dia, staff Jacob akan check then bagi t-shirt. tahun-tahun sebelum nie nak kena sebut nama so lambat la nak cari kan. pakcik Rela pun jaga, sape tak beratur kena sound. wee padan muka.. bagus pakcik rela, anda jalankan tugas dengan baik.




Sebab perut kosong di pagi hari kena alas perut sebelum nak jalan, maka kaki melangkah ke booth itu :D untuk dapatkan breakfast percuma! Apalagi Biskut jacob dan susu Anlene. Tak puas 2 cawan sebab kecik. Tak pe lepas jalan kita terjah booth itu lagi.. Sedap minum susu sejuk.. selalu minum masa tengah suam lain pulak rasanya. kita minum dulu!!



Ok, jom kita berjalan mengelilingi FRIM. Dari yang kecik hingga besar, dari muda sampai ke tua, berhimpun berjalan bersama-sama. Fuhh meriah sangat. tengoklah betapa ramai manusia.. tiada pemenang pertama, kedua or ketiga.


Amoi nie menang 1st prize dressing pakaian satu 1Msia. ikut kreatif la nak buat macamana janji ada elemen satu msia. ada budak-budak panggil amoi nie " queen of malaysia". bawak pulang baucer and hamper u!!



Dah habis jalan, boleh redeem goodies bag dengan syarat pulangkan semula pelekat tag tu. tengok sepupu aku dok skodeng apa dalam beg kuning tu. ada biskut, air, buah kiwi, baucer diskaun dan sijil penyertaan. Oklah untuk seronok-seronok have fun on weekend. Tahun depan kita join lagi ye.


21.7.10

Jom minum susu


bersama Anlene.....susu kalsium tinggi rendah lemak yang akan diminum secara "berkala" diwaktu pagi. Alasan "berkala" sebab jika terasa macam lupa atau malas nak minum maka hari itu akan minum minuman lain.... Pilihan adalah yang berperisa coklat kerana tekak kata tak sedap kalau minum perisa biasa....susu ini ada banyak nutrien yang elok untuk tulang macam vitamin D, magnesium, protein dan zink. Jangan lupa kepada cik kalsium yang penting untuk melindungi dan membina kekuatan tulang dari dalam. Penjagaan tulang ini patut bermula dari dalam, kat luaran nampak macam kuat tapi dalaman tidak sebenarnya. Kesian kepada tulang jika ia rapuh sebelum waktunya, maka kita semua kena minum susu supaya bukan sahaja badan dapat khasiat yang baik, tulang pun jadi kuat dan sihat. Peace!!



19.7.10

Tahniah Nona

Diatas kelahiran anak sulung pertamanya!! Baby lelaki seberat 3.7kg selamat dilahirkan pada hari sabtu yang lepas bersamaan 16 Julai di Hospital Putrajaya..Semoga kehidupan Nona atau nama penuhnya Nor Najibah , suami isteri lebih berseri dengan kelahiran si comel :) selamat menjalani tempoh berpantang, jangan lupa tangkap gambar baby banyak-banyak, bawak datang office nanti ye kami nak tengok.


16.7.10

Masa Depan Paul Sotong dan Si Nuri


Beginilah nasib mereka berdua selepas pencen jadi peramal World Cup.

Kesian!! Huhuhu..


13.7.10

Tak Suka Tak Suka

Ye memang tak suka. aku jadi geram tau! apa kes?? tadi tergerak hati nak turun bawah tengok samaada kiriman untuk aku dah sampai ke belum... wah, suka sangat bila barang yang dinantikan dah tiba tapi sangat bengang bila melihatkan warghh.. dua bungkusan hadiah kemenangan blog giveaway (GA) aku telah menjadi mangsa kerakusan tangan manusia yang gatal!!

ooo nak skodeng la tu, tu sampai kena koyak surat tu dibuatnya... satu lagi masih dalam keadaan sihat walafiat bungkusannya, baru tiba hari ini jika dilihat pada tarikh di bungkusan. yang lagi dua tu mungkin sampai semalam.. nak kena babap tangan tu tak reti nak behave ye..geram tau, sapa buat sila mengaku...tapi ada ke orang nak mengaku?? Sabar jerla :)


tepi sampul surat belah kiri dah kena buka.


nampak tak koyak kat tepi tu. benda dalam sampul surat ini ringan je , takkan senang-senang nak terkoyak kalu takder tangan yang gatal bukak..

sangat tak best tau bila macam nie, harap tak berlaku lagi lepas ini. sepatutnya sama sama hormat harta benda orang lain. harta ku bukan harta mu... sekian melaporkan!





8.7.10

Teknik menjinjangkan leher

Nah, untuk korang yang lehernya sudah menjadi tegang angkara mengadap pc berjam lamanya. Pasti terasa sengal sekali bukan. Kerja di zaman moden begitu la pc sudah menjadi keperluan. cuba dan rasailah kesannya dengan segera. oopss ..tak perlu betulkan pc korang, ia memang dalam posisi yang betul :p




7.7.10

Jom Layan Survey!!

Hai semua, nak memperkenalkan kepada korang "Survey" yang boleh korang join secara "PERCUMA" dan korang akan dapat mata reward setiap kali menjawab survey yang diberikan.Survey ini khusus untuk orang malaysia je so soalan survey tu memang dalam enviroment malaysia jugalah .

Langkah pertama

Register diri sebagai panel di Mysurvey.com

Klik "join now! it is FREE!"




Then kena jawab sedikit survey untuk registration.
lepas itu ikut arahan yang diberikan.


lepas dah siap verify semua, korang akan dapat dinotify melalui email sekiranya ada survey yang bersesuaian, jadi dari situ kenalah rajin jawab sebab banyak survey masuk, banyakla mata points korang nanti. survey pun kadang-kadang ada mengenai produk, brand dll. tengoklah apa yang masuk.

satu tips nak share, soalan dibawah ini memang standard akan ditanya so make sure jawapan korang " none of the these" jika korang tick jawapan lain dissqualify ye!! soalan ini cuma tak nak ada "conflic of interest" jer.. so pandai-pandailah ye!


Banyak voucher yang boleh direedem once points dah cecah pada yang kadar tertentu. Ada baucer KFC, Parkson, McDonalds, Isetan, Petronas dan MPH yang boleh dipilih, janji points kena cukup ye. Tengok, setakat ini aku dah collect "615" dah boleh redeem tu.. tapi nak kumpul sampai ribu-ribu dulu!! Baru syok tebus banyak-banyak..

Survey ini tak derla reward dari segi cash, kalu orang nak cari wang lebih tak dapat la aku nak tolong, cuma dapat voucher tapi ok ape boleh guna untuk makan, beli buku, shopping pun boleh la.. jadi tepuk dada tanya selera.



6.7.10

Kisah baju 2

Sambungan alkisah kepada baju untuk "hari besar".. aku dah decide nak buat fesyen kurung moden supaya baju tersebut boleh dipakai lagi untuk event yang lain. Sayang oo kalu pakai sekali jer lepas tu terperuk dalam almari sampai kusam..oh ku tak rela, beli kain mahal-mahal pakai sekali jer!!

Planning asal nak survey tailor dekat KL tapi memandangkan kemalasan nak mengharung jem dan parking yang payah di situ better survey dekat dengan rumah jer dulu! Senang nak hantar dan ambik :)

Pusing punya pusing terjumpa satu kedai .. u ols nak tau namanya "Tailor Perfect". kalu nama cam gitu gah, mesti jahitan pun bagus.. aku membuat andaian!! lokasinya ditingkat 1 naik tangga dah jumpa kedai tu. nampak si tukang jahit agak sibuk dengan kerja-kerja jahitannya. si tukang jahit ingat aku nak jahit baju untuk raya, full dah tempahan katanya. Bukan, kami mahu jahit baju untuk "hari besar" kami. Bila ku tanya upah tempahan, wow terus macam nak bagi kain time tu jugak.. memang under budget..suka-suka!

Tetapi si tukang jahit tak syor hantar sekarang sebab takut ada pembesaran dan pengecilan saiz badan nanti kalu kena alter baju takut tak bp cantik lak. Kang aku kena menapak ke situ banyak kali..ish leceh-leceh, jadi sebaiknya tunggula lepas raya baru hantar balik, kasik peram itu kain dulu..sambil-sambil boleh survey lain kedai lagi.



My HeartBeat