Pages

30.9.26

Jom Belajar Zapin Tanjung Laboh!


Nak belajar tarian tradisional Melayu sambil berhibur? πŸ‡²πŸ‡Ύ✨

Kelas Zapin Tanjung Laboh akan diadakan pada 3 Oktober 2026, jam 8.30 malam hingga 10.30 malam di Kyrana Dance Entertainment Studio, Ampang.

πŸ’° Yuran serendah RM25 seorang

πŸ“ Tempat terhad — jom daftar sekarang!

Ayuh hidupkan seni dan warisan Melayu melalui tarian Zapin. ❤️πŸ’ƒπŸ•Ί

Ikan Asing: Ancaman Tersembunyi Kepada Ekosistem Kita


Kredit Jabatan Perikanan Malaysia

Jangan Lepaskan Ikan Asing ke Perairan!

Tahukah anda, ikan yang kelihatan unik dan ganas seperti ikan piranha boleh mengganggu keseimbangan ekosistem akuatik? Jika terjumpa ikan yang mempunyai ciri-ciri seperti dalam poster ini, jangan lepaskan semula ke sungai atau tasik.

Ambil gambar jika selamat, simpan ikan dengan cara yang sesuai dan serahkan kepada Jabatan Perikanan Malaysia untuk pengesahan.

Sama-sama kita lindungi ekosistem perairan Malaysia. Kenali, laporkan dan jangan lepaskan ikan asing ke perairan! 

27.9.26

30 Slogan Pelancongan Menarik Seluruh Dunia

credit Asia Guide 

Setiap slogan pelancongan ada cerita tersendiri. Ada yang buat kita rasa ingin meneroka, ada yang membangkitkan rasa ingin tahu dan ada yang terus buat kita teringin nak kemas beg travel jauh jauh! 

Daripada “Malaysia, Truly Asia” hingga “Endless Discovery” untuk Jepun, setiap negara cuba menonjolkan identiti dan keunikan masing-masing.

Kalau diberi peluang travel sekarang, negara mana korang nak pergi dulu? 🌎❤️

23.9.26

Baucar Kita Selangor


Berita baik buat warga Selangor! ❤️

Baucar Kita Selangor bernilai RM600 disediakan untuk membantu meringankan keperluan asas seperti makanan, perubatan dan pendidikan sehingga Disember 2026.

Jika memenuhi syarat kelayakan, jangan lepaskan peluang ini. Semak kelayakan dan maklumat lanjut sebelum membuat permohonan. 

21.9.26

Karipap

Breakfast pagi ni.. big boss belanja kuih karipap hasil tangan penghuni penjara kajang. Ni dah siap digoreng oleh one of staff yang parent dia keje di sana. 


Alhamdullilah sedap!

Patutlah orang cakap karipap hasil tangan mereka sedap dan padu. Sekali rasa, faham dah kenapa ramai yang suka!

Panduan Mudah Pilih Seat KTM: Cara Tahu Arah Tempat Duduk Supaya Tak Pening Kepala!


Sis plan nak bawak anak2 naik ETS tapi, satu hal yang dok curious pasal kedudukan tempat duduk (seat) dalam train. Risau kalau tersalah beli tempat duduk mengundur mau pening kepala sepanjang perjalanan. 

Rupanya senang je nak semak dan cam arah tempat duduk menerusi aplikasi KTMB berdasarkan kod warna seat. Terima kasih atas pertanyaan dan perkongsian info ni. Senang sis nak buat pilihan dan tempahan nanti. 

20.9.26

Korang Nampak Apa?


Kadang-kadang apa yang kita nampak bergantung pada cara otak mentafsir.

Gunung ke, Grand Canyon ke… tapi gambar ni korang nampak apa? 

Sis nampak kek tiramisu! πŸŽ‚

Empty Box

Apa ada dalam empty box? Let's find out! 

Buka Chatgpt/Gemini AI. Upload gambar dibawah ni , the one empty tin box dan masukkan prompt :πŸ‘‡πŸ» 

"Fill it with things that represent me and color it with my favorite color." 

My resultπŸ’ 




18.9.26

Tip Pembersihan Rumah DIY


Tak perlu produk mahal! Kadang-kadang bahan yang ada di rumah pun boleh membantu membersihkan pelbagai permukaan.

Jom cuba 4 tip DIY jimat, mudah dan praktikal untuk tandas, perabot kayu, kesan krayon di dinding dan permukaan kaca di dalam bilik mandi.

πŸ’‘ Tip: Uji campuran pada kawasan kecil dan tidak ketara terlebih dahulu, terutama permukaan yang sensitif.

11.9.26

Prihatin Sempurna SPM 2026


Jom sama-sama kita hulurkan sedikit sumbangan untuk membantu 641 pelajar SMK Putra Perdana sepanjang menghadapi peperiksaan SPM 2026. πŸ“š✨

Sumbangan makanan ini bukan sekadar mengisi perut, tetapi sebagai tanda sokongan dan semangat buat anak-anak yang sedang berjuang mencapai kejayaan. ❤️

Sedikit daripada kita, besar maknanya buat mereka.
Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah dan dipermudahkan segala urusan para pelajar dalam menghadapi SPM. πŸ€²πŸ»πŸ’™

πŸ“… 23 November – 17 Disember 2026
🏦 Bank Rakyat – PIBG SMK Putra Perdana
πŸ“Œ Rujukan: Makanan SPM