Pages

30.9.13

Tesco Walk For Life 2013

Tesco Walk For Life kembali lagi untuk tahun yang ke 6. Matlamat kali ini adalah mengumpulkan dana sebanyak RM1 million dalam membantu kanak-kanak yang menderita penyakit leukimia serta meringankan beban keluarga pesakit. Sambil beriadah sambil kita menderma.. perkara yang menarik kan. Sebarang pendaftaran boleh dibuat dimana-mana Store Tesco di sekitar Lembah Klang. Borang dan maklumat lanjut boleh refer di Tesco Walk For Life.


Ensurvey Kaji Selidik AF2013

Bila tengok budak-budak muda yang baru nak up menyanyi...menari...beraksi di atas pentas dengan kelincahan tarian dan lenggok merdu suara tu memang laju kemain nak komen macam-macam....ishh idoklah kutuk sakan, pujian melambung pun ada..me kan baik hati...ala bagi sokongan moral dari jauh gitu...
Nak suruh jadi pengkritik macam sharifah amani tu, komen depan2 orang ramai memang tak sanggup me is surrender..ketar mulut nak oiii...tak sanggup la kena booooo dek orang lain.. seram hahhaha. Tapi kalau jadi pengkritik di belakang tabir me orait jerr. Gerenti tak segan atau malu. Me volunteer terus..hahhaa
Orang dah bagi peluang..kita grab terus, rugi sangat dibiarkan berlalu di depan mata. Dahlah boleh kritik, depa bagi lagi pulus RM RM RM..nak melahar ke nak lepas geram ke semuanya boleh dekat Ensurvey Kaji Selidik AF2013. tapi haruslah membina dan positif, kalau setakat nak jatuhkan semangat orang isshhh dislike dislike.
Selama Sepuluh Minggu uols diberi peluang untuk menjadi pengkritik yang berdedikasi, sekarang dah masuk minggu ketiga jauh lagi perjalanan tu. Dah tengok persembahan mereka semalam kan, apalagi cepat kritik sebelum terlepas peluang untuk minggu ini..muahahha.





27.9.13

Motivasi #19 | Work Hard



26.9.13

No Smoking Here Please


Nah siap ditampal dua keping notice... bahasa omputeh ada, tamil mari punya pun ada..muahaha..dah berbuih mulut kena tegur....kena sound tapi tak jalan buat derr jer, so terpaksa pakai cara halus.....biasalah set-set depa nie kengkadang malas nak menapak ke bawah almaklumlah tinggi sangat (level 2 je pun)...tak cari toilet..depa kerumun pantry ramai-ramai sambil release tension..huhuhu   



Sape workstation dekat dengan pantry menangis la korang hidu aroma terapi yang sungguh semerbak gitu...idoklah tetiap jam depa perasap tapi boleh naik stress la kan sebab tak semua merokok dan tak semua suka baunya.
 



Agak-agak berjaya tak notice ini membuka pintu hati perokok tegar nie supaya syuhhhh jauh2 jangan smoke kat sini.  Sah-sah kawasan larangan merokok kan...biasa dia tu. Tapi mengikut firasat, macam kena pandang sebelah mata jer notice nie...hehhehe..



25.9.13

Adriana 8 Bulan



Gambar terbaru budak comel yang dah masuk 8 bulan. Merangkak dah pass.. berdiri pun sudah, tinggal nak bertatih dan belajar berjalan je. Oh mai very the aktif girl, suka now meredah tempat yang orang tak bagi contoh area TV.. kat situ ada laci rak TV.. aiishh laju menapak kat situ. apa yang best tak taulah..kalau keluar favourite iklan dia Garnier Awek Cun dan Ali Cafe Uncle Fahrin Dancing2 memang terpaku depan TV panggil pun buat dek ajer..hahaha..



Bilang Orang Malaysia Sebelum Tidur

Credit Danny Koo FB

Sekali imbas kelakar baca, elehhh nak terlelap pergi tidur pun mau banyak pikir itu ini tapi yes reality dalam kehidupan kita seharian. Perkara-perkara penting yang setiap hari tak boleh alpa nanti mengundang tetamu berhantu aka pencuri ler tu. Hatta my mum pun dari kitaorang sekolah selalu pesan pintu kena sentiasa berkunci walaupun ko tengah dok bersantai dalam rumah sekalipun. Jangan sesekali pandang ringan soal keselamatan lagi-lagi zaman sekarang nie, dengan macam-macam kejadian pecah masuk uishh scary mendengarnya.



23.9.13

Salasiah Keturunan Keluarga

Menarik rasanya bila dapat mengetahui susur galur keluarga belah atuk iaitu bapa kepada emak me. Tak sure siapa gerangan yang berjaya menjejaki nama-nama dalam salasiah tapi he's doing the great job. Kalau diteliti pada rantaian ini, ia bermula dari moyang atuk berkahwin berkembang ke anak, seterusnya cucu dan cicit. Banyak sangat nama memang tak akan kenal pun sebab lahir pun belum hehehe cuma tau adik beradik atuk me jer.
Ohhh patutlah my mum pernah cakap keturunan dulu-dulu ada yang kahwin campur.... cina ada benggali pun ada.. ermm weols dah lama jadi 1malaysia.. hahahaha.. tengoklah moyang atuk pun asal oversea you dari kabul, afghanistan lagi..

Tapi sayang pengembangan generasi tu stop sampai family belah atuk (adik-beradik). Kena ada usaha yang giat dan padu kalau nak sambung nama-nama dalam salasiah nie..

Kira sejarah keluarga nie kena simpan baik-baik untuk tatapan generasi akan datang. InsyaAllah.



20.9.13

Motivasi #18 | Refresh








17.9.13

T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY

Bermula 16 Sept - 23 Septermber



12.9.13

Postur Duduk Yang Baik

Tengok pada poster bawah nie langsung tak mengikut apa yang disarankan. Camnerlah nak dapatkan postur badan yang cantik kalau disiplin out?? Memula sopan santun duduk tegak bagai lepas tu arghhh mulalah nak mencari keselesaan terus duduk silangkan kaki, agak-agak bosan kita bersila di atas kerusi lak, bahagiakan mentang-mentang dalam opis tak yah berkasut. selesa okey berkaki ayam atas carpet, nyaman ditiup angin aircond.
credit aneesahsatryia

Tengah berusaha nak duduk dengan penuh ketertiban, sebab apa?? sebab ia berkait dengan long term effect. Muda lagi uols kenalah kasi cantik postur badan tu karang nampak macam nenek nenek si bongkok tiga apa mau bikin..tak nak tak nak.


10.9.13

Aksi Spontan

Dah tujuh bulan berlalu baru sepupu me send kat inbox FB semalam... lama betul dia peram..Tergelak besar bila me tengok photo nie sebab ada kisah menarik nak story...time nie nurse tengah tunjuk kan baby dekat family members yang datang melawat...sambil2 tengok baby, snap photo sepupu me pesan dekat adriana "panggil kakak ye, ingat tau kakak"..sabar jelah tak sedar diri kan, status makcik kot. Sekali nak tau apa reaksi adriana......

bluuweeekk...terus spontan dia jelirkan lidah..

hahaha bengang giler makcik dia tengok...ha kan dah kena setepek.


6.9.13

Siapa Punya??

Puas teka teki siapalah yang punya harta nie.. sebab nampak smart dan bergaya sangat design dia. Nak tanya sorang-sorang dalam opis memang taklah.. banyak lagi kerja berfaedah nak buat. Tetiba dapat idea yang paling mantap dan boleh digunapakai dalam apa jua keadaan sekali pun... Bukan me yang beria nak tahu pun tapi nervous tu tetap ada sebab me tukang bagi idea..muahahha.. takut kantoi dengan bos ler tu..hehhee..

Ambil pen kertas, maka tertulis ayat-ayat kasihan di atasnya.. Saki perut menahan dek skema gila ayat yang member me tulis tu.. dah ko nak tahu sangat kan..



Ia harus diletakkan dengan penuh kesopanan dan kesusilaan di tempat yang dikehendaki. Usha kanan usha kiri..yes line clear. No hal sebenarnya kalau jumpa owner kasut nie lagi senang nak interview.. Beria okey me melayan benda-benda cam gini...hahaha me kan sporting..*wink*


Menjadi pujaan kawan opis me, Berkenan betul dia design kasut nie.. ada jumpa kat mines katanya tapi mahal skit.. tu yang sanggup nak buat edisi soal siasat sampai bernota bagai...sengal kan..
Nanti kita tunggu samaada tuan punya kasut nie respon tak pada nota yang ditempekkan kat bawah kasut tadi.. tungguu!!.



5.9.13

BE Sept 2013

Tu dia dua campaign yang tengah berleluasa di blog me sekarang, aihhh tak de me kisahlah lagi dialu-alukan adalah. Lagi lama bertandang lagi bagus.


Terima kasih daun keladi, apa kata Nuffnang bagi lagi..hehehe