Pages

27.6.23

G2G Animal Garden - MAEPS

Semalam kebetulan ada urusan di Serdang kita singgah bawak anak2 meronda tengok haiwan di G2G Animal Garden. Previously visit masa anak kedua sis umur setahun lebih sekarang umur dah 5 tahun. 


Harga ticket di kaunter cuma sis prefer beli ticket secara online ada sedikit penjimatan di situ.


Berkonsep kan zoo petting kanak2 dan pelawat berpeluang melihat dan menyentuh serta boleh memberi makan haiwan dengan lebih dekat.

Kawasan pun tak luas jadi tak perlu nak rushing2 nak round semua kawasan cepat.. rileks santai2 je.. 

Terrdapat banyak pokok2 besar dan port2 kawasan untuk pengunjung duduk berehat sambil melepaskan lelah lagi2 cuaca sekarang panas membahang.


Terdapat lebih 70 jenis haiwan disini.. 

Sesuai untuk memberi pendedahan secara langsung kepada anak2. 

.
















Dalam banyak2 tempat 'rumah kucing' most favourite anak sis suka masuk melayan telatah kucing2 dalam tu.



Anak2 pun excited merasai pengalaman directly feeding haiwan

RM10 untuk sebekas makanan boleh beli di gerai yang jual 'animal food'




















Anak2 of course seronok dengan pengalaman yang mereka dapat.

InsyaAllah ada masa rezeki kita datang G2G Animal Garden lagi.

11.6.23

Unit Beruniform Sekolah

Nampaknya KPM dah bagi 'green light' untuk sekolah2 memulakan aktiviti kokurikulum minggu depan. 

Kenalah start cari t-shirt untuk 1st perjumpaan nanti. Anak sis dapat unit beruniform (UB) 'Pandu Puteri Tunas Malaysia'(PPTM)

Ingatkan murid2 boleh pilih sendiri UB rupanya pemilihan UB di sekolah anak sis berdasarkan keseimbangan bilangan murid dan jantina dibahagikan dengan bilangan UB. 

Sipi2... anak sis teringin nak join pengakap dapat UB PPTM happy dia.

Kami singgah di Mubarak Store, Presint 15 Putrajaya. Senang next time nak cari set lengkap uniform datang sini je. Boleh test fitting dulu baju/uniform samada size sesuai atau tidak.







Harga sehelai T-shirt PPTM RM33.. size 36

Since dah beberapa minggu tertangguh ekoran cuaca panas. Sis percaya anak2 semua excited nak join aktiviti UB masing2.