Pages

26.12.13

Fesyen Balung Ayam

Tadi my sis ada tag photo kat Facebook, memang tak de kerja kan dia.. mentang2 cuti panjang, kemain pandai menghabiskan masa yang terluang. uols tengoklah sapa yang jadi bahan kajian dia.. free2 jadi model tak bertauliah ye.

Habis dia difesyenkan rambut budak kecik nie.. taulah rambut dia tak berapa nak ada lagi. terus kena transform menjadi fesyen balung ayam rambut tu.. huwaaa aunty.. tu gegirl bukan boy okey suka2 hati je tau.....sabar jelah ye.



17.12.13

Kad Tambang Intrakota

Bertahun kad tambang intrakota tersimpan dalam box misteri me, ahaks misteri la sangat. Nak buang macam sayang ajer manalah tahu kot2 boleh masuk rekod malaysia uishh sejarah tu hehehe, jadi biarlah dia duduk baik2 dalam box tu. Dulu me memang pengguna tegar public transport, wajib la ada kad tambang nie takderlah tercari-cari duit syiling. tapi bestnya tambang baru 90sen. 
Sebelum nak guna kenalah top up dulu, selalunya me bayar dekat jalan silang nun.. ada port diaorang kat situ. Bagi duit nanti orang intrakota akan tambahkan nilai kad pada mesin khas.
Kalau sebut Intrakota, mesti ramai tak tahu sebab ia nama lama bagi RapidKL. Sekarang me tak gunakan public transport..lagi convenience naik kereta sendiri.



16.12.13

Tong Sampah Baru

Dari jauh warna merah pada tong sampah nie begitu menarik perhatian mata. Mesti Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) letak time weekend sebab pagi tadi baru dah ada. Nampak comel bentuk dia... hehehe.. unik kan tong sampah nie tempat puntung rokok dia sebijik dah rupa rokok.

Sometimes ada perokok yang suka-suka hati campak puntung rokok merata-rata lepas merokok aduh  mengotorkan kawasan kan, bila ada gini punya cantik tong sampah apalah salah buang puntung rokok tu bebaik. Takdelah mencemarkan mata yang memandang ..hehehee.





Siap tertera ''gunakan saya'' pada body tong sampah tu, dah orang sediakan baik punya kemudahan jangan pandang jer...sampah tu pandai2 lah buang kat tempat yang sepatutnya. Hidup dalam persekitaran bersih..dan cantik kan lagi bagus.


15.12.13

Hadiah Dari 8share.com

T-shirt yang terima hasil penebusan contribution point(cp) pada 8share.com. Me aktif jer sharing campaign2 mereka kat FB dan sikit sebanyak dapatlah menikmati hasilnya. Bolehlah dari takde kan.. hehee
Nice t-shirt dia.. i like.Thanks 8Share.



12.12.13

Siput Sedut

Pelik betul dengan si siput sedut nie, suka betul dia keluar awal2 pagi. Orang kata kalau rajin bangun pagi insyaAllah murah rezeki tapi kenapa ????....kenapa masa orang nak cepat, nak bergegas keluar..itu time si siput sedut memunculkan diri.. ishh sibuk betul tau dia nie.
Berapa laju sangat si siput sedut nie boleh speed..ermm memang taklah.. macam makan angin..hahaha. slow melow ko...maka kitaorang yang tak berapa nak laju nie tercangak2 kat belakang dia. Kenalah tunggu line clear baru boleh potong siput sedut. Safety comes first.

Ngade siput sedut nie suka2 hati dia , jalan nie kitaorang pun nak lalu tau.. :p







10.12.13

Orang KL Mesti Happy Dengar Nie

Faham sangat bila cuti nuzul al-quran muncul orang KL mesti bengkek semacam jer dengan orang Selangor. Panas hati tu tak yah cakap lah. Jeles tu ada lah sikit-sikit..hahaa. Biasalah kata cuti inilah masanya Orang Selangor pakat2 serbu KL..habis bersepah kedai kat masjid jamek rugilah kalau tak jelajah, ha tu belum masuk lagi SALES kat SOGO nun...misi menghabiskan duit katanya. Korang pun tau jelah jalan kat KL  macamana dia punya sesak... bila semua dah menghurung ibu kota tercinta, ha menjawablah double triple jem la jawabnya... maka lambatlah orang KL masuk dan balik kerja.. Naik terus stress level diaorang.

Tapi itu dulu, me rasa orang KL harus happy sokmo baca nie sebab next year, depa pun dapat cuti masa nuzul al-quran. Yahooo bolehlah berehat2 dekat rumah time2 cuti tapi rasa2kan depa pun sakan dok sesakkan jalan, biasalah orang Malaysia suka benar shopping.. Ha dah takde lah sungutan dari orang KL lagi.


7.12.13

Percuma Calendar 2014 Bergambar Sendiri

Pejam celik pejam celik, tahun 2014 bakal mengintai kita. Penghujung tahun nie of course memasing dah mencari2 calendar untuk tahun depan. Next year planningkan. Ada gak kedai yang bagi FREE calendar kat customer. Tapi kalau dapat calendar yang boleh letak gambar sendiri lagi best sebab boleh feeling2 ala  model calendar gitu :p..Eh nak letak kesayangan uols pun molek..
Syazwani Mazlan nak hadiahkan Calendar 2014 Bergambar Sendiri kepada uols yang bertuah. Baik punya quality tau. Me suka tengok calendar yang colourful bila tengok rasa berseri ruang. Mehlah join beramai2 lagi ramai yang sertai lagi ramai pemenang.



6.12.13

Misi Bantuan Ops Banjir

Pastinya ramai sedia maklum dengan musibah banjir yang sedang melanda beberapa negeri di Selatan dan Pantai Timur Malaysia. Memang kesian sangat tengok nasib mangsa2 banjir kat sana sampai ada yang terputus bekalan makanan katanya...dahlah bergelut dengan kesejukan...kelaparan lagi...aduh tak boleh imagine camner.... yelah bencana alam hadirnya bukan boleh dijangka, sedikit sebanyak keadaan boleh jadi sedikit kelam-kabut tambah lagi kekurangan agihan barang keperluan di beberapa tempat. 
InsyaAllah kita2 yang bernasib baik nie boleh membantu meringkankan beban saudara2 kita disana. Yang dekat tu singgah2 jenguk jika berkelapangan. Antara keperluan yang diperlukan semuanya ada tertera dibawah.
Yang berada jauh atau tak free nak datang boleh ajer hulurkan sumbangan ke account bank mereka. Niat baik jangan ditangguh. Pastinya sedikit sebanyak membantu dari segi keperluan harian mereka.


3.12.13

Parking Berbumbung

Lama sudah tak menyoping di Mydin USJ, yelah nak menyinggah pun kena tengok timing. Salah timing hah bercinta la ko dalam jem. Tambah2 area sini tengah busy dengan MRT construction. Bila datang baru2 nie eh tengok macam lain jer macam okey jer perubahan terbaru dia. Ala2 lepas makeover gitu. Habit orang malaysia faham2 jelah seboleh habis nak parking dekat dengan kedai/mall. Malas la tu nak jalan jauh2....fuhh penat katanya. Tapi kena pikir gak time hujan memang leceh kot nak mengangkut barang jauh2, gerenti habis basah lencun satu badan la jawabnya...ermm tu salah satu alasan sebab nak parking dekat :p

Its a good idea bila depa letak bumbung kat parking area, tak perlu gigih nak berlari-larian ke kereta dalam kehujanan gitu.


Banyak kawasan parking dia.. tak yah nak rebut2 parking dalam building lagi.


My HeartBeat