Pages

16.12.10

Bakat Alih Suara Dicari

Morning semua, info nie aku dapat dari rakan jadi jika ada antara korang yang berminat nak mencuba malah lah tahu suara macho dan comel korang terpilih menjadi suara latar cerita animasi nie.. suke kan.. bolehlah datang uji bakat ke tempat dan masa yang ditetapkan dibawah. All the best ye!!

Dear Friends, we are looking for Voice Over talent for our animation project I30 (Pronounced as I-Trio). The details are as following:-

Casting session: Friday (17th December 2010) - Sunday (19th December 2010)
Time: 11:00 a.m to 4 p.m
Place:
FuzzyLogic ICT
28-2, Jalan Wangsa Setia 3,
Wangsa Melawati,
53300 Kuala Lumpur

Contact : 03-41313999 (Nadia)
e-mail: contact@fuzzylogicict.com



14.12.10

Edisi Review - Senarai Vendor #1

Memperkenalkan vendor-vendor yang telah dipilih untuk bersama-sama kami memastikan segala perjalanan majlis kahwin aku tempoh hari berjalan lancar. Ada certain vendor yang kami gunakan khidmat mereka bagi kedua-dua pihak supaya segala urusan susulan dapat dipermudahkan. Dapatlah jimat beberapa keping notes RM50 lepas diskaun diberikan.


Majlis nikah di rumah perempuan.

Kami telah mengambil pakej yang merangkumi pelamin, make-up & accesori

Quiny Bridal



Bagi merakam detik-detik di majlis akad nikah, bersanding & bertandang

Photographer

Evlensa Photographer


Makeup & Baju untuk Majlis Bersanding & Bertandang

Andaman Pengantin Seri Intan

Hayati (016-294 9027)

No 3349, Tingkat 1, Jalan 18/32

Taman Seri Serdang

Selangor


Set Pelamin untuk Majlis Bersanding & Bertandang

Butik Zielynn


Katering

Asri Katering

(maaf no phone tak save coz segala urusan melalui my mum as orang tengah)



DJ

Radzali Team

(frust giler wey dengan service mereka)


Overall aku PUAS HATI dengan service-service semua vendor berikan EXCEPT DJ TEAM, agak kecewa dengan mutu service mereka. Macam last post aku yang ada ceritakan yang aku dah siap-siap survey lagu-lagu pilihan yang aku nak diaorang mainkan on that day. Siap listing lagi you aku bagi kat dia 3 hari sebelum majlis so at least dia boleh prepare lagu-lagu berkenaan. lagipun dia cakap "abang ada 5000 ribu lagu dik, takder masalah..kita cuba buat yang terbaik untuk majlis adik".. ok fine.


Sekali hambik ko masa hari tersebut tah ape lagu dia pasang... tak ikut langsung list lagu yang aku mintak....Time kami si pengantin masuk audio paluan kompang dimainkan TETAPI aduh perlahan sungguh rentaknya sampai encik suami sempat bertanya apasal cam gini bunyinya tak feel langsung.....Sistem audio aduh kualiti out betul... Lagu Anuar Zain yang dimainkan langsung tak keluar macam suaranya yang macho... hampeh betul!! Lagu romantik english dan malay pun tak main semua..aduh janji manis sahaja...Kalau ada berus magic memang dah ku TING tukar ke DJ lain ..hahaha.


Panas wey telinga aku tapi sebagai ratu sehari maka haruslah aku ignore sahaja masalah-masalah yang berlaku.. mantain vougue dan terus senyum !! Habis event memang tak jumpa DJ tu, takut rosak mood karang kalau aku tarik muka 14 nanti ,lagipun benda dah jadi bukan boleh direwind anggap tiada rezeki ajerlah dan buat pengajaran untuk majlis adik-adik dikemudian hari.




Dah blog semula

Time's up.. masa untuk bekerja dah bermula setelah hampir dua minggu bercuti.. habis cuti tahun dipulun untuk kahwin punya pasal, jadi next year kena gigihkan diri menyimpan cuti yang ada.. ada paling kuat boleh carry forward pun 5 hari jer.. lebih-lebih kena "burn" jugak.

Antara perkara yang teramat-ramat dirindui adalah mencoretkan cerita-cerita di muka belog nie. waduh memang tak sempat nak tulis apa pun sepanjang tempoh percutian. Busy teramat. Lama tak lama dekat dua minggu lebih jugak lah. Alhamdullilah dapat berjumpa kembali dengan staf-staf diopis tapi dengan status yang dah diupgrade ke Puan. Wah, pantas sekali masa berlalu . Sepatutnya semalam dah kerja tapi kesihatan pulak tak mengizinkan maka terpaksa ambik MC walaupun semangat dah berkobar-kobar nak masuk kerja.

So harap everything will back to normal. Aktifkan diri bercontest dan berblogging kembali. Untuk my carreer, akan ku terus mencari opportunity dan ruang yang ada untuk upgradekan skill yang ada. Semoga yang terbaik akan aku temui nanti. InsyaAllah.





24.11.10

Lagu-lagu Pilihan

Dalam senarai sekarang dah ada beberapa lagu yang aku plan nak dimainkan semasa majlis perkahwinanku nanti. Adunan lagu-lagu penyeri dari malaysia ke indonesia hinggalah dari lagu dari artis barat. Akan difinalise dengan DJ bila jumpa dengan dia nanti.


Lagu Nasyid

1) Kerana Cinta - Inteam - mestica

2) Melakar cinta di pintu syurga - Far east & Nassier Wahab

3) Amani - Amar

4) Bidadari - Munif Ahmad

5) Cahaya Cinta - UNIC

6) Atas nama Cinta - UNIC

7) Selamat Pengantin Baru - Hijjaz

8) Pengantin Baru - Rabbani

9) Hanya Tuhan yang tahu - UNIC

10) Nota Cinta - Saujana

11) Cerita Hati - Hafiz hamidun

12) Cinta teragung - Mestica

13) Mahar Cinta - Devotees

14) Mahligai Cinta - UNIC

15) Kalimah Cinta - Inteam

16) Kasih Kekasih - Inteam

17) Wanita - Dehearty

18) Kasih Sayang - Raihan

19) Assalammualaikum - Rabbani

20) Thank you Allah - Maher Zain

21) Alhamdullilah - Opick ft Amanda

22) For the rest of my life - Maher Zain

23) Ketika Cinta Memanggil - Opick


Lagu Romantik

1) Ketulusan Hati - Anuar zain

2) Terima kasih cinta - Afghan

3) Sg Lui - Aizat

4) Tercipta Untukmu- Ungu

6) Aku cinta padamu - Sheila Majid

7) Mencintaimu - Krisdayanti

8) Dealova - Once

9) Lagu Kita - Aizat

10) Cintailah aku sepenuh hati - Ari Lasso

11) Permata buat isteri - Kopratasa

12) Bertamu di Kalbu - Jaclyn Victor

13) Cinta Ada - Jaclyn Victor/Sheila Majid/Karen Kong

14) Keabadian Cinta - Anuar Zain

15) Kaulah Segalanya - Ruth Sahanaya

16) Sempurna - Andra & the Backbone

17) Cahaya Cinta - Siti Nurhaliza

18) Dengarkanlah - Amy Mastura ft Glenn

19) Hanya Satu - Nora

20) Bertakhta di Hati - Farahdhiya

21) Yang terindah - Dahmie

22) Lagu Rindu - Kerispatih

23) Lelaki Ini - Anuar Zain

24) Cantik - Kahitna

25) Aku dan Dirimu - Bunga Cinta Lestari ft Ari Lasso

26) Destinasi Cinta - Siti Nurhaliza

27) Aku punya Kamu - Faizal Tahir

28 ) Senyum Minang Manis - Siti Nurhaliza


Lagu-lagu Inggeris

1) All my Life - KC ft Jojo

2) This i promise you - N'sync

3) I love you - Celine Dion

4) Love Story - Taylor Swift

5) Everyday I Love you - Boyzone

6) Because of you - 98 degress

7) I Turn to you - Christina Aguilera

8) So much in love - All 4 one

9) From this moment on - Shania Twain

10) Wonderful Tonight - Eric Clapton

11 ) When you say nothing at all - Ronan Keating

12) I knew i love you - Savage Garden

13) When you tell me that you love me - Diana Ross



22.11.10

Inai oh Inai

Inai satu kemestian dikala diri bergelar raja sehari. Tidak dapat tidak dipisahkan dan sentiasa menemari jari jemari si pengantin. Terasa nak buat ukiran inai di tangan dan kaki pula. Design tak nak terlalu heavy nanti nampak messy dan comot , less is more la bak kata orang. Contoh-contoh yang sempat aku jengah tadi.














Papan Signage

Finally signage impian dah memunculkan dirinya....horaayyy!! Kalau rujuk entry IDEA TANDA ARAH JALAN, idea aku nak something yang SPECIAL for that event.. Boleh bawak balik rumah simpan dan buat kenangan bersama anak cucu nanti..wah gitu!! Baru separa siap sebenarnya sebab ada beberapa proses yang perlu dibuat.. benda yang lain dari lain nie biasalah nak ambik masa siap ye tak... no worries banyak kakitangan yang sedia membantu. i like!!


Ada 3 signage kat sini.. pertama tanda arah jalan, kedua untuk sudut buku tetamu dan ketiga yang akan diletakkan di hadapan tempat letak kereta iaitu jalan masuk ke dewan.. aku akan ceritakan step-step bagaimana kegigihan aku dan famili menyiapkan signage ini dalam next entry....tunggu ye!!



11.11.10

Serahan Wedding Card Batch Pertama

Finally wedding card aku siap pada hari isnin lepas seperti yang telah dijanjikan oleh vendor cuma bunting kena tunggu hari rabu. Tak sempat nak ambil semalam so next plan paling lambat before weekend. Cakap pasal card adalah sikit minor mistake tapi tutup mata jelah nak bising-bising pun benda dah jadi. Redha sahajalah.

Malam tadi bertungkus lumus menyiapkan card untuk dipos. Alamat aku dah print awal-awal cuma nak kena gunting dan gam pada envelope . Checklist receivers of course dah ready kat sebelah. Tick yang dah ready nak pos, rupanya aku ada terduplicate alamat pada satu card, nasib baik checklist ini membantu. Mostly ramai yang tak tahu dewan persandingan aku nanti padahal 15 min jer dari office. Tapi memang pun masa survey tempat nie pun berpusing dua tiga kali sebab agak tersorok, tak glamour betul dewan tu kan :o



10.11.10

1-Day ACUVUE Moist THIS FEELING

Wow.. sangat suka dengan promo yang aku jumpa nie.. sape sapa suka atau memakai contact lens dengan erti kata lain untuk mereka-mereka yang rabun ha nie.. FREE Contact Lens tau.. Singgah kat 1-Day ACUVUE Moist THIS FEELING





Lepas tu kenalah register untuk melayakkan anda meredeem FREE 3 days trial 1-Day ACUVUE Moist Contact Lens. 3 Pasang Contact Lens pakai buang untuk dipakai dalam masa 3 hari. Sehari sepasang.. Boleh pakat cuba brand nie jika sebelum nie korang pakai jenama lain. Rasailah perbezaannya..cewaah..




Dibahagian ini, memerlukan korang memilih lokasi yang dirasakan sesuai untuk menebus sampel berkenaan. Pastikan lokasi yang dipilih berdekatan dengan kediaman atau mudah diaccess oleh korang sendiri. Jauh-jauh menyusahkan diri pula kan :p



Lepas dah submit details semua, akan keluar paparan "Trial Redemption Form". Segala detail yang dah key in sebelum tadi akan keluar kat sini. Form ini kena cetak dulu dan serahkan kepada kedai yang telah dipilih tadi, mudah je kan..


6.11.10

Wedding Ina Nayan

Berkesempatan memenuhi undangan perkahwinan dari ex-office mate di dewan yang serba megah ini. Sampai sudah jodoh nya dengan kekasih hati pengarang jantung. Alhamdullilah!!


Spot yang glamour dan paling ramai peminat tak putus-putus kena serbu. Sampai kena beratur sebab semua sangat teruja nak coret sesuatu buat pengantin di buku tetamu..






Melangkah ke dalam dewan tatkala pengantin sedang segak bersanding diatas pelamin.. mata terus terpana dengan decoration dan suasana di dalam yang begitu cantik dan meriah sekali. Nampak tak pintu gerbang tu.. i like very very much!! Perut sudah berkeroncong maka haruslah ia di isi... jom makan apa lagi!!




Both mempelai sangat kreatif, banyak bermain dengan gambar. Tengok atas meja pun ada gambar...gambar pre wedding rasanya tapi this couple memang sangat sweet :)











Pengantin nak makan beradap. Tak sempat pun nak tangkap gambar dengan pengantin but sempat la chit-chat kejap depan meja makan nie... rushing nak menyopping barang barang keperluan masa depan jadi tak boleh nak tunggu lama :p.


To Ina Nayan, Selamat pengantin baru. semoga berbahagia bersama suami tersayang, dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Happy honeymooon!!



5.11.10

Baju Nikah Siap

Alhamdulillah baju yang bakal disarung ke badan ku pada hari pernikahan nanti, siap jugak akhirnya..sepatutnya last week dah disiapkan tapi masa test cawat seluar lelaki labuh benor maka kena adjust pendek sikit.. so bagi masa sikit dengan tailor kalau rushing sangat takut outcome tak ok..
Baju kurung moden dan baju melayu kelabu ni akan dihantar cuci bersih kat dobi makcik aku dan sterika kasik licin punya :). Sipi-sipi gambar jerlah aku tunjuk ye untuk picture penuh kena tunggu entry hari bersejarah tersebut.

p/s : tinggal nak gagahkan diri beli kasut dan tudung je hujung minggu nie untuk melengkapkan semua..... veil?? dah lama settle masa beli kain nie dulu..



3.11.10

Sebungkus Parcel

Sebungkus parcel telah datang menerjahku.. reaksi?? terima barang of course senyum lebar yang tunjukkan diri sedang excited. Action seterusnya?? Buka plastik tersebut dengan kadar segera ..oh yeah!! menang hadiah lagi dan lagi.. Pikir sekejap, selaku "contest seeker" yang tak berapa nak berjaya penyakit keterlupaan boleh berlaku sebab banyak contest yang dijoin... Ok dah ingat bila baca surat lampiran tu..
Ermm .. rupanya kuiz dalam paper kecik mingguan malaysia... ala dalam "pancaindera". kuiz kesihatan nie suka-suka je hantar sekali sangkut pulak..oo mabeless sekali , hadiah pun ada related pasal health jugak.. pil pil sumbangan "Bio-Life Marketing Sdn Bhd"



Update Tentang Vendor

Aku decide jumpa vendor wedding card sebab tak nak buang masa, asyik berbalas email tapi silap masih ada. Design yang dibuat aku memang dah puas hati , cuma tang words tu bila dah edit situ tempat lain pulak silap so better jumpa balik kalu tak bila card aku nak siap . Lepas dah edit mana yang perlu maka card berjaya jua masuk printing hari itu jugak. Vendor promise paling lambat isnin depan boleh siap jadi kita tunggu adakah misi tersebut dilaksanakan?? Tunggu...





Call pakcik PA system, quite nice juga sembang- sembang macam orang dah lama kenal :p. sempat mintak diskaun tapi tak dapat..hahhaa..tak pe janji kena cuba ye tak. Harga pakej PA system dengan DJ untuk 8am-5ptg dalam RM 45o, aku rasa standard rate je nie. Mesti hasil terbaik kan kalu owner sendiri yang turun padang nanti.. Apa pun nak kena siapkan listing lagu pilihan dan senarai aturcara majlis..




1.11.10

Vendor yang bermasalah

Bengong...bengong!!! Dalam ramai vendor inilah satu-satu vendor yang bikin kepala aku pusing, bikin hati aku panas macam air panas mengelegak nie... Bongok betul.. silap lagi... ayo ammma apppa... macam mana lu bikin bisness.. buang masa betul.. aku bukan fussy sangat pun .. everything dah bagi terang-terang by email then buat silap lagi...3 kali okey!!
Kalu tahu cam gini simpang jalan empat tak hingin aku nak nak deal dengan vendor card kawin nie.. geram sesangat.. esok kena jumpa face to face lagi senang letih aku dok tengok benda yang asyik salah je nie..



Qurban Nusantara 2010

Selamat pagi yob!!.. teman sekadar nak memanjangkan info dari opis teman. Kepada muslimin dan muslimat yang berminat nak membantu saudara-saudara islam kita di luar negara bolehlah sama-sama menyertai program Qurban Nusantara yang akan diadakan di Kemboja dan Achech nanti. Program ini dianjurkan oleh Yayasan Arraudhah yang dah masuk tahun ke 3 kalau tak silap teman. Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi Puan Shahida seperti nama tertera diatas ye :) Selamat beramal!!




27.10.10

Mengupdate listing guest

Bzzz.. nak cerita pasal invitation laks.. erm tempahan card kawin dah buat dekat PKNS Shah Alam last week.. lagi sebulan nak kawin baru terhegeh-hegeh nak wat card... vendor boleh siapkan by next week so still ada masa nak edar kad-kad kat semua kenalan yang ada...sempat lagi!! sementara nak tunggu kedatangan card - card tu siap dengan cergasnya contact semua kenalan lama telah ku terjah untuk mendapatkan contact mereka. Thanks friends for the superb respon..i like ♥♥♥
Bercerita mengenai listing guest nie penting yang amat sebab dari situlah boleh anggar berapa jemputan yang korang nak jemput... senanglah nak set budget nak plan bab-bab makanan nanti... kalu terlebih sikit boleh buat berkat untuk jiran tetangga or saudara mara yang datang tapi kalu terkurang poning makcik nak menjawab ....lagi satu boleh elakkan masalah nama tetamu tercicir, haru ko nanti bila ada yang masam muka tak dijemput...



21.10.10

Ujian Saringan HIV

Lega betul, ingat kan payah benar ambik ujian saringan HIV nie....macam macam kisah aku baca dan dengar sampai naik scary... Sekali bila dah lepas, alhamdullilah perjalanan kami dipermudahkan Allah. Aku dan encik tunang baru ambik test HIV hari ni, mula mula plan nak ke kilinik kesihatan seri kembangan sebab dekat dengan opis kitaorang, then pagi tadi call klinik nak check timing ujian HIV tu nanti. Alamak sekali kena buat appoinment dulu la..tak boleh men redah jer.. Rileks rileks aku try call klinik kesihatan kat shah alam ,pulak pun sama kena buat appointment.. ish tak boleh jadi ni.. call pulak klinik kesihatan puchong, boleh men datang jer tapi aiseyman hari khamis ujian HIV buat time pagi je.. cuma isnin sampai rabu sahaja ada 2 sessi pagi dan petang... Tak boleh give up lagi nie.. maleh aku nak dtg banyak kali ke klinik.

Alternatif terakhir telefon klinik kesihatan bandar baru bangi, lapang dada bila diberitahu boleh jer walk-in. Tak payah appointment nie.. Maka cuti separuh hari terpaksa dikorbankan untuk tujuan itu. Sampai sana kaunter tak buka lagi, orang pun tak de la ramai mana pun. Pukul 2 bila staff klinik buka kaunter mencicit semua beratur. Aku orang ke 4 tu, encik tunang ke 6, yang no 5 ada sorang pompuan nie, no 7 tunang budak pompuan tu.. lawak pulak masing masing nak cepat leh terselang-seli..


Lepas daftar, isi borang, bayar RM1 then hantar borang tersebut ke luar bilik ujian HIV ni dibuat dan tunggu no giliran dipanggil. Tak sampai 5 minit dah panggil masuk, Medical Assistant yang ambik darah dalam bilik tu sangat friendly, sempat sembang dengan semua yang masuk... Aduh,, ingat tak sakit ambik darah rupanya boleh tahan sakit.. huhuhu. rasa kebas lambat betul nak hilang.. Mula- mula ingat kena tunggu lama lagi rupanya results dapat time tu jugak.. hantar balik borang ke kaunter, dapatkan salinan kuning itu untuk diattach kat borang permohonan kahwin nanti dah boleh balikkk.. serius tak sampai setengah jam dah settle.. ..untuk bakal bakal pengantin sekitar selangor yang nak tahu klinik kesihatan yang korang boleh datang untuk ujian HIV boleh check di SINI. Pastikan telefon dulu ye, dapatkan info dan waktu mereka supaya tak memeningkan kepala korang nanti ..



17.10.10

Majlis Kahwin Syira

Nampaknya lagi seorang rakan sekolah aku naik pelamin hari ini. Majlisnya berlangsung di Dewan Banquet UPM, Serdang. Really excited jugak nak pergi wedding member aku nie sebab aku tahu mesti akan bertemu punya dengan rakan-rakan sekolah dulu..

Aku datang agak lewat hampir pukul 3 petang, orang pun dah beransur kurang. Masuk dewan mata melilau mencari kenalan di dalam. Jeng jeng nampak sekelompok wanita sedang berborak riuh, terus mencelah ha menjerit masing-masing , serius happy gila jumpa diaorang.. memasing lama tak jumpa....setakat berfacebook ajelah dik non... pot pet sekejap then terus ke acara wajib mestilah photo session..


kitaorang semua nie rakan sekelas masa tingkatan 4 dan 5.. teka siapa yang dah kahwin di dalam gambar nie. 4 wanita di belah kiri semua dah bergelar ibu tapi still mantop... kami belah kanan nie aje dalam perjalanan ke medan perkahwinan.. insyaAllah!




Inilah wajah pengantin baru. Syahira Gani..Sangat Happy go lucky orangnya, kalu ketawa dari jauh dah boleh dengar. sangat kuat... tak pasal kena tegur pasal sebab pengantin terover excited tatkala kitaorang naik nak bergambar beramai-ramai.. memang best sangat bila majlis kahwin jadi reunion kawan kawan lama kan :)



My HeartBeat