Pages

21.11.17

Menu Kenduri Kahwin

Undangan majlis perkahwinan paling 'grand' yang pernah saya hadiri.
Dua bulan lepas di Dewan Banquet UPM Serdang..
Pengantin atau dekorasi pelamin sah-sah cun melecun meletup.
Tapi nak fokus pada satu keunikan yang saya jumpa pada hari tersebut

Oh my! Panjang betul senarai menu dia..
Lebih dari 20 jenis makanan yang tersedia buat tetamu
Berbaloi la sebab tetamu yang datang pun punyalah ramai.. meriah ya amat!
Terima kasih buat tuan rumah yang sudi menjemput kami sekeluarga
Kepada pengantin semoga kekal hingga ke jannah.






20.11.17

Daun Peria Pantai

Makan tengahari yang disediakan selepas mendengar Kuliah Dhuha dari Ijam Medicine.

Kebetulan perut pun sudah lapar, makan nasi panas yang disimbahi sambal udang petai
oh memang sangat ohsem.
Bersama telur goreng tersusun molek oh nikmat dunia betul
Tambahan lagi terhidang ulam-ulaman daun peria pantai yang menarik perhatian, terus saya nak kaut nak cuba sebab pertama kali dengar nama sayur nie. Apan yang saya baca ia baik untuk kencing manis dan stabilkan tekanan darah.



Bolehlah ditelan rasa daun peria pantai yang telah dicelur nie. Pahit?? takde lah pahit mana pun, secukup lemak jer rasanya, sebab saya tak suka makan batang dia kenalah rajin ceraikan daun-daunnya dari keratan batang tu. Sebenarnya banyak ulam-ulaman yang boleh dimakan, yang ada khasiat yang baik cuma tahu atau tidak sahaja.

15.11.17

Semak Bill Syabas Online

Sebelum ini bila nak semak bill terkini SYABAS,  memang saya tunggu jer bill air masuk dalam peti surat. Lambat memang terbabas due, tapi setakat nie memang 'On Time' jer sampai. Tip top la buat kerja..
Tup-tup ada SMS notification dari INFO SYABAS, menyatakan bill air boleh dilihat melalui portal online, tak buang masa terus saya layari SYABAS OCSP untuk pendaftaran lanjut.



Lagi mudah ye, dekat mana-mana pun boleh access maklumat terkini menggunakan laptop atau handphone. Janji ada capaian internet. Dari segi 'paperless' bagus kurangkan penggunaan kertas .. sayangi dunia kita gitu..


Selesai pendaftaran, activation link akan dihantar ke email pengguna untuk pengesahan akaun baru dan pengguna sudah boleh login ke dalam portal ini. Tak perlu risau bill hilang atau rosak periksa di portal semudah ABC.






Nak semak bill, nak log report / complaint atau buat permohonan air terbaru tiada masalah, dalam satu portal semuanya boleh dibuat.