11.11.26
Kelas Asas Tradisionalp
8.11.26
Happy Deepavali
🪔✨ Selamat Hari Deepavali kepada semua yang meraikannya!
Semoga perayaan cahaya ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian, kemakmuran dan kesejahteraan buat anda sekeluarga.
Raikan dengan penuh kegembiraan bersama insan tersayang. ❤️
Outrec Wild Race
Sempena Hari Sukan Negara 2026, ayuh sertai cabaran OUTREC Wild Race di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 11 Oktober 2026.
Pelbagai cabaran menarik yang bakal menguji ketahanan fizikal, mental dan semangat berpasukan.
Penyertaan secara berkumpulan (4 orang), kategori OPEN dan ia adalah PERCUMA! Hadiah wang tunai sehingga RM400 menanti juara.
Berani anda menyahut cabaran ini?
25.10.26
Urut Badan
Berbulan sis tak pergi berurut. Badan pun dah mula terasa lenguh-lenguh, terutama kat bahagian bahu dan belikat. Begitulah kalau kerja mengadap laptop. Signal dah keluar tu moh lah kita manja2kan diri sekejap.
Sis ambil pakej full body massage selama sejam. Dia punya angin sendawa bila keluar adoii lega..
Selesai urut minum secawan teh halia panas. Time tu angin kentut meluru keluar. Hilang rasa lenguh2 badan.
15.10.26
Jerebu
Barangkali penangan jerebu yang masih belum reda. Bermula dengan sakit tekak disusuli pula batuk. Sis jumpa doktor tadi dan dapatlah ubat-ubatan bersama MC sehari untuk hari ni. Kita rehat kat rumah, esok sambung keje Work From Home(WFH).
5.10.26
Tun Dr. Siti Hasmah – Cahaya Dalam Bakti ❤️
Cahaya yang pernah menyinari bakti, kini menjadi kenangan yang kekal di hati.
Malam ini, Majalah 3 Istimewa mengenang perjalanan hidup Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali — seorang doktor perintis, tokoh wanita dan insan yang banyak menabur jasa kepada masyarakat serta negara.
Daripada dunia perubatan, kesihatan awam hinggalah kepada kerja-kerja kemasyarakatan, legasi dan kelembutan jiwa Allahyarhamah akan terus dikenang.
Semoga segala jasa dan bakti beliau menjadi amal yang terus mengalir, dan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya serta menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Jangan lupa saksikan Majalah 3 Istimewa: Tun Dr. Siti Hasmah, Isnin, 5 Oktober 2026, jam 9.00 malam di TV3 atau tonton secara strim di Tonton.
1.10.26
🌙 Hello Oktober
**Bismillah Oktober… 🤲✨**
Semoga October hadir membawa apa yang kita perlukan dan impikan. 🤲✨
Semoga setiap urusan dipermudahkan, rezeki diluaskan, kesihatan sekeluarga dipelihara dan setiap usaha membuahkan hasil yang baik serta penuh keberkatan.
Semoga hati lebih tenang, fikiran lebih lapang dan semangat terus kuat untuk melangkah menuju kejayaan. 🌿
30.9.26
Jom Belajar Zapin Tanjung Laboh!
Nak belajar tarian tradisional Melayu sambil berhibur? 🇲🇾✨
Kelas Zapin Tanjung Laboh akan diadakan pada 3 Oktober 2026, jam 8.30 malam hingga 10.30 malam di Kyrana Dance Entertainment Studio, Ampang.
💰 Yuran serendah RM25 seorang
📍 Tempat terhad — jom daftar sekarang!
Ayuh hidupkan seni dan warisan Melayu melalui tarian Zapin. ❤️💃🕺
Ikan Asing: Ancaman Tersembunyi Kepada Ekosistem Kita
Jangan Lepaskan Ikan Asing ke Perairan!
Tahukah anda, ikan yang kelihatan unik dan ganas seperti ikan piranha boleh mengganggu keseimbangan ekosistem akuatik? Jika terjumpa ikan yang mempunyai ciri-ciri seperti dalam poster ini, jangan lepaskan semula ke sungai atau tasik.
Ambil gambar jika selamat, simpan ikan dengan cara yang sesuai dan serahkan kepada Jabatan Perikanan Malaysia untuk pengesahan.
Sama-sama kita lindungi ekosistem perairan Malaysia. Kenali, laporkan dan jangan lepaskan ikan asing ke perairan!
27.9.26
30 Slogan Pelancongan Menarik Seluruh Dunia
23.9.26
Baucar Kita Selangor
Berita baik buat warga Selangor! ❤️
Baucar Kita Selangor bernilai RM600 disediakan untuk membantu meringankan keperluan asas seperti makanan, perubatan dan pendidikan sehingga Disember 2026.
Jika memenuhi syarat kelayakan, jangan lepaskan peluang ini. Semak kelayakan dan maklumat lanjut sebelum membuat permohonan.
21.9.26
Karipap
Breakfast pagi ni.. big boss belanja kuih karipap hasil tangan penghuni penjara kajang. Ni dah siap digoreng oleh one of staff yang parent dia keje di sana.
Patutlah orang cakap karipap hasil tangan mereka sedap dan padu. Sekali rasa, faham dah kenapa ramai yang suka!
Panduan Mudah Pilih Seat KTM: Cara Tahu Arah Tempat Duduk Supaya Tak Pening Kepala!
Rupanya senang je nak semak dan cam arah tempat duduk menerusi aplikasi KTMB berdasarkan kod warna seat. Terima kasih atas pertanyaan dan perkongsian info ni. Senang sis nak buat pilihan dan tempahan nanti.
20.9.26
Korang Nampak Apa?
Kadang-kadang apa yang kita nampak bergantung pada cara otak mentafsir.
Gunung ke, Grand Canyon ke… tapi gambar ni korang nampak apa?
Sis nampak kek tiramisu! 🎂
Empty Box
Apa ada dalam empty box? Let's find out!
Buka Chatgpt/Gemini AI. Upload gambar dibawah ni , the one empty tin box dan masukkan prompt :👇🏻
"Fill it with things that represent me and color it with my favorite color."
My result💐
18.9.26
Tip Pembersihan Rumah DIY
Tak perlu produk mahal! Kadang-kadang bahan yang ada di rumah pun boleh membantu membersihkan pelbagai permukaan.
Jom cuba 4 tip DIY jimat, mudah dan praktikal untuk tandas, perabot kayu, kesan krayon di dinding dan permukaan kaca di dalam bilik mandi.
💡 Tip: Uji campuran pada kawasan kecil dan tidak ketara terlebih dahulu, terutama permukaan yang sensitif.
11.9.26
Prihatin Sempurna SPM 2026
![]() |
27.6.26
Gunting Rambut
Bagi mummy, potongan paling ideal tetap satu inci bawah telinga. Senang nak sikat, mudah nak syampu, cepat kering dan sentiasa nampak kemas.
Macam biasa, kami setia ke salon rambut ni walaupun sudah beberapa kali mereka bertukar lokasi. Staff pun dah cam muka kami. Itulah yang orang kata, bila dah serasi dengan servis susah nak beralih ke tempat lain.
Alhamdulillah, selesai misi potong rambut hari ini. Total kos RM80. RM25 seorang untuk kanak-kanak dan RM30 untuk dewasa.
23.6.26
Program Promosi Kelas Kemahiran
22.6.26
Souvenir Haji
Terima kasih adik officemate atas souvenir yang dibawa pulang nun jauh dari Mekah. Alhamdulillah, setiap warga pejabat menerima satu cenderahati istimewa selepas kepulangan beliau daripada menunaikan ibadah haji. Semoga haji yang dilaksanakan mendapat haji yang mabrur dan segala kebaikan dikurniakan buat beliau.
21.6.26
Journey of AI
Lama dah tak layan 'prompt2' yang di kongsi kan oleh para prompters yang creative. Kali ni terjebak dan taraa... Nice kan hasil dia! Love it.
Prompt:
"Create an elegant vertical personal branding acronym poster.
INPUT:
A person'name: SHIDASYAKIRIN
TASK:
Automatically generate a premium personality acronym using each letter of the name.
For every letter:
1. Generate one sophisticated positive personality trait beginning with that letter.
2. Generate one concise inspirational sentence (10–18 words).
3. Generate a matching hand-drawn doodle icon.
Layout:
Left side:
A charming Pixar-inspired 3D character.
Full body.
Friendly smile.
Confident pose.
Stylish modern outfit.
Right side:
Large colorful 3D wall-mounted letters arranged vertically using the person's name.
Beside each letter:
Elegant handwritten script trait title
Short description
Small doodle icon
Example structure:
E
Empathetic
Deeply understands others and responds with genuine compassion.
R
Reliable
A trusted presence who consistently delivers support and confidence.
I
Insightful
Recognizes opportunities and meaning beyond what others notice.
K
Kindhearted
Creates positive connections through warmth and sincerity.
A
Ambitious
Pursues meaningful goals with determination and vision.
Visual style:
warm cream wall
soft sunlight from upper left
realistic shadows
pastel color palette
pink
lavender
mint
coral
yellow
premium Pinterest aesthetic
personal branding infographic
editorial design
clean typography
high readability
minimal luxury style
balanced composition
3D stylized render
Disney Pixar quality
octane render
global illumination
Bottom area:
Generate a motivational closing sentence related to the personality profile.
Important:
All generated words must be real Indonesian words.
All descriptions must be grammatically correct.
No placeholder text.
No gibberish.
No spelling errors.
No random letters.
No fake words.”
12.6.26
Kursus Menjahit
Pada yang berminat boleh hubungi cikgu Zulaikha bagi tujuan pendaftaran atau pertanyaan. Tiada sebarang bayaran dikenakan yang penting komitmen untuk hadir ke kelas selama 2 hari.
15.5.26
Lontong Goreng
Pagi semalam dalam WhatsApp group ladies, ada staff bagitau dia bawa 'lontong goreng' untuk breakfast. Wah menarik.. ingatkan sis je tak pernah makan, ramai lagi yang 1st time rasa makanan ni.
Dua kali tambah uols.. menunjukkan punyalah sedap! Rasa crunchy bawang goreng win betul. Semoga dimurahkan rezeki yang masak dan bawa makanan ini. Amin!
10.2.26
Marrybrown
Shutterstock Contributor
Sekarang ni, sis tengah explore dunia Shutterstock Contributor. Baru tahu rupanya gambar & video kita sebenarnya ada nilai di pasaran global. Benda dah lama dik...kita je lalai.
Sis terjumpa group ni. Banyak ilmu yang senior2 ajar dalam Facebook group 'jual gambar2 & video2 (Shutterstock Malaysia). Dari situ baru sis nampak dan faham realiti dunia Shutterstock ni. Untuk pemula tak perlu camera yang mahal2, memadai handphone yang boleh beri kualiti gambar yang baik.
Masih di peringkat awal, masih banyak trial & error. Setiap upload tu bagi sis adalah satu proses belajar dari kualiti gambar, angle, sampai ke penggunaan keyword yang betul. Dari sekadar scroll media sosial, lebih baik guna masa lapang untuk bina sesuatu yang boleh berkembang dan ada hasilnya.
Bear in mind.. ia bukan jalan singkat untuk berjaya. Maybe boleh give up ditengah jalan bila gambar2 kena reject. Semoga sis terus semangat untuk tambah dan kembangkan portfolio dalam Shutterstock.
Pelan-pelan, konsisten, dan terus belajar. Siapa tahu, rezeki digital datang dari sini.
7.1.26
Seafood Fried Rice
Geng lunch harini kita makan di Nippon Sushi.
6.1.26
Pendaftaran Kursus Pengendali Makanan
🍽️ Pendaftaran Kursus Pengendali Makanan Kini Dibuka! 🍽️
*Anjuran SV Care Medic Sdn Bhd dengan kerjasama JPP Zon Putra perdana
Adakah anda terlibat dalam sektor makanan & minuman?
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Kursus Pengendali Makanan yang diiktiraf dan wajib untuk semua pengusaha serta pekerja F&B.
📅 Tempoh Kursus:
29 Disember 2025 hingga 28 Februari 2026
💰 Yuran Pendaftaran:
👉 Hanya RM50 sahaja
📌 Format Kursus:
✔️ Sesi Dalam Talian
✔️ Sesi Luar Talian
(Anda boleh pilih mengikut keselesaan)
🎁 Bonus Istimewa:
Semua peserta akan menerima Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA di Klinik SV Care Putra Perdana.
👩🍳👨🍳 Siapa Yang Wajib Hadir?
Individu yang terlibat dalam sektor makanan & minuman seperti:
* Gerai, Kedai, Restoran & Kafe
* Katering, Kilang & Bakeri
* Pasar, Pasar Raya & Medan Selera
* Kantin, Hotel & Resort
* Sekolah, Universiti & Taska/Tadika
* Pusat Membeli-belah & Pusat Pelancongan
* Pusat Kesihatan dan banyak lagi
✨ Faedah Kursus Ini:
✅ Memudahkan urusan perlesenan
✅ Menambah peluang pekerja






























