Pages

30.5.13

7 Petanda Simanja Cerdas





29.5.13

Tebu Hitam Penawar Batuk

Tengok dekat dapur ada berlonggok tebu hitam dalam plastik, aiik sape yang bagi nie. Rupanya adik me import dari Johor, mak mertuanya kirim buat my mum yang dah seminggu dilanda batuk. Ubat moden dah makan, cara tradisional kita pun cuba manalah tahu sesuai dek badan.




Rebus tebu tersebut untuk dapatkan kemanisan jus nya.. tak perlu lama sangat. Dah lembut skit, sejukkan, tapis dan minum airnya...senang jerkan. Tapi kenalah rajin amalkan insyaAllah cepat sembuh batuk.


alhamdullilah, batuk my mum makin kurang hasil kombinasi moden dan tradisional.. Kesian sebenarnya tengok my mum batuk lelama dengan perit tekak dan sakit dada menahan batuk uisshh lega sangat bila dia dah sihat. Bolehlah cucu main-main dengan opah :)




23.5.13

Anak Demam


Adriana demam buat pertama kalinya
risau tu jangan cerita la, balik-balik kerja tengok anak dah bertempek bagai
dengan muka monyok dia siap air mata bertakung aduhai sayu lak rasa
Mujur opahnya dah basahkan tuala.. mandi bagai untuk turunkan suhu badan dia.

 

Tapi pergi gak klinik check apa yang patut.. 
Suhu badan die masa check 37 darjah celcius..
Ubat demam pun Dr bagi..
Legalah tengok adriana minum susu banyak dari kebiasaan, kang dia kencing cepat panas dalam badan tu dibuang.
Nak cari termometer dekat farmasi,senang nak monitor suhu faham-faham jerlah dengan cuaca yang tak menentu skang nie.. cian baby.


21.5.13

JM Bariani House USJ 9

Tertarik tengok kertas iklan JM Bariani yang me baca ada new opening di USJ 9, cantik la!!!! Boleh try nie… lepas tu ada diskaun 10%...huissh makin lajulah kaki nak ke situ walhal bukan tak pernah makan JM Bariani...hehehe Maka lunch semalam kitaorang menerjah restoran tersebut beramai-ramai. Restoran baru kan feel dia mesti fresh gitu...tak jauh mana pun jalan kaki pun boleh.

 Order...order....order!!


Sessi Brainstorming memilih menu... pikir jangan tak pikir..


Tudia daring punya tenungan...nasib tak tembus



yeayyy... makanan dah sampai..jom makan.. memasing dah kebuluran....weols semua order nasi bariani ayam merah cuma sorang je order nasi bariani kambing... hantu kambing katakan...hahahha



Tak pandang kiri kanan dah..


 menikmati hidangan yang lazat.. kambing is my favourite



nasi bariani ayam merah me punya.. bahagian "tight" sentiasa menjadi idaman perut.. isi kureng skit..
 



ambik kau..licin kaw kaw tinggal tulang..muahhaha


Bill of the day.. sesekali boleh lah layan nafsu makan besar gini.. selalu-selalu kempis poket dibuatnya.

Ingatkan best sangat dapat 10% diskaun sekali takde beza mana pun.. diskaun tu tolak service charge semata-mata...kalau tanya bab makan...okeylah weols puas hati... sedap tu memang sedaplah.



16.5.13

Barisan Kabinet 2013

Semalam diumumkan dan inilah wajah-wajah yang telah diberi 'mandat' untuk menerajui kementerian masing-masing. Bila terpilih dah tentu banyak tugas berat menanti dan tanggungjawab yang besar terpikul di bahu mereka. Okeylah Selamat Bekerja untuk para-para menteri dan timbalan menteri sekalian.





15.5.13

WiFi Selangorku Hotspot List

Baru ketahuan rupanya penduduk selangor dah boleh menikmati WiFi secara percuma yeaayy...walaupun tak cover semua area lagi tapi okeylah buat permulaan...
Tengok my friend share dekat FB terus copy paste...sharing info... uols check la senarai bawah nie mana tau area rumah uols dapat coverage...untung-untung dapat ber internet percuma.


p/s: -sokong semua perkara yang menguntungkan rakyat :)



14.5.13

Cuaca Panas

Uols terasa tak cuaca semalam panas sangat, sampai ke malam still berbahang. Bayangkan tidur dalam keadaan berpeluh of course tak selesa kan. Even pasang kipas laju-laju pun tak 'lut' langsung, macam kena panggang dalam ketuhar kaedahnya... sabar jelah, tu baru dugaan dunia huhuhu. 

 credit Sinar Harian

Ada kemungkinan kot Klang Valley terkena tempias seperti di Penang dan utara semenanjung lain, seperti paper nie tulis.





10.5.13

Banyak SPAM masuk

Berpinar mata tengok banyak SPAM masuk dekat folder komen, pagi nie jer lebih 10 spam masuk, semuanya dari anonymous. Ayoyo nak bagi extra work dekat me ler tu. Jenuh nak check satu persatu kang tak pasal terdelete komen yang penting...tak ker naya.

Sabar jerlah tengok benda alah nie... mari kita nyahkan dia...hahahhaa




9.5.13

Dunia Anak dari 0 bulan - 5 Tahun

Oh really sweet and interesting chart, andai si kecil pandai berkata-kata mungkin ini yang keluar dari bibir comel mereka. meh kita study dan belajar mengenali dunia kanak-kanak dari seawal dilahirkan hingga ke umur 5 tahun.


As a parent, setiap perkembangan yang ditunjukkan si anak adalah perkara yang menyeronokkan...very sweet moments gitu. Kalau boleh nak record setiap saat, minute dan jam pergerakan dia...hahahha. tak jalan kerja la kalu buat gitu.




3.5.13

Info Proses Dalam Bilik Mengundi

Hari mengundi makin dekat, mesti ada yang tak sabar nak memangkah calon yang menjadi idaman hati setelah sekian lama mencongak-congak...cewah. Ramai yang pertama kalinya mengundi.. uishh 1st time experience mesti dok terbayang-bayang bagaimana suasana hari mengundi... susah ke senang nak undi nie???. macam-macam persoalan kan. Ala semua tu me dah lalui dulu, ingat susah mana rupanya sekejap je proses dia.
Grafik dibawah menunjukkan situasi yang uols bakal lalui ahad nanti. At least dapatlah gambaran ooo cam gini rupanya nak undi. Dulu me sempat usha orang depan apa yang dia buat almaklumlah time tu tak jumpa grafik punya cantik gini so agak blur-blur di situ..hahahaha.


 Credit BH

Kad pengenalan diri jangan lupa dibawa, penting tu kalau tak melepas peluang mengundi. Pilihlah calon yang uols rasa boleh bekerja untuk rakyat dan negara, undi pada betul yang betul...nanti undi rosak rugi tau! Seeloknya datang pagi tapi kalau uols jenis yang tak suka bersesak waktu tengahari cantik dah timing tu. Janganlah tunggu petang baru nak datang manalah tahu cuaca mendung hujan ke apa kan leceh....okey, selamat menunaikan tanggungjawab kalian!





My HeartBeat