Pages

29.4.11

Di kala waktu rehat

Lagi sekali meronda ke Summit USJ time rehat tadi....tambahan pula waktu rehat yang agak panjang pada hari jumaat jadi me dan rakan-rakan memanfaatkannya dengan sebaik mungkin :D. Jarang sebenarnya merayap time lunch, sesekali nak juga tukar angin kan.

Cari restoran yang ada menu nasi sebab semua dah kelaparan.. almaklumlah orang melayu tak jumpa nasi memang tak sah.. hehehhe.. kami berlima mengalas perut di Garden Cafe. Penah gak makan kat sini sekali dua bolehlah tahan cuma ada caj "service tax" dan "gomen tax". Ermm...standard cafe kan. Pilihan me adalah "Kong Fu Chicken Rice" dan "Orange Juice" sebagai santapan tengahari. Tak dapat nak share picture sebab terdelete lak..huhuh.

Lepas makan meronda keliling kedai-kedai kat dalam Summit ... plan asal ada sorang member opis nie nak cari inner putih alih-alih dia tak membeli apa, tapi orang lain lak yang lebih. Aiii sempat lagi masing-masing menyambar sehelai seluar, kemeja dan t-shirts.


me beli 2 helai T-shirt yang berharga RM28


Dah lama teringin nak beli benda alah nie.. asyik terbayang-bayang je dalam kepala... akhirnya dapat juga me memiliki "external hardisk" yang diimpi-impikan.. boleh upload gambar-gambar kat dalam ni nanti. Yang nie soh staff opis yang pergi lowyat belikan semasa beliau ke sana. Lepas nie tak der lah berterabur gambar me simpan sana sinun...



Pagi Jumaat

Bangun pagi hujan selebat-lebatnya turun.. Memang dugaan nak pergi kerja tapi nasib baik lah walaupun keluar sedikit lewat tapi traffic flow masih lagi lancar. Untuk yang naik motosikal ke tempat keje memang mencabar lah, kena lebih lagi hati-hati mengharung lopak-lopak air yang bergenang dijalan raya. Pandu cermat jiwa selamat ye.




Dengan suhu sejuk terasa nikmat betul jika dapat sambung tidur semula... Haih, kalaulah hari ini hari sabtu alamatnya selimut gerenti me tarik naik....muahaha. On the way nak pergi kerja, dengar Hot FM... mak ai penuh dengan lagu-lagu jiwang almaklumlah perkahwinan pewaris takhta diraja Britain Putera William dan pasangannya Kate Middleton akan berlangsung hari ini. Kalau nak saksikan secara LIVE boleh lihat di NTV7 3 petang-8 malam nanti.


Tidur itu nikmat tetapi jangan sampai terlebih tidur




Putera William dan Kate Middleton




28.4.11

Kutu Dapat Duit

Haih, sampai sekarang me tak dapat jawapan yang tepat apakah hubungan yang terjalin antara kutu dan duit sehingga words duit kutu wujud. Ala tak nak kusut-kusutkan kepala pepagi nie, yang penting me happy sebab bulan ini giliran me menerima duit kutu....

So far takde masalah pun sebab sistem giliran dah set awal-awal lagi. Time dapat gaji pandai-pandailah bagi kat tuan empunya giliran. Duit yang tak seberapa nie me pikir nak saving sikit pastu nak beli external hard disk. Cian memori camera me penuh dengan khazanah-khazanah berharga...Huhuhu


27.4.11

Burger Prosperiti

Hujan yang sedang turun dengan lebatnya di luar membuatkan perut mendendangkan lagu kelaparan. Tak sabar nak makan burger yang baru dibeli di tepi jalan tadi. First time try makan burger kat tempat tu... Jangan ingat MCD jer ada Prosperity Burger gerai kecil-kecil pun ada tau Prosperiti Burger.. Bunyi ajer sahaja tapi rasa lain-lain la kan.


Amboi, kat packaging punya complete letak contact details. Masa beli tadi punyalah sopan santun si pemuda membungkus.. kemas jer.. anak sapa la tu :D



Pilihan me semestinya burger daging..peh sedap!! Jemput makan semua.


Hasilnya... ok jer.. the best burger me penah makan dekat area USJ depan petronas dan 7 eleven. Kalau pergi beli mesti kena beraturlah sebab ramailah orang tengah mengorder burger. Puashatilah even kena tunggu lama sikit tapi ape pun syukur alhamdullilah dengan nikmat dan rezeki yang me makan petang nie.



Posto kepada Organizer

Rajin tak rajin 3 contest me join minggu nie.....biasalah cuba nasib....agak-agak ada rezeki sangkut kalau tak dapat kita cuba lain contest. Dah siap setem bagai tinggal nak pos kan ajer...Selalu me pos kat belakang opis nie jer memang dekat bebenor.. Wish me luck k :)





25.4.11

Chef Pau Di Dapur

Dekat entry Pau Ummi & Son, me dok ralit cerita pasal kesedapan pau yang dibawa oleh jejaka bernama Shahredza ke opis minggu lepas.... asyik puji-puji nak tunjuklah jugak usaha gigih beliau dibelakang tabir semasa membikin pau yang hot itu...



Bahan utama yang diperlukan untuk bikin pau iaitu tepung low protein. Harga sekilo ada tulis kat situ.. boleh tahan mahal juga ek.


Aksi goyang gerudi tepung bermula dengan menapis tepung supaya lebih halus dan mulus



Lihat tepungku halus bukan..




Bahan-bahan yang disatukan untuk mendapatkan pau yang gebu dan sedap dimakan




Part nie paling thrill sebab tangan kena bekerja dengan lebih gagah lagi. Mencabar sebab guna kudrat 100% tapi boleh bikin otot cantik arr.. Uli jangan tak uli!




Nie pau yang masih belum dikukus lagi, baru jer selesai letak inti yang menjadi pujaan ramai iaitu red bean @ kacang merah :D. Sajer chef nak saiko la tu..




Jelitawan pau yang sudah siap dikukus.. dan menanti giliran untuk dibawa ke opis seterusnya menjadi santapan pagi warga kerja di opis.



Amacam hebat tak hebat aksi beliau di dapur.. eloklah anak muda zaman sekarang tak kekok ke dapur. Senang bini nanti ye tak.. untuk makluman beliau masih single lagi.. hehhee.. Oh ye, lupa nak habaq gambar nie me ambil dari FB beliau. Thanks sebab izinkan gambar nie diambil..




24.4.11

IPanelonline Survey

Bila mengetahui mengenail ipanelonline nie me terus tertarik nak mencuba. Jawab survey jer pun kerja mudah, dapat points kumpulkan dan tebus menjadi DUIT.. Survey yang ada pun memang sangat simple nak jawab dan yang paling best me dah dapat CASHOUT yang pertama. Oklah tak sampai sebulan pun dah leh redeem. Me dapat 3.33 USD. nampak sikit ek cuba kali dengan RM berapa leh dapat??




Nak join kena register jadi ahli dulu di IPanelonlie. Tapi kena pastikan u all memang suka jawab survey kalu tak baik lupakan ajer sebab nak dapat points kena rajin jawab survey.. hehehe




Yang pertama isikan butiran diri u all di REGISTER untuk pendaftaran ahli. Apabila button submit ditekan, email pengesahan akan dihantar ke email yang telah u all register tadi.





Sekiranya ada sebarang masalah pengesahan terus aje report pada mereka dengan clik pada menu "hubungi kami". Isikan sahaja form yang ada disitu dan tekan submit. Me pun ada problem lambat dapat email pengesahan masa register dulu.



Survey yang available untuk dijawab adalah berwarna biru. Kena rajin cek website nie sebab mereka jarang alert kan by email. Kalau menepati kriteria survey dapatlah points penuh tapi kalau tak layak still dapat jugak secoit points :D


Memang pemurah bab bagi points IPanelonline nie, dekat "survey ahli" pun banyak survey boleh buat dan banyak points boleh rebut. Senangkan



Mata points boleh diredeem bila-bila masa apabila points mencecah sesuatu nilai yang telah ditetapkan. Sebagai contoh 520 points = RM5, 1020 points = RM10. Tiada sekatan atau had limit nak simpan selagi nak banyak mana pun takde hal.


Payment akan dibuat melalui PAYPAL jadi bila dah terasa-rasa nak tebus duit haruslah create satu account. Tempoh pembayaran tak lama pun dalam seminggu ke dua minggu dah dapat duit. memang kena cuba nie. Sila register diri ke Ipanelonline ye :D



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!




22.4.11

Hadiah Contest Walls Cornetto


Comel tak hadiah yang saya dapat ni.. thumb drive 2GB hasil kemenangan contest makan dan menang Walls. Nak simpan buat kenangan kot sebab ia Limited Edition jadi sayang pula nak guna. Boleh gitu.



Pau Ummi & Son

Home Made Pau yang tersedia untuk dimakan di depan mata. Sebelah kanan "Red Bean" dan sebelah kiri pula "Kacang Merah" eerrkk bukan sama ke tu :D, ceh trick la tu dalam cubaan konfiuskan para pemakan pau sekalian.


Yummy... menjamu selera dengan pau yang sentiasa mendapat permintaan ramai.







Chef Pau In The Making...Terbaik dari Banting. Setiap bulan pasti membawa dua tupperware besar pau kat opis ..murah rezeki tu...



19.4.11

Berbasikal di Bukit Cahaya Seri Alam

Respons yang cukup baik dari 24 orang yang menyertai aktiviti kali ini. Sampai di sana pukul 8.45am, terus beli tiket masuk berharga RM3 seorang. Suprising ramai orang dah memenuhi kawasan sekitar dan semasa di tempat sewa basikal ramai sedangberatur panjang. Sebab kami dah book awal, kelebihannya tak perlu perlu beratur terus jer pergi ambil basikal. Kalau nak book boleh call this person encik Nas 019-2605331.



Harus testing dulu basikal yang disewa, takut ada problem tengah jalan payah nak patah balik tukar baru. Keselesaan juga harus dititikberatkan semasa menunggang.



Peta lokasi yang sangat penting kerana kawasan ini sangat luas so kena ada rujukan kemana destinasi nak dituju supaya tak sesat.
















Kami yang FRUST sebab tak berjaya sampai ke MENARA CERAKAH. Jauh ke dalam rupanya lokasi dia. Skuad peninjau yang kitaorang hantar pun tak berjaya sampai ke dalam. Masing-masing terpaksa surrender sebab dah kepenatan dan ambik keputusan untuk payah balik.



Bergambar kenangan beramai-ramai di empangan yang cantik ini. Gambar yang harus ada gambar semua orang walaupun sekeping ..




Melepas lelah buat seketika sebelum balik. Perjalanan berbasikal selamat 4 jam memang menarik walaupun tak berjaya meneroka semua kawasan yang ada.. Rate berbasikal untuk jam pertama adalah RM5 dan jam seterusnya RM1 sahaja. Murah dan kami sangat enjoy walaupun keletihan yang tak terkata..








My HeartBeat