Pages

29.6.15

Tulisan Jawi

Tertarik tengok sesuatu kat whiteboard nun
Tak jemu dipandang lama2...mengamit pandangan gitu
Kena puji nie sebab penulis boleh menulis jawi dengan baik..


Meh fokus dekat2....amacam cantik kan tulisan jawi dia....kemas sungguh!
Budak office yang tulis nie....tapi tak de sape nak ngaku so kekal misteri la sampai hari nie..huhu


26.6.15

Natural Remedies | Batuk & Sakit Tekak



Dua biji lemon (dibersihkan dan dihiris)
Dua biji halia, sebesar ibu jari (bersihkan dan dihiris menjadi kepingan bulat)
1 cawan madu 

1. Dalam bekas (350ml – 400ml), campurkan hirisan lemon (tinggal 3-4 hirisan) dan halia.
2. Tuangkan madu ke dalam bekas itu dengan perlahan. Ini mungkin mengambil sedikit masa untuk membiarkan madu tenggelam ke bawah dan di sekitar limau dan halia hirisan. Pastikan setiap ruangan udara diisi dengan madu. Tinggalkan sedikit ruangan di atas untuk ditutup dengan beberapa hirisan lemon.
3. Tutup bekas itu dan masukkannya ke dalam peti sejuk. Ia akan keras dan menjadi seperti agar-agar. 
4. Campurkan 1 – 2 sudu teh ‘agar-agar’ madu itu cawan dan tuangkan air mendidih ke atasnya. 
5. Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk 1 hingga 2 bulan.

Selamat mencuba!


Credit MediaCorp Suria



16.6.15

Pindah Office

Hello Cyberjaya!
Tup tup dah seminggu berada di kat sini..
Ala pindah lokasi office jer.. masih lagi kerja dengan company sama.. i kan setia..hahah
So far, masih lagi menyesuaikan diri dengan environment baru..
Fast food.. bank....restoran...kedai makan...bakery semua jauh la...
Tak macam kat USJ dulu... apa nak semua depan mata.. tetiba rindu USJ..hahaha
Kerja tengah berlambak2 sekarang...nak2 bila problem muncul..berduyun ler request kan tiba..
nama pun orang IT.. harap2 by next week keadaan stabil..insyaAllah.
Okey bai..rehat dah abis... nak sambung buat kerja..


3.6.15

Personaliti Pemakai Jam Tangan

Jeling sat jam yang uols sedang pakai tu, berada di tangan kanan ker tangan kiri??ha nie ada kaitan dengan ciri2 personaliti yang me share dari FB.. ada betul ke tidak..meh teliti satu persatu dulu...for fun gitu!
me pakai jam sebelah kanan, yang baik2 tu memang betul ler tu..tapi tang negatif2 tu ehhh tak tepat la...tak setuju tak setuju..hahaha..uols pakai jam belah mana?? agak2 ciri2 tersebut terkena tak dengan batang hidung sendiri..hehee



1.6.15

Cerita Sifir

Cerita pasal SIFIR, terimbas memori zaman sekolah rendah dulu. Alah budak2 belajar mengenal ilmu sifir. sungguh tak minat bab2 nombor nie sebab pening arr nak hafal2 nie....hahahah..Dekat sekolah tengok muka cikgu, balik rumah jangan ingat boleh duduk senang lenang yeee.. cikgu sekolah besar dah menanti ye..Abah me ler tu!
Bila abah panggil nak soh baca sifir mulalah kaki jadi ketar..cramp lutut derr dan2 peluh nak menitis.. Baca sifir kena berdiri okey, itu jam tangan kat belakang.....sambil baca sambil tangan mengira2 kat belakang..kalau boleh nak ambil jari2 kaki mengira sekali..hahah..
Tiap kali buka mulut , tak sah air mata tak mengalir.. huwaa..tulah padah tak hafal sifir kan dah kena marah.. huhuh.. tapi me tekad kan azam tak nak kena marah sampai me pernah tulis sifir dalam buku 555...lama2 melekat dalam kepala otak..bila dah lancar baca laju jer jawab seronok lak rasa.. abah pun tak de nak soal2 dah..yahooooo dah pandai sifir.
Untung budak2 zaman sekarang..macam2 kaedah lebih mesra pelajar wujud.. ala2 peta minda gitu..tak yah main hafal2....Antaranya menggunakan kaedah no tel..senang kejap jer boleh faham.

Sifir 6

Sifir 7

Sifir 2 & Sifir 8

Sifir 9

Ilmu di hujung jari.....cari jer mana2 kaedah yang dirasakan lebih menarik minat dan sesuai digunakan. InsyaAllah setakat nak ingat sifir tak hal punya..hehe.