Pages

12.12.22

Nasi Ganja Bukit Puchong

Tengahari tadi singgah di Warung Nasi Shukri di Bukit Puchong. Dalam media sosial quite famous juga orang dok viral2 dengan kita sekali terjebak datang wak. Moh la kita rasa sendiri keenakan nasi ganja dia.




Kami beli 2 nasi ganja set ayam goreng tapi bungkus je sebab ada urusan lain nak kena settle. Kitaorang datang weekend parking banyak je kosong. Kalu week day kawasan sini agak sibuk. Kebersihan kedai pun dalam keadaan baik.



Overall kena bagi pujian.. memang terbaik.. Portion dia banyak. ayam besar berserta kuah pekat yang menepati citarasa dan selera saya. Untuk extra kick boleh perah limau. Chances untuk repeat?? Of course! InsyaAllah.



Ini adalah menu2 yang terdapat di warung nasi shukri. Ikut dada tanya selera.

 

4.12.22

Program Adiwira Kerjaya

Aktiviti kerjaya yang berlangsung di sekolah anak sis. Murid- murid digalakkan memakai uniform atau pakaian bekerjaya. Tapi bagi yang tak mempunyai baju kerjaya, it's okey boleh pakai baju sukan sekolah.

Program Adiwira Kerjaya 

🧑🏻‍🚒Hari    : Selasa

🧑🏻‍✈️Tarikh : 29 November 2022

🧑🏻‍🌾Masa. : 1.20 Petang - 6.10 Petang

Seminggu sebelum acara cikgu maklum dalam whatsapp group kelas untuk parents buat persiapan. Sis beli online je uniform yang anak nak pakai nanti. Cari local seller dekat Lazada takut jauh2 kang tak sampai  sebelum hari program naya nak menjawab dengan anak sendiri😅

Uniform pilihan kerjaya anak sis adalah astranout. Warna oren striking naw2. Dari jauh dah boleh nampak.. haha ikutkan sis nak beli tambahan helmet viral kecil pakai macam topi astronaut tapi dia tak nak. Mak2 kan bab gini suka sangat..


Pelbagai gaya uniform kerjaya yang anak2 sekolah tadi pakai. Kreatif dan comel sgt...bomba..askar..polis.. cikgu..nurse..dll.
Satu pengalaman yang cukup menarik bagi mereka. Macam  anak sis seronok dia bercerita ada cikgu yang ajak bergambar dan kawan2 yang tegur uniform dia cantik.. 

28.11.22

Keladi Lambuk

Subur betul pokok keladi lambuk yang naik dekat tepi rumah mak sis. 

Tanam dari anak pokok pemberian Makcik dari Perak.

Kalau mak sis tak tanam sampai skang pun tak tahu rupa keladi lambuk.

Ada orang yang panggil keladi kemumu.



Tidak seperti keladi2 yang lain. Keladi lambuk tidak menyebabkan kegatalan


Bahagian batang keladi lambuk boleh dimasak pelbagai masakan atau dibuat ulam.



Bahan2 penyediaan untuk masak lemak batang lambuk. Mak sis nak perkenalkan masakan batang 

lambuk pada anak dan nmenantu dia. Orang bandar tak kenal lagi sayur tempatan yang satu ni




Batang lambuk perlu dibuang dahulu kulitnya. 








Tekstur dalaman dia berlubang2 macam span. Macam rupa batang pisang setelah dipotong nipis dan serong2...



1st time makan masak lemak batang lambuk. Isi nya lembut bila dah dimasak 

Makan dengan nasi putih memang sedap..


26.11.22

PM 10 - Dato Seri Anuar Ibrahim

Tahniah kepada Datuk Seri Haji Anwar bin Ibrahim diatas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.
Semoga kepimpinan Datuk Seri dapat membawa lembaran baharu kepada Malaysia ke arah ekonomi yang lebih stabil, lebih cemerlang, sejahtera dan harmoni.


25.11.22

Kenny Rogers Roasters (KKR)

Haritu anak2 request nak makan luar. Si kakak tetiba nak makan 4fingers tapi lokasi paling dekat kena masuk D'pulze Mall. Hmm bila tengok traffic flow yg  masuk ke situ bersusun masuk terus kitaorang tukar plan lain, tak rajin plak berpusing2 nak cari parking nanti. 

Since dah lama tak layan Kenny Rogers Roasters (KKR) dan budak2 ni pun setuju. Jomlah kita makan kat sini je.  

Ketinggalan betul depa dah guna menu digital .. scan QR Code boleh pilih selection makanan dan minuman. Dah confirm baru panggil waiter untuk ambil order.


Orange juice, dessert ice cream ini si adik yang pilih. Muffin chocolate dan vanilla pilihan anak-anak.



Kenny's Quarter Meal. Common set kalau kami makan KKR. ada banyak makanan lain quite rambang mata juga nak pilih. Takpe next time boleh cuba yang lain-lain .



Crispy Fish Fillet. 



Alhamdullilah kenyang perut semua. Pinggan pun licin bermakna tiada pembaziran makanan. 
Mohlah kita bayar dan beransur pulang.

6.11.22

Koleksi Lukisan Kakak

Koleksi lukisan kakak anak sulung sis. Ada bakat melukis nie tapi kena asah lagi.
Kawasan bahagian dinding tepi ni selamat dah jadi authority kawasan kreativiti dia. 
Awal2 dah pesan mummy daddy jangan cat area ni ye..
Area dinding ni  pun nama dia ye iaitu Muzium O'Golden
Kelas ko dalam rumah ada muzium lukisan bagai..


Dulu masa kecik2 habis satu dinding rumah dikerjakannya
Dah besar skit kitaorang cat balik dinding2 ni
Touch up balik warna .. dah cantik dari contengan
Sekali datang plak idea lain.
Adoii bertuah punya anak..




Pada setiap lukisan tu dah tertulis nama2 yang tersendiri.  Fahamkan nama tu faham la nanti maksud tersirat gambar ni. Boleh plak dia guna marker pen merah kat situ aisyehh tutup je mata..  


Lukisan2 ini terhasil bukanlah dalam jangka masa yang masa. Karang boring2 tengok dia tengah melukis ada idea melintas dalam kepala lah tu.... 



Nampak macam banyak tapi sebenarnya belum cukup target.
Misi dia nak buat 30 buah lukisan amboi kemain kan tinggi azam tu
Takpe2 mummy daddy akan support usaha dan minat kakak ni.. 

25.10.22

Udang Kara

Welcoming our new pet.. si udang kara

Tak beli pun ada orang yang bagi. 

Dapat seekor pun rezeki juga kan boleh anak sis tengok real udang kara 

sambil belajar fakta mengenainya di Youtube


Anak sis bagi nama comel gila iaitu ''Kuku'' hahahha

Tah macamana boleh dapat idea nama gitu.. tak kisahlah asal ada nama.

Memandangkan dia pun hidup sebatang kara  dalam bekas ni makan penjagaan dia mudah.

Tukar air bila dah kotor... Makanan bagi palleet yakni share dengan makanan kura2 punya.

Ha senang gitu.

13.10.22

Popia, Keria dan Peneram

Selalu nampak gerai kuih nie bila lalu petang2

Teringin nak try popia dan keria dia macam menarik je

Tengok crowd yang singgah membeli pun ramai 

Memang memanggil-manggil  kita datang menyinggah



Skodeng kejap harga dia dan kuih2 yang dijual..

Ada keria, popia basah dan goreng, geng dia peneram pun ada 






Kita beli popia goreng, keria dan peneram. Nak pakat2 rasa sedap ke tidak?

Lagipun popia ni memang favourite kami anak beranak

cuma nak dapat yang sedap agar susah skit dekat sini. 





Comel2 belaka keria dia. Boleh tahan la. cuma popia agak berminyak ..

Anak sis ye2 ingat donut hahahha bukan la dik...


Peneram  dia sedap.. ngap2 habis satu bekas tak yah tunggu esok


3.10.22

Badminton Grip Tape Baru

Semenjak tengok sepupu2 dia main badminton.... terus anak sis terpengaruh nak main sama

Sebab baru nak berjinak2 main badminton guna raket lama daddy dulu

Ada dua pcs raket .. adik kakak sorang satu tak payah berebut2




Condition masih baik walaupun tersimpan lama dalam store.

Cuma grip tape kena tukar yang baru

Kat sini ada stall badminton bolehlah kita ganti grip tape baru

Selalu petang hujung2 minggu baru brother ni bukak stall dia

Tapi harini rezeki dia buka time weekday terus singgah.



Warna pilihan adik kakak. 

Kos grip tape untuk satu raket RM5

Cantik dah raket  masing2 ...nanti free2 boleh pergi main dekat taman.

25.9.22

Kelapa Muda

Sekarang kalau beli sebiji kelapa mau cecah RM5. Balik kampung kita main petik2.. ..jolok2 je memandangkan pokok dia alahai rendang2 belaka. Sesekali jadi orang kampung ni bahagia je rasa benda boleh dapat Free kan..🤣😂

 





Alhamdullilah rezeki orang kampung bila berbuah ni berkongsi lagi dengan jiran2 lagi melimpah ruah pahala dapat. 



24.9.22

Musim Rambutan

Nampaknya rezeki hujung tahun ni bolehlah kita kenduri buah rambutan.

Tengok pokok2 rambutan dah mula mengeluarkan hasil. Cantik berbuah2 dia. Cuma masih muda lagi ... InsyaAllah tunggu lagi sebulan dua mesti dah masak ranum.




 

Anak sis suka makan rambutan memang cuti sekolah December nanti ke kampung la kita.


19.9.22

Pes Laksa Johor

 Terbaru dari NF Signature! Pes Laksa Johor Ohsem Sedap!  Memang berbaloi-baloi beli tau.


Harga : RM20 (600ML)


Kenapa kena cuba PES LAKSA JOHOR OHSEM SEDAP ni?


✅Mudah disediakan.

✅Cepat, menjimatkan masa dan tenaga.

✅Boleh disediakan pada bila2 masa.

✅Tahan lama sehingga 2 bulan atau lebih, bergantung kepada cara penyimpanan masing2.

✅Sebekas 600ml dianggarkan untuk 6-10 orang makan.

✅Hanya tuang aje ke dalam periuk, tambahkan santan 200ml, air dan garam mengikut keperluan dan selera masing2. (Api yang kecil)

✅Cara penyimpanan : Peti sejuk beku. (Freezer)


Open order sekarang!

📌Delivery Rabu, 21/9/22.

📌Order with payment.

📌Delivery dari Ampang.


ORDER :

www.wasap.my/60123873690/pesLJOS


www.wasap.my/60172861187/pesLJOS







13.9.22

Kuih Sarapan Pagi

Tadi singgah gerai nasi lemak tepi jalan area rumah sis

Tengok stok karipap kemain banyak atas meja, terus ambil sebungkus

Orang baru hantar la tu.. gebu2 karipap dia


Karipap RM3 dapat 4 biji dalam satu bekas

Kuih Lapis RM2.50 dipotong2 dalam 6 bahagian kecil

Begitulah nak.. kuih2 zaman skang kemain mendiva harga 


Meh kita tengok isi kandungan karipap. Masuk kategori padu atau oksigen??. Alhamdullilah isi dia padat, padu dan penuh... bagus2 camni etika meniaga yang bagus.

8.9.22

Kereta Air Asia


Kreativiti pada kenderaan ini sedikit mencuit hati sis yang berada dibelakang. Simbolik kapal terbang.

Nampak plak sticker Air Asia yang  ditampal  mewakili brand Air Asia megah terbang tinggi di udara. 

'Simple but genius'  marketing dia sebab of course akan menarik perhatian mata-mata yang 

memerhati.  Kena pula warna kereta dengan warna korporat merah Air Asia. Matchable gitu🥰

5.9.22

Corn Dog

Cerita anak sis request nak makan corn dog. Aneh la jugak sebab hari2 balik sekolah 

lalu depan gerai corn dog sikit pun korang tak heran. Takpelah kita layankan ajer permintaan tu sebab 

diaorang sekali pun tak pernah makan. Singgah sini sebab dia jer buka time ni.


Bila mummy tanya macamana boleh terpikir nak makan corndog? rupanya dok tengok  video Youtuber 

yang dok promote makanan corndog. Kes terpengaruh sungguh hai budak2 ni. Beli 2 set, satu 

letak cheese dengan sos.. satu lagi letak cheese sahaja. RM5 each. Sukalah tu makan dok beria dua 

beradik puji2 sedap2..


1.9.22

Pertandingan Mewarna Hari Merdeka

Selamat Hari Kemerdekaan ke 65 Malaysia!

Seronoknya tengok perarakan tahun di Dataran Merdeka sangat2 meriah 

dengan kehadiran begitu ramai pengunjung. Terkesima baca pengalaman kawan2 di FB yang 

berkesempatan hadir...priceless!

Aktiviti pagi Hari Kebangsaan kami pula dipenuhi dengan menyertai pertandingan mewarna peringkat 

rumah anjuran KRT. Oklah ada program untuk penuhi hari cuti anak2.




Sambutan memang ohsem.. Anak2 sis join untuk kategori umur 3-6 tahun dan 7-9 tahun. Kami tak 

letak apa2 expectation pun janji diaorang enjoy. 



Rezeki kakak dapat no 3. Terkejut badak mummy daddy masa nama dia diumum. Bayangkan

lagi 15 minit nak habis, baru separuh jalan dia color. Tak boleh jadi ni memang mak dia jadi pom2 

duduk sebelah suruh colour laju2 hahaha.  Lagi 5 minit nak tamat tup2 penganjur bagi tambahan masa 

15 minit confirm2lah boleh siap colour. 


Hasil mewarna peserta2 yang menduduki no 1 - no 3. Anak sis la salah satu tu. Adik takde rezeki nak 

menang, mana taknye warna separuh dah mengadu penat.. hehehe. Takpelah hadiah kongsi2 tak mau 

gado2 ye.


18.8.22

Bengkel Duo Zapin


Great news!! To all Zapin lovers, we brought to you Bengkel Duo Zapin with this 2 ohsem Coaches! 💃


Open to all!!!

Start from 7 years old and above 💃


Check out the poster attached & book your space now!! 


Register/info :

www.wasap.my/60123873690/zapinduo


www.wasap.my/60127925941/zapinduo


www.wasap.my/60172861187/zapinduo


Bengkel Duo Zapin by Kyrana Dance Group


🧒Cikgu Fariz

🧒Coach Kenit


💃Zapin Parit Mastar

💃Zapin Pekajang


🗓️24/9/22, Saturday

📌Dott Space Studio, Seksyen 23, Shah Alam

⏰10am - 4pm (Registration @ 9am)


💰RM100 (until 18/9/22)

💰RM130 (Walk in)

✅Tshirt

✅Refreshments & Lunch

✅E-certificate


17.8.22

Lagu Patriotik

Jom guys kita gali antara lagu2 patriotik yang popular dan sering berkumandang di bulan kebangsaan.
Lagu2 ini sangat dekat dihati masyarakat Malaysia malah ia menyemarakkan perasaan cintakan negara dan rasa bertuahnya menjadi anak malaysia bumi bertuah.


Hayati lah lirik2 lagu ini yang mudah difahami dan diingati serta boleh diikuti oleh setiap lapisan masyarakat tua ataupun muda.


6.8.22

Tips Cili Tahan Lama

Tercari-cari juga cara yang sesuai untuk simpan cili supaya tahan lama supaya tidak berlaku sebarang pembaziran. Kebiasaan kalau kita memasak didapur tidak lah menggunakan terlalu banyak cili, lebihan cili yang dibeli tak sampai seminggu menjadi lembik, rosak sampai tak boleh digunakan. Aduh sayang!

Alang2 terjumpa kaedah yang cukup mudah untuk digunapakai oleh sesiapa sahaja. InsyaAllah ada yang pernah mencuba katanya boleh tahan sehingga sebulan. 


 credit SwCorp FB


Selamat mencuba!

1.8.22

Selamat Bertunang

Meraikan majlis pertunangan anak buah sebelah suami sis yang berlangsung petang semalam

Jauh bakal jodohnya dari negeri dibawah bayu... Sabah vs Selangor gitu



Antara menu yang dihidangkan semalam. Untung mak bakal pengantin pandai 'baking' dessert kemain bersusun cantik dan menarik selera. Sorry 'main dish' tak sempat nak tangkap gambar tapi terhidang atas meja antaranya laksa johor, nasi tomato dan passembor.. alhamdullilah sedap2 belaka.




Tahniah dan Selamat bertunang kepada bakal mempelai

Semoga dipermudahkan langkah ke fasa seterusnya

21.7.22

Pantai Morib

Kebetulan sis ada undangan majlis aqiqah kawan kat Banting

Apalagi kita melencong sekejap ke Pantai Morib

Anak2 pun excited nak main air laut.

Memandangkan air laut masih surut kita  ambil peluang jalan ke tengah sambil tunjuk dekat anak2 gerak geri ketam kecil, umang2 dan cengkerang laut yang timbul dipermukaan tanah




Air laut dah pasang apalagi jom kita mandi laut. Menjerit2 anak2 bila ombak datang menerpa. Gitulah gelagat anak2 bila jumpa air laut teruja bukan main.. Walaupun air laut sedikit keruh tapi bolehlah buat happy budak2 nie.. even yang datang pun ramai. Toilet terjaga baik. Gerai2 makanan dan minuman pun banyak kat sini. 





10.7.22

Clarki Lobster

Beria-ria anak buah sis nak tunjuk 'pet animal' yang baru diaorang jaga. Clarki Lobster air tawar bila dibela dalam akuarium plastik kecil letak hiasan cantik2 dalam tu, terserlah keunikan Clarki Lobster dari segi warna dan fizikalnya.









Seekor Clarki Lobster dibeli dengan harga
 RM25 di kedai ikan. Kalau 2 ekor darab  dengan RM25. Penjagaannya tidak begitu sukar ...bab2 nak tukar air budak2 tu boleh handle sendiri dan boleh ajar mereka tanggungjawab dalam menjaga pet animal masing2