Antara benda yang paling sis nantikan setiap hujung Disember adalah diary/planner 2026 dan calendar meja. Old school macam kita ni memang susah nak berpisah dengan pen dan kertas. Banyak nota dan catatan yang perlu ditulis. Tak semua benda boleh masuk dalam kepala! Justeru, diary atau planner ni memang penting sebagai reference untuk kemudian hari.
Kalau bab calendar, wajib ada atas meja. Bukan sekadar hiasan, tapi sangat membantu sebab kerja sis banyak bermain dengan dateline. Senang nak tengok tarikh depan mata tanpa perlu scroll telefon. Boleh terus tulis reminder kecil, mark tarikh penting, dan yang paling penting—check tarikh cuti!
Dengan diary, planner dan calendar di sisi, sis rasa lebih teratur dan semestinya lebih semangat untuk mulakan tahun baharu.

