Pages

2.5.17

Kereta Sorong

Undangan kenduri menyambut ramadhan mengisi jadual hujung minggu saya sekeluarga. Merasai lah kami menjejakkan kaki ke Kampung Gadong, Rembau Negeri Sembilan. Beginilah tradisi mereka apabila masuknya bulan Syaaban bersama-sama seisi keluarga yang lain bergotong-royong menyediakan juadah buat keluarga dan tetamu. 

Semasa tengah menjamu selera terpandang satu kaedah yang mereka gunakan untuk memanggang ikan bakar. Agak unik dan 'multipurpose'. Penggunaan kereta sorong untuk mengisi arang ajak bijak kerana api lebih mudah dikawal dan mengurangkan arang bersepah ditanah. Lebih mudah untuk dibuang.