Pages

8.1.20

Semakan Wang Tidak Dituntut

Wang tidak dituntut sudah boleh disemak secara online. Cara semakan adalah seperti berikut : -

1 - Layari eGUMIS - Jabatan Akauntan Negara Malaysia
2 - Klik Semakan - Pendaftaran Baru


3 - Isi butiran peribadi, email dan no kad pengenalan seperti yang diperlukan serta jangan lupa ''kata laluan'' bagi tujuan access ke portal semakan ini.


4 - Setelah proses pendaftaran selesai, login semula (log masuk) untuk membuat carian 


5 -Klik pada kotak (KLIK DISINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT)



5- Masukkan no IC untuk carian. Sehari dibenarkan dua carian no IC sahaja

6- Berbaloi semak. Manalah tahu ada rezeki duit yang tak dituntut. Boleh cuba periksa ye.







26.12.19

Nasi Ayam Penyet Wang Solo Cyberjaya

Dekat Cyberjaya ni banyak je Kedai Nasi Ayam Penyet dan ini adalah salah satu port kitaorang makan. Sesekali kalu teringin nak layan makanan origin dari Tanah Seberang Indonesia ke sini lah kami berada Nasi Ayam Penyet Wang Solo Cyberjaya





 Dibuka setiap hari sehingga 10.30 malam. Ada cawangan di tempat lain juga.


Kalau datang bersama family besar boleh order Pakej Keluarga Ekonomi. Nikmat yang ada dikongsi bersama.

Terdapat juga set pilihan individu iaitu set ayam bakar, set ayam goreng, set ayam penyet dan set pecel leleh serta set empal safi. The choice is yours ha gitu.


Top seller nasi ayam penyet. Kesedapan nasi ini terletak pada sambalnya. well, pada saya sambal diaorang okey .tak pedas memang ngamlah bila dimakan bersama-sama nasi dan cicah dengan ayam.
 Teringin nak rasa air avocado tapi malangnya dah habis. alamak maybe lain kali lah.

19.12.19

3 Budak Gemuk Cyberjaya

Sebut pasal nama 3 budak gemuk saya agakkan apa lah, tapi setelah carian google rupanya mereka  sangat terkenal dengan set nasi dan sambal gesek yang pedas. Rasanya ada keluar kat TV3 tapi baru bertapak kat cyberjaya dan sudah pasti menjadi tumpuan orang sekitar untuk mencuba set nasi mereka.
Tak terkecuali saya and the gang lunch. Beratur panjang semata-mata nak makan tengahari. Mujur la ada tempat kosong sebab apa yang saya perhati, ramai yang lepas makan akan terus bangun tak ada lah nak lepak lama-lama kat meja makan.
.


Mula2 buat pesanan dan bayar di kaunter pertama. Kemudian beratur semula di kaunter sebelah bagi mendapatkan makanan. Ada pilihan samada ayam atau daging. Opps jangan hilangkan resit kerana air minuman perlu diambil di ruangan air pula. Pendek kata sistem layan diri la nie.




Saya dan kawan-kawan order set nasi ayam kicap tanpa telur (RM8) bersama air mineral (RM2). Selambak sambal dia bagi. Tak sangka sambal gesek dia oh pedas dia berdeting ye kawan-kawan. Kalau tahu, memang saya tak ambil sambal dia awal-awal lagi haaaa tak termakan langsung. Tapi kalau yang makan pedas memang tip top la rasa dia.



Ada desserts sebagai pencuci mulut.. Sapa suka Pancake bolehlah cuba.


Lokasi 3 Budak Gemuk cawangan Cyberjaya terletak di bangunan Centrus Mall
D-LG-3, Block D, Centrus Mall,
Lingkaran Cyber Point,
CBD Perdana 3, Cyberjaya

14.11.19

1st Aid Kit

Kotak putih nie jarang orang nak pandang tapi peranan dia sangat besar tatkala berlaku kecederaan atau kemalangan.  Excited plak tengok 1st Aid Kit nie dah ada kat setiap level office. Kalau tak sebelum2 nie nak cari sebiji panadol pun perlu naik Level 4 macam lecehkan. Skang depan mata jer.....pandai-pandai lah guna ikut keperluan.


Mungkin sestengah orang tak pernah melihat 1st Aid Kit. Meh kita selongkar apakah kandungan didalam sesebuah kotak 1st Aid Kit. Setakat merawat demam, luka2 kecil dan sakit perut boleh dikatakan alatan/ubatan dalam keadaan lengkap.