Pages

6.2.15

Wedding Card | Ilmam Nurin

Sekeping wedding card menerjah lagi menandakan satu lagi pasangan bahagia bakal melangkah ke gerbang perkahwinan...InsyaAllah majlis berlangsung minggu depan 15th Feb nun jauh kat Grik, Perak.. Finally orang jauh menjadi pilihan di hati...mana taknya kisah cinta dia dulu2 aduhh macam sinetron indonesia... macam2 kisah..
Selamat pengantin baru kepada ilmam dan pasangan. Selalu sakat panggil budak nie "sweet talker" sebab pandai sangat berkata2..hahaha..Semoga kekal hingga akhir hayat..amin.


5.2.15

Ice Cream Pasu

Dulu2 orang guna pasu tanam pokok.. la nie depa guna pasu letak ice-cream pula. Tengah hot kat pasaran sekarang. Bila tengok sekali imbas aiyahh bikin keliru nak makan.....tengoklah siap daun pudina bertenggek ala2 pokok baru nak bertunas gitu..hahaa

Hmm nak pikat selera customer zaman2 sekarang tak semudah yang disangka. Kena "come out" dengan idea2 yang lebih trendy dan creative. Benda2 baru biasalah berlumba2 orang nak try beli dan makan.

Tengoklah decoration yang cantik dalam pasu benar2 menarik selera pengemar2 ice cream sampaikan me pun teruja nak cuba.. Ice Cream nie me beli dari officemate.. beli sepasu ajer buat rasa...yang selebihnya member2 office yang lain order... RM4.50 ajer..murah kan kan.


23.1.15

Nombor Cantik

Sekali pandang duit kertas RM1 nie sama macam duit2 kertas yang lain...guna buat belanja gak. Cuma yang membuatkan ia istimewa pada pandangan mata weols sebab no siri dia yang sedikit unik..DG0000010.  
Susah kot nak jumpa no2 unik begini, husband  me suruh simpan baik2....alah buat kenangan kang kalau diguna payah jumpa lagi. Macam sorang ex offficemate me suka benar kumpul duit kertas yang bersiri alphabet "ADxxxxxxx" berpangkalkan nama anak dia. Dah berkeping2 dalam simpanan dia. 



22.1.15

Nasi Kerabu Express

Cerita jumaat lepas, rezeki kitaorang dapat makan nasi kerabu Putrajaya mari punya. Punyalah rajin akak sorang tu masak sendiri lepas tu jamu kawan2 kat opis. Nampak tu, siap angkut rice cooker mai datang office. 


Sesekali berkelah ramai2 gini sambil layan gossip memang happening. Sedar tak sedar masing2 dua kali pinggan bertambah..hehe

1st time katanya nak belajar masak nasi kerabu...untunglah kitaorang dapat merasa. Malu pulak datang melenggang kangkung duduk makan ajer....hehee....terima kasih banyak2 lah akak oiii

Baru tahu wujudnya nasi kerabu express. Ada isi ikan, budu dan kelapa goreng segera.. Dah mudahkan kerja2 nak prepare nasi kerabu.


Nak posing sebelum makan..hehe..doa makan jangan lupa baca okey!
Alhamdullilah.. kenyang perut dibuatnya sampai berat betul nak bangun dari tempat. Lepas makan boleh pula mata jadi berat apalagi tidur jawapnya lah haha..baguih betul pergunakan waktu rehat hari jumaat yang panjang..terbaiklah kak belanja kitaorang lunch.. moga Allah murahkan lagi rezeki akak amin!