Pages

4.12.22

Program Adiwira Kerjaya

Aktiviti kerjaya yang berlangsung di sekolah anak sis. Murid- murid digalakkan memakai uniform atau pakaian bekerjaya. Tapi bagi yang tak mempunyai baju kerjaya, it's okey boleh pakai baju sukan sekolah.

Program Adiwira Kerjaya 

πŸ§‘πŸ»‍πŸš’Hari    : Selasa

πŸ§‘πŸ»‍✈️Tarikh : 29 November 2022

πŸ§‘πŸ»‍🌾Masa. : 1.20 Petang - 6.10 Petang

Seminggu sebelum acara cikgu maklum dalam whatsapp group kelas untuk parents buat persiapan. Sis beli online je uniform yang anak nak pakai nanti. Cari local seller dekat Lazada takut jauh2 kang tak sampai  sebelum hari program naya nak menjawab dengan anak sendiriπŸ˜…

Uniform pilihan kerjaya anak sis adalah astranout. Warna oren striking naw2. Dari jauh dah boleh nampak.. haha ikutkan sis nak beli tambahan helmet viral kecil pakai macam topi astronaut tapi dia tak nak. Mak2 kan bab gini suka sangat..


Pelbagai gaya uniform kerjaya yang anak2 sekolah tadi pakai. Kreatif dan comel sgt...bomba..askar..polis.. cikgu..nurse..dll.
Satu pengalaman yang cukup menarik bagi mereka. Macam  anak sis seronok dia bercerita ada cikgu yang ajak bergambar dan kawan2 yang tegur uniform dia cantik..