Pages

25.12.25

25 Disember 2025

Untuk sisa tahun 2025 yang masih berbaki ini,

Bismillah atas setiap harapan, impian, dan cita-cita
yang belum sempat menjadi nyata.

Semoga Allah izinkan ia tumbuh menjadi kenyataan,
didatangkan segala hal yang baik,
dan dijauhkan daripada perkara yang menyulitkan.

Semoga dilimpahkan rezeki seluas rahmat-Nya,
mengalir lancar seperti hujan
yang turun membasahi bumi tanpa henti.

Dipermudahkan setiap urusan,
dikuatkan langkah,
ditenangkan hati,
dan diberkati setiap usaha.

Amin, ya Rabbal ‘alamin.

22.12.25

Planner Baru, Calendar Baru: Let’s Slay Tahun Depan!

Antara benda yang paling sis nantikan setiap hujung Disember adalah diary/planner dan calendar meja. Old school macam kita ni memang susah nak berpisah dengan pen dan kertas. Banyak nota dan catatan yang perlu ditulis dan tak semua benda boleh masuk dalam kepala on the dot! So diary atau planner ni sangat penting sebagai reference untuk kemudian hari. 


Kalau bab calendar, wajib ada atas meja. Bukan sekadar hiasan, tapi sangat membantu sebab kerja sis banyak bermain dengan dateline. Senang nak tengok tarikh depan mata tanpa perlu scroll telefon. Boleh terus tulis reminder kecil, mark tarikh penting dan yang paling penting check tarikh cuti!


Dengan adanya diary @ planner dan calendar di sisi, sis rasa lebih teratur dan semestinya lebih semangat untuk mulakan tahun baharu.

21.12.25

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran (SSKP)

Cikgu kelas ada share dalam telegram group semalam mengenai Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran (SSKP). Ada limit hari bermula esok 22hb Dec sehingga 28hb Dec untuk semak result SSKP anak 

18.12.25

Happy Luncheon

Menu lunch hari ini. Set Ayam Gepuk Pak Gembus bersama dengan air. Ringkas tapi padu!

Walaupun kawasan pejabat sis banyak pilihan kedai makan, tapi ada masanya buntu juga nak pilih makan tengah hari di mana.