Bila anak pengemar buah durian.. lalu tepi gerai durian selamba dia suruh berhenti nak beli durian. Katanya lama tak makan durian. Aii panjang akal budak ni.
31.7.25
Durian Kampung
27.7.25
Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia (SSeM) Bagi Tahun 2026
Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia (SSeM) Bagi Tahun 2026
Permohonan Melalui : https://essem.moe.gov.my/
26.7.25
Dodol
Tarikan Manis dari Kuala Pilah – Eden Cowboy Memikat Rasa! π―
Kalau anda peminat dodol, Eden Cowboy dari #KualaPilah ini wajib masuk dalam senarai 'must-try' anda! Tengok sahaja teksturnya yang likat, berkilat dan menggoda selera.
Datang dalam bekas yang mesra microwave, manisan ini bukan sekadar pencuci mulut biasa ianya kenangan rasa kampung yang dibalut sentuhan moden.
24.7.25
Kasut Demon Slayer
Haritu jalan-jalan dalam AEON Shah, singgah kedai Vincci… sekali ternampak koleksi kasut dan selipar Demon Slayer! Fuhh, memang stylo design dia.
Kakak dapat sepasang kasut dan selipar. Adik dapat selipar sebab kasut yang dia nak takde size kecil.
Nanas
Ramai yang tengah batuk dan demam sekarang ni, ditambah pula jerebu yang melanda sebahagian negeri di Malaysia.
Tengok ada petua menggunakan nanas yang bagus untuk melegakan batuk. πKita try ikhtiar cara semula jadi plak.… mana tahu serasi! πΏπ
Kulit: Coklat kekuningan
Saiz: Kecil ke sederhana
Rasa: Sangat manis, hampir tiada masam
Isi: Kuning keemasan
Popular sebagai: Dimakan segar, sesuai untuk kanak-kanak
Nanas Moris
Saiz: Kecil
Rasa: Manis-masam seimbang
Isi: Kuning pekat, sedikit berserat
Popular sebagai: Bahan masakan dan sambal (tak terlalu manis)
17.7.25
Darlie x Demon Slayer
Haritu tengah shopping barang dapur, pusing-pusing cari barang… eh ternampak promosi Darlie! Beli ubat gigi dapat 1 mug edisi terhad percuma.
Dari cara anak tengok, nampak dia berkenan tu. Tahu sangat dia minat dengan anime Demon Slayer. Saja tanya... 'Kakak nak tak ?' Dia jawab… 'Ikutlah...'
Elehhh.. Macam kita tak faham bahasa tersirat dia...
16.7.25
Umrah
Selamat menunaikan ibadah umrah buat abah, mak dan adikku tersayang. Semoga segala urusan dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik dan setiap langkah diberkati Allah. Moga menjadi umrah yang mabrur dan pulang membawa ketenangan serta cahaya iman. Doakan kami di Tanah Suci.
12.7.25
Musim Durian
Black Thorn harga dia mak aihh buat kita telan air liur... Kita tengok cuci mata jelah! π πΈ
5.7.25
Makanan Hamster
Memandangkan makanan si comel makin susut tandanya kena refill sebelum kehabisan. Hamster ni walaupun kecil tapi selera dia boleh tahan besar dok mengunyah je keje.
1.7.25
Projek DIY untuk Hamster
Bukan main bersungguh anak buah saya plan untuk buatkan mainan hamster anak saya.
Sebenarnya diaorang pun tengah pasang angan nak bela hamster cuma tunggu 'green light' parentnya!