Pages

29.9.17

Kucing - Part 1

Huwaa macam nak mengalir air mata tengok lantai korridor depan rumah saya yang tak semena-mena menjadi jamban si kucing. Walhal sebelum nie tak pernah seketul najis kucing pun tercalit dekat lantai. Sekarang bertubi-tubi tahi dan kencing ditinggalkan sang kucing, ambik rasa kan penangan bau dia!
Menjadi satu kerja nak membasuh hari-hari. Sehari dua boleh bersabar lama-lama geram pulak rasa. Gara-gara seorang jiran kami yang baik hati bagi kucing makan depan rumah. Kasi kucing makan memanglah bagus tapi tak bagusnya kucing tu pun dibiarkan berlengkar depan rumah jer sampai dah beranak pinak. Alih-alih anak kucing jadi abang kawasan tabur najis merata. Tak pasal-pasal jiran lain berhempas pulas mencuci lantai, kalau dia tolong cuci takpelah ini buat-buat tak faham jer.
Malas nak pikir saya log complain pada maintenance office, tengok apa action depa nanti. Bukan nak cari gaduh dengan sesiapa tapi kebersihan kena lah jaga sama-sama. Malu tau orang datang rumah tengok tahi kucing bertepek sana sini.

20.9.17

Bunga Telang

Seronok menyembang dengan kawan pejabat yang minat bercucuk tanam nie. Ala-ala kebun kecil di rumah. Topik cerita mesti berkisar mengenai pokok-pokok yang telah ditanam, jenis baja yang digunapakai. Nampak simple tapi benda-benda sebegini penting kalau nak hasilkan pokok yang lebih sihat dan keluarkan hasil yang cantik dan baik. 
Paling best dapat benih pokok baru, untung jumpa jenis yang pemurah. Selalu kongsi biji benih kat orang lain. Yelah dapat banyak bukan semua guna kan. Segan gak kadang-kadang tu dibuatnya.. hehehe.

Biji benih bunga telang. Bunga dia boleh dijadikan pewarna dalam makanan atau minuman terutamanya nasi kerabu. Ada yang makan sebagai ulam-ulaman. Khasiat bunga telang dalam perubatan tradisional tidak boleh dinafikan banyak kegunaannya.
Alamak, baru teringat pasu dan tanah dah habis digunakan. Sebelum nak mulakan projek menanam bunga telang, kedua-dua benda penting nie harus disediakan terlebih dahulu kalau tak macamana nak tanam.

19.9.17

Pesara Kerajaan

Kemudahan bantuan mengurus jenazah yang boleh dituntut oleh waris pesara kerajaan yang meninggal dunia pada atau selepas 15/10/2010. 

14.9.17

Penari Majlis Perkahwinan

Perlukan persembahan kebudayaan tradisional dan tarian moden, ushering utk majlis perkahwinan, majlis makan malam korporat atau apa sahaja majlis keramaian mengikut tema yg anda inginkan?

Perkhidmatan tenaga pengajar utk kelas tarian di pejabat dan sekolah juga boleh disediakan.

Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut boleh hubungi En. Fariz di www.wasap.my/60123873690


12.9.17

Idea Goodies Kahwin

Jika anda seorang bakal pengantin dan masih tercari-cari idea buah tangan (goodies) buat tetamu hadirin nanti. Apa kata lihat dahulu salah satu goodies yang pernah saya terima dari satu majlis perkahwinan pada bulan lepas.


Agak praktikal untuk diberikan kepada semua peringkat tetamu. Kek dan Jelly sangat yummy bila disatukan bersama dan tidak perlu mengotorkan tangan untuk menikmatinya selepas majlis.
Apa pun terpulang kepada kreativiti masing-masing bagi memberi kelainan kepada goodies yang diidamkan tapi masih dalam budget.

Lori

Sebagai pengguna kereta paling gerun kalau berhenti di sebelah lori besar yang membawa muatan.  Lagi-lagi pada yang terlebih barangan atas lori tu seram sejuk jer tengok. Terasa nak tekan minyak dan pintas cepat-cepat tinggalkan spesis lori sebegini kat jauh-jauh dibelakang.
Kadang-kadang terperasan ada lori yang tak proper ikat muatan barangan diaorang. Sikap 'asal boleh' nie boleh membahayakan pengguna kenderaan lain secara tak langsung.

 
Sebagai contoh lori kat depan kereta nie, rileks jer bawa mixer yang besar gedabak atas dia . Macam tak kena dengan saiz lori nak tampung berat mixer tu. Senario begini boleh diatasi jika pihak-pihak berkuasa boleh memantau hal ini lebih ketat dan teliti lagi.

4.9.17

Keropok Rotong

Keropok perisa sotong nie kalau cari kat mana-mana kedai senang betul nak jumpa.
Glamour gamaknya di kalangan pemakan jajan.
Tetapi kalau nak tahu, ada RAHSIA lain disebalik keropok rotong nie. Ceritanya begini...


Sebungkus keropok rotong dibeli oleh daddy adriana. Beria ingatkan untuk dimakan.
Setelah dibuka, boleh dia potong keropok tu menjadi potongan kecil seperti gambar diatas. Garu kepala kejap.. kalau tak dimakan nak buat apa??
Dah tu dibiarkan tidak bertutup semalam dalam bekas supaya menjadi lemau.. erkk boleh gitu..
Tanya punya tanya rupanya nak buat umpan pancing. Tiada campuran bahan lain, semata keropok sahaja yang akan dicucuk pada mata kail.
Boleh ye gitu.. macam-macam idea kreatif jugak ...
Terpikat ke tidak ikan semuanya bergantung kepada tuah dan rezeki.