Pages

24.8.24

Lirik Lagu Patriotik Merdeka






















Kredit : Hawada Galeri Ilmu

22.8.24

Aktiviti Bulan Kemerdekaan

Banyak betul program diatur pihak sekolah sempena menyambut bulan kemerdekaan pada tahun ini. 

Anak sis dah hantar penyertaan untuk Poster Digital Kemerdekaan dan Pertandingan Permainan Tradisional. 


Tahun lepas anak sis dapat no 3 pertandingan busana merdeka. Tapi bila tahun ni tema kitar semula untuk Pertandingan Pakaian Beragam dia tak minat nak join plak. 😂


Bab nyanyi2 memang kena tolak tepi terus. Bukan bakat dia. 


Dapat jer link sis terus register kan nama anak.. Tak reti main sangat tak pe nanti kita training. Ada masa lagi. 


Budak2 sekarang cepat belajar teknologi.  Godek2 tutorial kat TikTok dalam masa sehari, settle dah Poster Merdeka menggunakan Canva. 


Mula2 macam nak join. Dok fikir satu hal logistics nak mengangkut basikal ke sekolah. Takpe kita bagi laluan dekat orang lain la nampaknya. 

17.8.24

Merdeka Foodie Run 2024

Tadi kami pergi ambil race kit untuk larian merdeka foodie 2024 di Decalthon IOI Mall Putrajaya. 

Event ni akan berlangsung ahad di Anjung Floria Putrajaya dan kami register untuk kategori 5km. 


Tshirts dan bip no. 
Cantik kan warna dan design baju dia. 

Bahagian belakang tshirt


Bahagian hadapan tshirt

16.8.24

Basic Modern Dance Class

Terbuka kepada semua yang berminat untuk mempelajari 'Basic Modern Dance'.

Lead by cikgu tarian yang mempunyai pengalaman yang luas. 

Hubungi 012-3873690 atau 017-2861187 untuk keterangan lanjut. 

 

15.8.24

Sukaneka Tadika

Sukaneka tadika anak sis tahun ini bertemakan Bank. 3 cawangan tadika akan mewakili Maybank, Cimb dan Bank Rakyat.


Ada hadiah 10 kostum tercantik setiap cawangan. Gigih kitaorg print dan tampal logo maybank pada t-shirt, beli tudung kuning dan kostum tiger beli di shoppe jauh datangnya dari China mari. 



Final results anak sis dapat no 7. Pening cikgu nak pilih sebab kreatif belaka parents dari cawangan tema maybank ni. Semua cantik-cantik kan. 

14.8.24

Pencarian Pelakon Watak Cik Som


ZE Entertainment mencari pelakon yang sesuai untuk memegang watak sebagai CIK SOM bagi filem terbaru bulan September nanti. 

Sekiranya anda adalah pelakon yang mempunyai pengalaman sama ada di atas pentas atau di skrin serta boleh bertutur Bahasa Indonesia dengan baik, maka anda adalah calon yang mereka cari. 

Jika anda menepati syarat seperti tertera didalam poster ayuh serlahkan bakat lakonan anda. 

Credit ZE Entertainment FB

Pandan Hidroponik

Pandan Hidroponik. 
Penyertaan yang anak sis hantar untuk Pertandingan Hidroponik DIY peringkat sekolah sempena minggu STEM. 

Semua bahan-bahan sememangnya ada di sekitar tempat kerja dan dirumah jadi zero cost untuk hasilkan hidroponik ini. Done submit kepada cikgu subject rekabentuk dan teknologi (RBT). Hopefully hasil hidroponik anak sis akan terpilih menang 3 hadiah terbaik setiap kelas. 


 

13.8.24

Permohonan ke Sekolah Khusus

INFO KPM: 

Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2025/2026 dibuka mulai 1 Ogos 2024. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut:

https://www.moe.gov.my/permohonan-kemasukan-ke-sekolah-khusus-tingkatan-1


Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/


Tingkatan 4/Tahun 1 SVM: https://spskt4.moe.gov.my/


Permohonan ke MRSM bagi tingkatan 1 telah dibuka dari 6 Ogos 2024 hingga 6 September 2024. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian di portal

https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm




11.8.24

Kelas Memanah

Pengalaman pertama anak sis belajar memanah. 

Pertama kali belajar mengenai asas2 panahan dan peralatan yang digunakan. 

Kami pilih kelas 2kali sebulan under Muezza Archery Academy

Setiap session maksimum student limit sehingga 6 orang sahaja.

Coach 2 orang kelebihannya boleh fokus untuk train student.

So far anak sis suka dan tak sabar untuk continue for the next class. 

9.8.24

Pencarian Volunteer FLORIA Diraja Putrajaya 2024

Sertai kami di FLORIA 2024 jika anda.

Berumur 18 - 40 tahun - Berperwatakan Ceria - Peramah - Komited - Sihat tubuh badan - Boleh bekerja secara berpasukan - Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Scan kod QR di poster atau

𝐊𝐥𝐢𝐤 𝐩𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 & 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭:

https://forms.gle/XuqHsr5tmQm7EN5V7


Tempat adalah terhad. Pihak urusetia akan menghubungi sukarelawan yg terpilih.


Credit : Putrajaya Love Lake & Wetland

8.8.24

Kebun Bandar

JMB kawasan rumah sis ni quite aktif. Siap ada kebun komuniti dalam Taman. 

Sayur-sayur yang sudah boleh dituai akan dijual kepada penduduk kawasan. 


Meriah hasil kebun diaorang kali ni. Ada kangkung, kesum, pucuk ubi, pucuk keledek, bendi dan kacang botol. 


Sis dapat grab kesum seikat RM1 dan pucuk keledek seikat RM1. Lain2 sayur habis, laju orang lain beli. Fresh punya ni baru petik dan bebas dari sebarang racun kimia.