Pages

7.5.25

Hamster Bath

Anak2 sis tengah semangat jaga hamster sekarang. Hamster seekor je tapi sama-sama ambil tanggungjawab untuk bagi makan, bersihkan kekotoran, cuci sangkar dll. 

Budak2 berdua tu request hamster bath dengan daddy diaorang. 


Hamster tidak boleh dimandikan dengan air kerana bulunya mudah menyerap air yang boleh menyebabkan tekanan atau masalah kesihatan.


Pasir halus khas ni atau dikenali sebagai 'hamster bath' digunakan oleh hamster untuk membersihkan diri dan mengekalkan kebersihan bulu mereka.

Tengoklah aksi hamster mengorek pasir yang membantu membuang minyak dan kotoran dari bulu dia. 

4.5.25

Kelas Asas Tarian Joget (KATTKDG2025)

KELAS ASAS TARIAN JOGET KYRANA DANCE GROUP 2025 sudah dibuka untuk pendaftaran.

Jom sertai Kelas Asas Tarian Joget (KATTKDG2025)💃🏻 

📌Bermula 11/5/2025.

📌Setiap hari Ahad.

📌10am - 12pm.

📌Kyrana Dance Entertainment Studio Ampang, Selangor.

📌Asas Tarian Joget.

📌3 bulan (12 kelas) setiap satu sesi asas. 

📌Terbuka kepada kanak2 seawal umur 6 tahun, remaja dan dewasa.

📌Tiada asas tarian dan ada asas tarian boleh sertai kelas.

📌Yuran : 

Pendaftaran - RM50/seorang

Bulanan - RM100/seorang

Walk in - RM35/seorang (perlu daftar dan bayar dahulu sebelum kelas bermula)

Boleh daftar dan bayar pendaftaran dulu untuk book tempat. Baki bayaran bulanan perlu dijelaskan sebelum sesi kelas bermula.

Bayaran yang telah dibuat samada untuk yuran bulanan atau walk in, TIDAK AKAN DIPULANGKAN (NO REFUND) dan TIDAK BOLEH DIBAWA KE KELAS SETERUSNYA sekiranya peserta tidak dapat hadir ke kelas pada hari tersebut.

SIJIL akan diberikan jika peserta LENGKAP MENGHABISKAN minimum 10 kali kelas atau maksimum 12 kali kelas untuk setiap sesi kelas asas.

JOM DAFTAR SEKARANG SEBELUM TEMPAT PENUH!! 🔥🔥

Pertanyaan & Pendaftaran : 

www.wasap.my/60123873690/KATTKDG2025

www.wasap.my/60172861187/KATTKDG2025

Follow IG : 

@kyranadancegroup 

@budaktarikyrana



3.5.25

Rumah Hamster

Rumah baru si hamster dah selamat tiba. Tanpa berlengah, jom kita pasang terus! Lepas tu bolehlah dia berpindah ke ruang baru yang lebih luas dan selesa untuk bebas bergerak.


Hamster kan haiwan yang aktif. Dalam rumah baru ni ada roda larian jadi bolehlah dia berlari sepuas hati bila-bila masa yang dimahukan. 
Ada botol khas yang dilengkapi dispenser dengan bebola di hujungnya. Bila hamster dahaga dia tekan jer bebola dengan lidah. air akan menitis keluar untuk diminum

Hamster kitorang suka betul panjat keliling besi. Macam tengah cari jalan nak selit la tu. Sesekali anak-anak sis akan bawak keluar main-main dari rumah dia ni. Siaplah bila hamster tu dah pandai lari laju jenuh nak cari kalau dia menyorok. 

1.5.25

Tips Pemilihan Buah

Berikut adalah tips dalam memilih buah yang manis dan sedap. Kita sama2 belajar dan mengetahui dari melihat bentuk, keadaan batang atau pangkal, permukaan bawah dan kulit buah.