Pages

28.6.25

Kudap-Kudap

Stock kudap-kudapan di waktu senggang.    Ni kalau dah mengadap depan mata alamatnya krup krap mulut tak berhenti mengunyah. 

Paling favourite of course kerepek pisang!
Maruku campur ni best part cari kacang dalam tu.๐Ÿ˜…
Kena standby balang siap-siap nak makan baru potong plastik.

26.6.25

Cendol

Panas membahang betul cuaca harini, sampai berpinar kepala dibuatnya.

Kami ada urusan di Putrajaya singgah sekejap untuk makan tengahari di Medan Selera Presint 9. 


Gigih beratur nak merasa Cendol Hok Aloh. Cup minuman size besar ni harga RM9. Ada isi jagung, cendul dan kacang merah. Lemak manis yang padu. 

Buah Nangka

Uii sedapnya nangka! Antara buah kegemaran saya  jugak ni. Tapi tulah... kalau dah terlebih mengunyah, silap haribulan boleh berangin satu badan. Kena beringat, makan biar berpada. ๐Ÿ˜‹๐ŸŒŸ

Makan sebutir dua buat raso2 je. Nak buat camne bau dia menggoda memanggil2 tak bagi peluang. Kalau angin datang menyinggah jugak sapu minyak panas bagi angin kentut keluar dengan lancarnya๐Ÿ˜†๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’จ

25.6.25

Bamboo Straw

Mula-mula ingatkan chopstick dalam bekas ni… rupa-rupanya straw minuman yang diperbuat daripada buluh! ๐ŸŒฟ Souvenir istimewa dari kawan saya. Bukan saja unik, tapi mesra alam dan boleh digunakan berulang kali.
 

Disertakan sekali bersama dengan pencuci straw! Lepas dah guna untuk minum air panas atau air sejuk, boleh terus cuci bersih-bersih. Simpan dalam handbag dan boleh dibawa kemana-mana. 

17.6.25

Burger Malam

Budak-budak ni kan dah melantak nasi  boleh lagi request nak makan burger. Biasalah tengah nak membesar... selera makan pun macam2...๐Ÿคฃ

Sebab malas nak keluar.. kita order guna ShopeeFood la senang. Ada satu kedai burger agak famous dalam kat sini yang anak sis berkenan betul dengan burger dia. 

Kitaorang order Classic Cheese Burger dan Set Burger Crispy Wedges. Alhamdullilah syukur untuk rezeki hari ini.. Apa yang penting anak2 kenyang dan happy. 

8.6.25

Restaurant Teringin

Haritu sis sekeluarga keluar jalan-jalan ke Kedai Jajan Viral Sungai Buloh. Tapi sebelum tu, kami singgah dulu makan di sebuah restoran. Masing-masing dah kelaparan, jadi kita isi perut dulu sebelum sambung menyopping. 



1st time datang sini. 
Tengok menu dia banyak hidangan dari set breakfast, menu nasi campur, makanan bergoreng dan lain-lain. 
Inilah hidangan yang kami pesan dan nikmati pada waktu itu.








Set telur separuh masak request dari anak bongsu sis. Favourite dia .. Tak cukup 1 set tambah satu lagi..



Bila makanan sampai atas meja waiter catat menu dan harga di atas sekeping kertas kecil. Lepas kitaorang makan baru tunjuk kertas ni di kaunter untuk pembayaran. 


Total makan RM46.80

Jual Barang Recycle

Dalam rumah kami amalkan sistem pengasingan sampah yang simple. Botol-botol plastik dan kotak-kotak akan diasingkan mengikut kategori tidak bercampur dengan sisa makanan/harian yang lain. Hasilnya? Tong sampah tak cepat penuh dan paling menarik barang-barang kitar semula boleh dijual ke tempat recycle


Ada botol plastik, kotak dan besi.
Standby nak hantar barang kitar semula ke tempat recycle dekat belakang rumah. Jalan kaki tak sampai seminit malah tak perlu start engine kereta nak keluar.. ๐Ÿ˜…Jadi apa alasan lagi.. benda dah sedia mudah depan mata. 


Oklah hasil jualan barang kitar semula tadi sis beri kepada anak2 untuk disimpan dalam tabung. Sambil jaga alam sekitar dapat juga belajar menabung. Kan bagus begitu. 

6.6.25

Sifat Hamster

Dah sebulan anak sis bela hamster. Ada beberapa perkara menarik yang sis perasan tentang makhluk kecil ini. 

No 1. Hamster suka sangat mengunyah jadi pastikan makanan yang diberikan cukup dan sesuai

No 2. Hamster kuat mengasah gigi supaya kekal pendek. Habis besi sangkar dikokah dek hamster

No 3. Hamster sangat aktif pada waktu malam dan suka bersenam @ lari dalam wheel.  

Hamster sukakan alat mengigit yang berasaskan kayu. Molar rod antara alternatif sesuai yang kami beli di pet shop. Lepas ni biar dia gigit je batang kayu tu jangan dok gigit besi sangkar. 

1.6.25

Senarai AI

Sis tertarik dengan perkongsian dari expert digital mengenai senarai AI yang boleh membantu kerja menjadi lebih effisien, cepat dan mudah untuk disiapkan

Sis catit disini sebagai rujukan kita bersama: 

 1. chatgpt.com – Dapatkan jawapan serta-merta untuk apa saja soalan.

 2. pika.art – Cipta video menggunakan AI, cepat dan kreatif.

 3. krea.ai – Reka logo profesional dalam sekelip mata.

 4. fliki.ai – Tambah voiceover automatik pada video atau skrip.

 5. gamma.app – Bina dokumen dan slide menarik tanpa stress.

 6. elevenlabs.io – Klon suara anda atau cipta suara baharu yang realistik.

 7. tome.app – Buat pembentangan yang cantik dan cepat.

 8. runway.ml – Edit video macam pro dengan bantuan AI.

 9. suno.ai – Hasilkan muzik original dengan hanya beberapa klik.

 10. descript.com – Sunting audio dan podcast dengan mudah.

 11. relume.io – Reka laman web moden tanpa perlu tahu coding.

 12. reccloud.com – Tukar teks kepada suara dalam pelbagai gaya.

 13. picwish.com – Edit gambar dengan cepat dan automatik.

 14. perplexity.ai – Buat penyelidikan pantas, macam ada pembantu peribadi.

 15. lumalabs.ai – Cipta model 3D secara visual dengan AI.

Credit :  FB Wan Muhd Ali

Hamster Baru

Kali ni datang semula ke kedai pet dengan misi mencari seekor hamster untuk kakak. 


Kakak tengah ralit usha satu persatu bekas hamster. Setiap bekas baka yang berbeza. Tengok lah mana yang dia berkenan nanti. Nak cari size yang cute2 jer. Kiranya bela dari kecik senang nak jaga bila dah biasa dengan tuan baru. 


Daripada banyak-banyak jenis hamster, kakak pilih si comel Roborouski. Sebenarnya dia nak baka hamster Winter White macam adik punya tapi sayang takde stock. 


Masing2 dah ada seekor sorang. 
Kakak rajin tukar wood pallet dan bersihkan sangkar hamster. Adik laju bab bagi makan dengan tambah air tak payah di suruh atau di remind.