Pages

26.4.24

Jamuan Hari Raya Sekolah

Meriah hari jumaat dengan sambutan jamuan hari raya sekolah
Termasuklah anak2 sis. Pagi petang bawak pot luck
Mula2 tanya anak2 apa makanan yang diaorang nak bawa
Masing2 lama punya fikir takde idea.. senang2 tahun ni kita beli tembikai je.


Tadika anak bongsu


Bagi  mengelakkan pertindihan menu yang sama atau berulang  ibubapa dah siap2 tulis pilihan yang nak dibawa kesekolah dalam dalam group whatsapp / Telegram

Sekolah kebangsaan kakak sessi pagi



Sekolah agama kakak sessi petang

Gigih lahai sis compile list tu bagai
Bukan apa sebagai rekod dan kenangan
Mana tahu next time takde idea boleh rujuk sini.


22.4.24

Mangga


Besar kan saiz mangga ni. Lebih kurang A4 paper. Pakcik sis tanam dekat rumah dia. 

Bila tanam di luar pagar asal berbuah je mesti ghaib dek peminat misteri. Depa lagi laju petik. Hehe.. 

Nie rezeki kami.. pakcik sis sempat ambil kasi peram dulu.

20.4.24

Sungai Gapes Sahom

2nd day raya kami di kampung atok
Stay kat rumah jer meraikan saudara mara yang datang berkunjung
memandangkan waktu tetamu datang waktu tengahari kita gotong-royong masak nasi dan lauk-pauk terus lunch sama-sama. 

Cuaca time ni masih panas membahang dari bulan puasa. Masing2 dok berfikir nak cari port berendam. 
Maka sampailah kami ke Sungai Gapes, Sahom. Budak2 dah mode on nak terjun tak sabar nak main air. 

Tenang kawasan ni air pun jernih. Paras air pun tak tinggi selamat untuk anak2 nak mandi. Bawa tikar siap2 . Pastu berkelah makan ramai2 kat tepi tebing tu. 

Kat sini cuma ada bilik persalinan baju. Takde toilet ye. Paling penting lepas mandi make sure semua sampah dibawah balik jangan sesuka hati tinggalkan kat situ. Please kita sama2 jaga kebersihan tempat yang menarik ini. 

16.3.24

Cromboloni

Sis jarang lah nak follow food viral trend ni sangat. Lagi2 nak kena beratur panjang 1-2 jam aduh memang tak gigih. 


Benda dah suam2 kuku dik. Baru nak merasa cromboloni idaman ramai tu. 


Kebetulan gerai tepi jalan ni ada jual kita try la beli dua cromboloni flavour hazelnut chocolate. Ambil based on pilihan budak2. Harga sebiji RM12. 

Review budak2 of course la depa suka.. Makan sampai comot2 mulut. Sedap katanya. Nak try flavour lain pula lepas ni.