Pages

27.6.14

Notis Cinta

Nak menyinggah mana2 tempat skang, perkara paling membuang masa adalah mencari parking...lagi2 time peak hours....puhhh berminit2 memusing...nan ado...menduga tahap kesabaran betul. Nak buat camner saban tahun kereta2 yang menjalar kat jalanraya bertambah banyak tapi tempat parking ciput tu jugak.. last2 double parking la jawabnya. Nasiblah kan dari menunggu.
Bila dah bertindan parking dengan orang lain.. kenalah pikir jauh skit.. pikir bijak skit.. karang tak pasal2 free2 dapat notis cinta baik punya...
Cer tinggalkan name card dan no handphone kat dashboard nun at least senang lah orang lain nak contact.. taklah tercari2 sape pemilik kereta.. kesian pakcik yang nak kuar kereta tu hon tak henti2 tapi pemandu tak muncul2.. nasib baiklah kereta kecil bolehlah keluar menggunakan ruang2 yang ada....test skill.. Kalau tak berjanggutlah pakcik mu tunggu dia datang..huhu..



Kurma Mazafati

Hampir memasuki zon ramadhan yang tinggal dua hari lagi, seperti kebiasaan tahun2 sudah pastinya setiap staff  kat office akan mendapat sekotak kurma....dah jadi tradisi company me...kali nie jenama Mazafati singgah di meja masing2.
alhamdullilah....bolehlah makan kala bersahur dan berbuka nanti...


26.6.14

Kiko Warehouse Sale | June 2014

See i told you already.. sales lagi....khas buat mak2 bapak2 ada anak above 2 years bolehlah memesongkan diri ke sana .. review yang me baca sebelum nie, ramai menyatakan baju2 kat sini memang cantik belaka almaklumlah jenama KIKO kan.. memang stylo la kome nanti!
Starts: 10am to 5pm.
Date: 25th June 2014 to 28th June 2014
Venue: No.1, Jalan Industri PBP 13, Taman Industri Pusat Bandar Puchong, Puchong, Selangor, Malaysia



MyDear Warehouse Sales for Kids & Babies Products Clearance | June 2014

Boleh dikatakan June adalah bulan paling mewah dengan sales..sales dan sales.....masa yang paling sesuai untuk parents yang tercari2 barangan untuk keperluan anak2 dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran. Me cadangkan uols serbu mydear warehouse sales yang bermula hari ini.. me dah pernah pergi not bad lah harga dia.....murah2 dan bisa merambangkan mata sekejap..hahaha..
Date: 26th June 2014 to 6th July 2014
Time:  9am to 7pm.
Venue: Cuang Chen Mao Yi Sdn Bhd, No.34, Jalan Meranti Jaya 10, Meranti Jaya Industrial Park, Puchong, Selangor
Enjoy clearance discounts for over 300 products like safety gates, baby walkers, baby strollers, baby car seats, playpens, nursing pillows, baby high chairs, toys and many more



25.6.14

Tips Atasi Sinki Tersumbat

Berdepan dengan masalah sinki tersumbat sememangnya satu perkara yang paling tidak menyenangkan hidup. Dahlah sibuk membasuh pinggan mangkuk,, sayur2... bagai tengok pula air di sinki dah melimpah ruah keluar tak ker haru menengoknya.. mau tergendala kerja2 di dapur.
Jenuhlah nak mengepam sinki dengan pam.. kalu berjaya okeylah kalu saluran air tu tersumbat bagai nak rak dengan lemak2 tepu dalam tu.. agak2 ada solution lain tak selain buka paip bahagian bawah sinki (paip plastik), mesti geli nak buat kan..huhu..Nak panggil Mr Pumber pun mmm bab ongkos ler pula..
Credit Impiana

Maybe boleh try cara kat atas nun, kasi clear saluran paip dari bendasing yang menyekat aliran air ...bila dah lancar nak buat kerja lain pun hati jadi senang..


24.6.14

Sarapan Pagi Weols Ditaja

mak aiii penuh uolss deretan makanan atas meja nun, wahhh ada free breakfast nampaknya! tengoklah banyak sangat sampai kena oosomm nak makan mana dulu...rambang mata hehehee... me jarang heavy breakfast kat office kengkononnya nak jaga badanlah katakan :p....alang2 rezeki menjengah ermm ngappp jerlah apa yang ada..

Penaja breakfast kitaorang yang sangat baik hati.. semangat kooo bangun pukul 3 pagi semata-mata nak prepare makanan untuk opismate... mamat nie rajin bawak kuih-muih untuk budak2 opis, seminggu tu adalah dua tiga kali juadah kuih singgah di meja kitaorang...  untunglah satu opis pun kenyang..hehe

Tengok.. suruh pose pun malu2 miawww ...cehh..
 
alhamdullilah...bila orang rajin bersedekah nie.. rezeki dia murah..macam mamat nie baru dapat offer kerja kat tempat lain.. yelah masa muda2lah kena cari peluang yang lebih baik..akak doakan beliau terus success dalam kerjaya beliau....insyaAllah.


20.6.14

Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Sekitar KL


Credit Bernama

Siap sedialah warga lembah kelang sekalian nampaknya hint2 masalah bekalan air bakal berlaku lagi.. kalau masih berterusan jawabnya hampa kenalah get ready otot2 lengan.... kasik angkat baldi tadah itu airlah.....bila mengenang keadaan panas yang tengah membahang nie tambah lagi time berpuasa nanti hummm bertabahlah uols. Belajar berjimat air dari sekarang uols.. kalau dulu berjam2 bertapa dalam toilet skang berminit2 sudah...banyak jer cara nak jimat air pandai2lah google.. yang untung korang juga bil pun jimat...orang lain pun tak yah stress melalui masalah air..

Tadi check web syabas ada announcement mengenai Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual di Wilayah Kuala Lumpur Akibat Permintaan Tinggi dan Kekurangan Bekalan
(klik link untuk keterangan lanjut)





19.6.14

Tempah Baju Raya

Aiyookk nak masuk bulan puasa baru teringat dua pasang english cotton yang terperam lama dalam gobok. Beli2 lepas tu simpan berbulan2..:p..kes rambang mata sebenarnya..hahaha.. alang2 dah ada kain buat untuk raya la terus... stok raya kedua dan ketiga.. raya pertama harus cari warna sedondon satu family :).. waaaahh gitu orang pompuan bab baju raya memang tak cukup sepasang...hehe biasalah banyak rumah nak ziarah nanti.
Orang lain awal berbulan2 dah hantar jahit me baru terhegeh2 nak bagi tailor....emak opismate me..nasib baiklahh dia nak terima kalau tak tersimpan lagi la jawabnya..;)...Just bagi contoh baju bolehlah buat dua pasang baju kurung moden.



18.6.14

Pembersih Orang Jepun

Kita semua mengenali orang Jepun kerana ketekunan bekerja serta tahap displin yang tinggi dalam diri mereka. Bayangkan betapa kuat penerapan nilai2 murni tersemai pada diaorang hingga terbawa-bawa ke negara orang dan di mana sahaja mereka berada.
Standardlah lepas tengok bola kat stadium, habis game terus blah yelah takkan tunggu2.....lagi2 kalau team pilihan kalah mau panas punggung duduk lelama situ..hehee tapi melihatkan bagaimana pembersih tahap gaban orang Jepun, siap gotong-royong bersihkan tempat duduk kawasan stadium bersih sangat mengagumkan.
Credit Twitter World Cup 2014
Mentaliti kelas pertama.. susahkan nak jumpa kat mana2 negara.....waima kita orang Malaysia pun ada suka2 hati campak sampah merata-rata....huhuhu. Kesedaran sivik yang mantap..hebat kalau kita semua dapat mengambil contoh2 yang positif dari mereka. InsyaAllah.


16.6.14

Umpan Umpun-Umpun

Berkerut2 dahi me memikirkan apa benda alah umpun2 tu.. jangankan tengok, dengar pun tak pernah. Mula2 ingatkan sejenis makanan laut rupa2nya binatang yang dijadikan umpan ikan daah....jauh betul imaginasi me memang kelaut terus... takpe2 at least tambah ilmu gak. Lainlah bagi kaki2 pancing umpun2 nie macam mainan diaorang jerr..

Geliii macam cacing pun ada.. bakal dijadikan umpan mancing ikan laut.

 Panjang betul uolss.. tapi untuk umpan ambil skit2 jer.. bila picit ada keluar darah..huhuhu.

Umpun2 kalau uols nak tahu terdapat di tepi2 laut dan paya... kebiasaannya pencari2 umpun2 akan menunggu laut surut sebelum operasi pencarian dimulakan. Nampak mudah tapi ada risikonya sebab mereka perlu berhadapan dengan risiko digigit binatang berbisa atau terpijak batu2.



9.6.14

Ganjaran RM100,000 menanti di Ensurvey

Uols yang dah lama tak bertegur sapa dengan Ensurvey, cepat2 terjah page diaorang sebab banyak ganjaran yang sedang bertebaran di sana. siapa cepat dia dapat la kan. ooopps bagi yang tak tahu apa Ensurvey mesti tertanya2 apa kebendalah nie?? Ensurvey adalah salah satu komuniti soal selidik yang memberi ganjaran dalam bentuk tunai atas setiap survey/polls yang uols jawab. Sape yang suka cari duit online boleh try2 join.

memang peluang terbaik satu polls bernilai rm 0.50sen....cukup RM100 dah boleh cash out. Setiap hari ada polls2 terbaru maka pandai2 lah rebut sementara masih ada..hehehe.

Awal2 skeptikal dengan Ensurvey sebab survey dia alahai macam tak banyak.. tapi lama2 ehh okeylah ada trend masa bila survey tu masyukk...janji up to date dengan email notification diaorang. So far dua kali dah cash out..yeayyy!!



5.6.14

Hanya Tinggal Rangka

Hadoii, cuak betul tengok kereta2 depan nie jalan slow giler macam siput. Laluan subang airport kalau jem tak ingat itu adalah petanda sesuatu berlaku kat depan tu..maybe accident.. Bila jentera bomba dan kereta peronda polis lalu ermm macam betul la tekaan me ada something nie.. harap2 tak serious, risau peristiwa hang 4 jam dalam jem berulang..huwaa tak sanggup nak tempuh lagi.
Syukur, kenderaan still bergerak walaupun perlahan. Nampak jentera bomba dah pun berada kat seberang jalan nak balik port diaorang semula.. dah settle la kot.. rupanya ada kereta terbakar.. api dah terpadam masa me lalu..
Nasib baik tak melibatkan nyawa. me pun lega dapat pulang macam biasa...alhamdullilah! dulu masa laluan airport subang nie tak busy memang seronok sebab traffik kurang....pergi balik kerja rileks yo tak jem langsung. sekarang jangan mimpilah..:)



4.6.14

Bukti Pembayaran Ipanel

Since 2011 me dah join Ipanel Malaysia dan me ada cerita kat sini. 4 tahun berlalu dan tetap setia dengan ipanel sebab ia bukan SCAM dan tak tipu pun.. once tebus mata, tunggu 3-4 hari untuk payment process zapp duit terus transfer ke paypal tapi convert to USD la.
ala2 duit poket tepi.. ciput lerr tapi duit gak kan, sambil2 mengadap FB....internet cuma spend beberapa minit untuk buat survey2 dalam ipanel nie..tgh boring boleh layan buat. Ada tips skit.. kena rajin tengok website Ipanel, selalu check sebab ipanel jarang hantar notification alert survey terbaru diaorang



2.6.14

Sakit Telinga

Alkisahnya telinga kanan me dah dua tiga hari sakit.. nak tidur mengiring sebelah kanan pun cukup tak selesa.. seperti rasa berair dan berat dalam telinga. aduhh tak boleh tahan, cepat2 me google Klinik ENT (ear, nose &  throat) yang senang nk pergi dan banyak dapat review positif.
Boleh walk-in tak perlu appoinment bagai.. masa sampai tadi orang pun tak ramai so tak perlu tunggu lama2.
Tiba giliran dalam bilik terus cerita dengan doktor masalah telinga me..Bila Dr Esa teropong dalam telinga dapat tengok keadaan dalaman telinga sendiri...dalam hati ooo gini rupanya.. Doktor Esa siap explain rupa telinga yang okey dan nampaknya telinga kiri me dalam keadaan baik....lepas tu baru check belah kanan untuk compare if betul2 ada masalah.
Bila check2 alhamdullilah takde masalah besar pun cuma terwujud jerawat dalam telinga yang sedikit menganggu...boleh nampak kat skrin TV... huh lega bila dengar... Doktor sapu ubat dan dilarang mengorek telinga selama seminggu. Baik doktor no problem dan kena makan antibiotik.. tak kisahlah janji jerawat cepat surut..serius bikin stress...huhu...
..Kena charge dalam rm100.... very recommended untuk sape2 yang ada masalah2 yang berkaitan telinga, hidung dan tekak...Dr Esa nie lawak dan friendly sempat bersalam-salaman dengan husband me yang masuk meneman...

Waktu operasi Klinik Pakar Ent Esa ada terpapar di dalam card rawatan.

Klinik Pakar Ent Esa.
Address: No. 6E,, Jalan Sungai Chua, Taman Sri Saga, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
Phone: +60 3-8733 5798


My HeartBeat